Followers

Sponsored By

Showing posts with label nama2 indah. Show all posts
Showing posts with label nama2 indah. Show all posts

Sunday, February 16, 2014

Perbezaan KHALIF dan KHALEEF

Assalamualaikum semua.saya pernah berjanji untuk membuat entry tentang satu lagi ejaan nama KHALEEF yang banyak ditemui di dalam buku nama2 dan website sebagai khalifah.

Diatas saya ada sertakan printscreen dari mukjam bahasa arab-bahasa arab untuk word KHALEEF.

Khaleef dengan ejaan Arabnya خليف ( cara sebutan dipanjangkan bunyi suku kata leef)
Dari mukjam ( kamus bahasa arab AL WASITH)
1.Jalan الطريق
2.Jalan antara 2 bukit or gunung الطريق بين الجبلين
3.Orang yang menyalahi janji المخالف للعهد والميثاق
4.YANG TERPILIH المستخلف

Begitu juga dengan mukjam al ghaniy memberi maksud2 ini.Namun maksud YANG TERPILIH tiada dalam kamus atau mukjam arraid

Saya juga telah menghubungi PROFESSOR MAJDI BIN IBRAHIM. Yang bertugas di ISTAC dan merupakan pensyarah Bahasa Arab dan kesusasteraan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.seorang Muwallad iaitu seorang Melayu Kelantan yang dilahirkan dan dibesarkan di Makkatul Mukarramah.Mempunyai kerakyatan Arab Saudi.Prof Majdi merupakan salah seorang panel penggubal Buku Teks Bahasa Arab bagi sekolah2 Kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.Beliau mengesahkan Nama KHALIF( خالف) ( cara sebutan panjang pada sebutan kha) tidak sesuai digunapakai utk nama anak dan membawa maksud yang tidak berapa baik dan sesuai.Walaubagaimanapun...penggunaan nama KHALEEF adalah lebih sesuai dan diterima pakai utk maksud YANG TERPILIH dan menghampiri maksud Khalifah.Walaubagaimanapun, beliau lebih menggalakkan penggunaan KHALIFAH kalau inginkan maksud yg lebih tepat bagi maksud KHALIFAH since khaleef juga ada maksud yg xberapa elok.

Sebarang pertanyaan dan keraguan...boleh berhubung dengan PROFESSOR MAJDI sdr dan sangat berterima kasih dengan Prof Majdi kerana beliau sudi utk dihubungi bagi penjelasan nama KHALIF ( خالف) dan KHALEEF( خليف).walaubagaimanapun.yg berhajat boleh menghubungi saya di facebook saya yg tertera di sidebar blog untuk mendapatkan nombor Prof Majdi.
Saya tidak memaksa anda utk menerima pendapat saya namun adalah menjadi tanggungjawab saya utk menyampaikan apa yang patut sebagai panduan dan perkongsian orang ramai.wassalam

Saturday, February 1, 2014

Apa Makna KHALIF yang sebenar

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim.
Berjuta kemaafan saya pohonkan atas entry QALIF semalam.bukan niat di hati untuk memalukan sesiapa.Melainkan dengan niat menyampaikan ilmu dan kebenaran yang ramai dari kita tidak tahu.
Entry saya bukan untuk meraih traffic yang banyak.Sebab saya tidak pernah menerima wang hasil nuffnang tu.Saya telah kongsikan maklumat ini di dalam group nama-nama indah yang bermakna kelolaan saya di facebook.Dan baru kini saya ada kekuatan untuk menyebarkan perkara ini di blog.Memandangkan hari ini waktu cuti jadi saya punye lebih masa untuk mengarang.

KHALIF sama juga keadaannya dengan QALIF.cuma maksudnye berbeza..sebutannya berbeza..huruf awalnya juga berbeza.

Kalau QALIF diambil dr perkataan yg berasal dr huruf ق ل ف
KHALIF pula خ ل ف
Beza sedikit sahaja kan? Tapi beza maksudnga BESAR.

Selain QALIF KHALIF juga menjadi pilihan parent untuk nama anak yg menginginkan maksud KHALIFAH.sekali lagi saya katakan TIDAK..ANDA TIDAK AKAN PEROLEHI MAKSUD KHALIFAH PADA EJAAN KHALIF.

