Followers

Sponsored By

Showing posts with label Kisah Sedih. Show all posts
Showing posts with label Kisah Sedih. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama pergi sekolah


Ops..bukan saya ada anak yg pertama kali pergi sekolah.Saya lah yang pergi sekolah.Yelah..saya kan cikgu.
Sebelum cerita pasal 3Jan2011 iaitu hari pertama murid2 bersekolah..saya nak ceritalah sikit beberapa peristiwa yang telah berlaku waktu2 nak sambut tahun baru.
1.Minggu lepas dah mula bertugas di sekolah.Dengan mesyuaratnya..gotong royongnya..sangat penat.

2.Tengah penat2 di sekolah terpaksa berkejar ke Hospital Teluk Intan kerana dapat berita nenek suami sedang nazak.Alhamdulillah..saya sempat membacakan surah yassin di telinganya.Dengan nafas yang terputus2..semput..Pengalaman tengok orang nazak..Nafas yang berat dan tersekat-sekat..Tiap kali nak tarik nafas..nenek akan tendang2 kakinya..Mungkin kesukaran bernafas..

3.2 hari lepas melawat di teluk Intan..31hb Dis..nenek pergi menghadap Illahi.Pulang dr sekolah berkejar ke Tg Malim pula..Nenek dikebumi di sana..Semoga nenek ditempatkan bersama orang2 yang beriman.Al-Fatihah utk allahyarhamah SUPIAH..

4. 31 Dis juga adalah hari lahir emak yang ke 52 tahun.Epi besday mak..Sutimah Ali..dapat belikan mak kek je..

5, Tahun baru..merupakan tarikh lahir nenek Supiah yang sepatutnya ke 71 tahun..kami sambut dengan mengiringi jenazah ke kuburan.Di situlah nenek bersemadi.Di Felda Gedangsa..

Baru boleh cerita pasal HARI PERTAMA PERGI SEKOLAH

Saya juga beli kasut baru..tapi xdapat beli beg baru..dan belum berkesempatan membeli alatan tulis baru.
Hari pertama di sekolah yang baru...maksud saya bangunan baru..Saya mengajar 3 kelas hari ini bersamaan dengan 4 waktu mengajar.
Walaupun letih dan sakit di vagina saya..Tapi saya seronok bertemu murid lama dan baru..
Sepanjang jalan ke sekolah..saya suka melihat adik adik ke sekolah berpakaian sekolah baru..Beg baru..kasut baru..baju baru..sangat indah pemandangan itu.
Masuk kelas tahun 1..kena buat ujian diagnostik...

Antara kerenah murid
1. Menangis..biasalah...sbb nak balik..mak suruh saya balik sekarang (Syahrill Syahmi)
2.Suruh berdiri bagi salam- Tak mahu..alasannya..Kaki saya gatal..tak boleh berdiri (Aina Natasya)
3.Saya tak nak menulis-Alasan tangan saya berdarah..yg sebenarnya adalah setitik darah di siku (Firdaus)

Kawan saya yang menjaga kelas sebelah

Cikguuu...saya berak..huhuhuhu..
Kawan2 lain plak..cikgu..busuknya..tak tahan saya

Pergilah sang cikgu mencuci najis sang murid..

Tuesday, December 28, 2010

Tuhan je yang tau betapa sakitnya aku


Episod sibukku dah bermula...
27 hb Isnin aku sudah mula check up di PPUM..dARI PKL 8PG SETTLE 1.30 ptg..lama kan.First time check up mmg lama.Maklumlah mcm mcm nak kena buat..Dengar ceramah susu ibu lagi..Best sbb dapat ajak B masuk sekali.Dia banggalah sbb dia dah biasa handle EBM sepanjang Rikazz kecil..sbb dulu masa dia off dia yang jaga Rikazz..tak hantar pun kat pengasuh.
Keramahan doktor di sana dan nurse2nya mengubat lah kepenatan menunggu.Sempat plak jumpa dengan kawan facebook yang turut buat check up disana..
Doktor minta aku buat pilihan samada nak bersalin normal atau czer memandangkan aku terpaksa czer kali pertama kan..Doktor terangkan semua risiko cara cara bersalin yang ada utk aku.Berat aku skang 74.9kg..berat kan?Darah sume ok..Baby alhamdulillah..doktor kata baby dah engage.Masa cek jantung kan..jantung baby di atas garisan jahitan operation..maknanya kepala baby?Hebat doktor tu..carik sekali je..
Aku bgtau doktor tulang pelvis aku sakit sgt..Aku susah nak bergerak..dia kata bagus..sbb baby dah engage.Sbb tu aku sakit..Oh ye..smlm check up 33mggu.Hari ni dah 34 mggu..

Hari ni plak 28hb aku dah sekolah.Mesyuarat pertama..bermula jam 9pg dan berakhir pada pkl 2.45 ptg..lama kan..Meeting plak kat tingkat 3 bangunan sekolah baru..Bilik gerakan kat atas..Ya Allah..Allah je yg tahu mcmana aku nak pitam nak sampaikan tgkat 3..Bawah ni plak dah sakit..Masa nak turun tangga mmg sedap..turun..tp setiap pijakan kaki kat tangga menekan aku punya tuut dan jahitan operation...Seksanya..macamana aku nak tunggu lagi 6mggu nak mengharungi semua tu.
Selama 5jam duduk kat kerusi..hadiri mesyuarat..pinggang dan tulang belakang ni...Pedih mmg xterkata..tapi apa aku nak buat..dah tugas..Kalau ikut hati sekarang juga aku nak cuti bersalin.
Tu pun pkl 3 GB suruh sambung gotong royong angkat barang yang tak siap lg diangkat.Aku dah xsanggup..Memang dah sakit sangat..
Niat dihati mcm mcm nak buat tapi kudratku xsekuat yg diharapkan..Aku sudah xproduktif lg saat ini.Ya Allah..aku nak bersalin awal!!!!

Hari ni juga anniversary ku yg ke 3..Sedih aku xdapat luangkan masa bersama suamiku utk celebrate anniversary kami..Nak beli kek pun dh xlarat..Malam plak Babyku kerja shift malam..Sedihhh...

Friday, June 12, 2009

Hari Bapa?

Bagi aku takde maknanya hari bapa ni.Ayah?Memang ayah aku masih hidup.Abdul Wahab Bin Che Leh.itulah nama bapakku.Tapi sekarang aku takde perasaan lagi pada seorang lelaki yang bergelar ayah.Kenapa?Tahun ini merupakan tahun yang ke 13 aku hidup tanpa ayah.Kisah 13 tahun lalu betul betul mengubah persepsi aku pada ayah..sejak kecil..ayah lah tempat aku mengadu..bergurau senda..berjenaka.Aku sangat sayangkan ayah waktu itu.Ayah mengajar aku menganggapnya seperti kawan.Aku bangga n bahagia bila bersama ayah sbb ayahku sangat sporting n tidak garang langsung.Boleh ku kira berapa kali je ayah memarahi aku.Beberapa pesanan ayah sehingga hari ini yang masih aku ingati ialah jangan bukak dompet orang lain walaupun tuan empunya badan menyuruh.Memang sampai hari ini..itulah yang aku lakukan.yang lain apa yer?Ntah lah..ayah ku punya banyak isteri..dia pernah kumpulkan 4 isteri dlm satu masa dan pernah berkahwin sebanyak 6 kali.FYI ibuku isterinya yang pertama yang dikahwini sewaktu berusia 19thn.Dan ayahku bergelar ayah setelah ibuku melahirkan NUR NHAZZLA ABDUL WAHAB pada 4februari1983.Sejak itu ayah bergelar ayah.Ayahku berkahwin lain sewaktu aku 7thn namun emak n keluarga tidak mengetahui hal ini.Sejak itu ayah hanya pulang ke rumah seminggu sekali..sebulan sekali n sejak detik itu aku beraya dengan emak sahaja tiap tiap thn.hanya setelah aku merayu pada ayah untuk beraya bersama..ayah tunaikan permintaanku..itu pun petang 1syawal ayah dah pulang ke mana aku tak pasti..katanya bekerja.Rupa rupanya itulah raya terakhir aku bertemu dgn ayah..Aku mendapat tahu ayah berkahwin lagi setelah aku berusia 14thn.Hatiku hancur dan aku tidak boleh terima untuk berkongsi kasih ayah dgn anaknya yang lain dari isteri kedua ke3 ke4 ke 5 ke 6 nya.Aku tak mahu!!!Sebab waktu itu ayah adalah segalanya untukku.Namun ayah pergi jua meninggalkan aku n adik adik dan waktu itu adikku yang kecil berusia 2thn..FYI adikku yang kecil mmg tidak kenal ayah dan ayah tak pernah berusaha untuk berjumpa dgn anaknya itu.Sejak saat itu aku mulakan hidup baru dgn emak yang waktu itu tidak bekerja.Betapa sengsaranya hidup kami waktu itu..Sudah lah hidup lintang pukang.orang ramai berkata yang macam macam pada kami sekeluarga..Kesian emak.Sebelum ayah lari tinggalkan kami dia ada membeli sebiji van atas nama emak dan sehingga hari ini dia tak pernah bayar dan emak yang tanggung hutang itu.Dengan pelbagai masalah yang diberi pada aku n keluarga bagaimana lagi aku nak menyanjung ayah ku?Yang terbaru yang buat hatiku betul betul hancur dengan ayah..2hari sahaja lagi hari pernikahanku..ayah menelefonku minta ic aku dengan tujuan utk membeli tanah atas nama aku..aku cuba berdalih kerana aku sangat berhati hati dengannya takut menerima nasib yang sama seperti emak.Perkara itu menimbulkan kemarahannya dan dia mengugut tidak akan menikahkan aku kalau aku tidak mahu menolongnya.setelah berbelas tahun dia abaikan tanggungjawab dia..tanggungjawab terakhir tu pun dia nak buat huru hara..Mujur ayh ku lupa dia dah wakil walikan kpd tok kadi..Dengan bantuan Ustaz Zainal jurunikah aku..aku bernikah sehari awal supaya mengelirukan dia..Alhamdulillah..kini aku bergelar isteri kepada Muhamad Rizal.Hingga hari ini..aku masih lagi tidak menemukan anakku dengan Ayah bimbang dia akan berbuat sesuatu kepada Rikazz sebagaimana dia tega memfitnah n menyusahkan hidup aku n mak..Walaupun aku rinduu dengan suasana sewaktu aku kecil bersama ayah..Namun perbuatan perbuatannya yang tidak pernah serik dan insaf menyusahkan aku dan emak sangat menghancurkan hatiku.Mungkin bagi sesiapa yang membacanya..aku tidak patut menulis begini dan mengatakan ini tntg ayah.Tapi inilah hidupku..aku bangkit dr kesusahan bersama sama emak.Kini apa pun yang ku lakukan hanya untuk emak sbb begitu banyak benda yang enak telah lakukan untukku sehingga aku berjaya sekarang.Namun aku masih ada dua insan lagi untuk diucapkan selamat hari ibu..Untuk abah mertuaku Haji Timyati B.Nasiron..walaupun kami tak rapat tapi abah mmg best.Dan untuk suamiku..Muhamad Rizal..Selamat Hari Bapa..Saat kita melayan Rikazz bersama sama sangat menyentuh hatiku kerana aku tidak berpeluang dilayan seperti itu..