Mari kita lihat bagaimana ia terjadi.

Merujuk kepada MUKJAM AL WASITH
KHALIF خالف
Maksudnya
1.Yang lemah, tidak ada nafsu untuk makan
2.Orang yang banyak kekhilafan atau kesilapan

Merujuk kepada Mukjam Ar ROID
KHALIF خالف
Maksudnya
ada beberapa maksud pada al wasith dipersetujui ditambah dengan
1.YANG ROSAK,YANG BERUBAH MENJADI ROSAK

Merujuk kepada MUKJAM AL GHANIY
1.Yang lemah, yang rosak
2.Yang berlawananan
3.Yang berbeza

Merujuk kepada MUKJAM AL ARABIYYAH AL MUASIRAH
1.yang berubah

Segala info disini harap dijadikan panduan oleh ibu bapa yg berniat ingin meletakkan nama tersebut kepada anak.

Kalau anda niat nak letak nama anda bermaksud Khalifah...anda letak jelah word
KHALIFAH UMAR contohnye bukan UMAR AL QALEEF ke UMAR AL KHALIF ke...

Kalau anda nak guna bahasa Inggeris untuk maksud khalifah anda gunalah terus

CALIPH UMAR bin ....
Itu lebih baik dr merubah ejaan.Wallahu A'lam
Wassalam

Friday, January 31, 2014

Apabila nama Qalif n Qaleef bukanlah bawa maksud Khalifah

Sejak akhir2 ini, masyarakat kita dikunjungi gelombang Qalif Qaleef n apa pun jua ejaannya yg bermula dengan huruf Q.
Seandainya ditanya, apakah maksud nama tersebut mereka menjawab... KHALIFAH, PEMIMPIN.
Tahukah anda perkataan tersebut TIDAK SAMA SEKALI membawa maksud KHALIFAH sebagaimana di war2kan di dalam buku nama2 dan website nama muslim?
Sangat kasihan kepada ibu bapa yang tidak tahu dan percaya akan keindahan maksud QALEEF tu.
Saya bukan nak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tapi saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada tentang asal perkataan tersebut di dalam Bahasa Arab.

QALIF mengikut kata dasar bahasa Arab berasal dari Huruf QOF LAM FA ق ل ف
dari root word FEEL MADHI QALIFA QALIF
bermaksud TIDAK BERKHATAN atau KULUP org melayu kata

Dari root word QALAFA QALIF
bermaksud mencabut atau membuang kulit atau memotong.

Manakala denga  ejaan QALEEF قليف
Maksud
BUAH YANG TELAH DIKERINGKAN dan
SEMANGKUK ARAK YANG TELAH DIPERAH DARI BUAHNYA.

jadi tiada maksud khalifah dr perkataan itu.manakala KHALIFAH di dalam bahasa Arab adalah
KHALIFAH juga dan plural utk Khalifah adalah KHULAFAK
dimulakan dengan huruf KHO خ dan bukan QOF.

Semoga menjadi panduan tuan2 dan puan2 utk lebih berhati2 bila mengikut trend.
Wallahu A' lam

Sumber KAMUS BAHASA ARAB ONLINE ALMAANY
MUKJAM AL WASITH
MUKJAM ARRAID
MUKJAM ALGHANIY

Sunday, October 27, 2013

Cari nama baby adik

Semalam adikku sekeluarga datang rumah.Maka riuh rendahlah rumah dengan suara jeritan bujangku muntasyee dan mutafawwiq ditambah pula dengan jeritan anak dara sorang si muaffah.terserlah keceriaan di wajah emak bila anak dan cucu berkumpul.
Part yang paling seronok mencari nama baby inside adik iparku.Tak tau lah signaturenya FM ke MF.tp mencari nama adalah part yang paling seronok kan.Tapi sepanjang penceburanku menjadi konsultan nama, mencari nama anak boleh jadi suatu part yang menyeksakan, menstresskan dan membuntukan.Nasihat saya..kalau nak cari nama baby..pilih dulu..rujuk yang pakar..kemudian baru letak.Kebanyakan ibu bapa dah cari nama baru