Thursday, June 11, 2009

Emak dah balik



Pagi pagi lagi aku dah mandikan Rikazz untuk g klinik.alhamdulillah..hari ini 11jun genap usia anakku 5bln..tapi masuk 5bln ni makin bermacam-macam perangai n akal dia bertambah.Rikazz dah pandai tepuk tangan..dah sebut ma..tapi sapa ma tu.huhuh..oma ke?dia dah sibuk terbongkok bongkok nak ambil barang atau main main..mcm tadi kat klinik ada org tanya Rikazz ni setahun dah ke?hihihi..gaya dah mcm org setahun kot..hr ni rikazz timbang n inject untk 5bln.tp takde ukur tinggi.bln depn bru ukur.hari ni berat Rikazz 6.6kg..ok lah dr bln lpas naik sikit..hari ni rikazz dah tggal selsema n kahak je..td inject dia nanges sket..yelah..dah lah tak sedap badan..kene cucuk plak..lepas je cucuk..apa lagi ku umpan dgn minuman faveret rikazz susu cap gantung!!hihihi..balik dr klinik aku hantar emak n aniq ke puduraya.aku tgok emak tak lpas lpas melayan cucu sulungnya tu..sayang nak tggal..dia kata rasa sedih n sayang nak berpisah dgn rikazz..ucu dia pun asyik cium tak sudah.dia kata NANTI BALIK RUMAH ANIQ NAK CIUM SAPE?pas tu siap order nanti nak anak kedua kaklong nak RIYASH.tak mau NUBLAA..habislah..takde gang lah ibu..emak pun siap kata biarlah anak lelaki yg kedua biar rikazz ada kawan.huhuhu..nak anak gegel..hari ni rasa syahdu bila tgok emak pergi..balik rumah sunyi rasanya..hari ni bwk Rikazz jalan g one utama..konn nak cari baby court..tapi sumer abah dia tak berkenan..akhirnya beli baju je lah n berus gigi kecik..takutlah nak guner..em..masa masuk reject shop td..rikazz muntahkan abah dia..habis..patutlah rikazz marah marah..sampai teddy bear baru pun kene mrh..rupanya rikazz penin kepala..sian rikazz.lpas dia muntah nampak dia lebih lega. n tidoq ja..ni pun dia tido lps main dlm walker dia..oh ya...on the way aku nak ke parking kete tadi aku terserempak dgn ustaz suhairi..kawan masa kat maktab dulu..dulu kami digossipkan

berdua.kakaka..masa tu aku baru bertunang..tapi sampai hr ni ustaz tu masih tak kawen lg..bila ku tanya dia kata takde org masuk meminang.hahaha..dia bwk anak saudara dia jln jln tadi..best btol pakcik ni..tadi plak hp aku tertinggal pas tu purse pun pd B..pas tu dia tinggal aku kat tgh org ramai..sakitnya hati..nsb bek aku masih rasional n cuba ingat parking kat mana.

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN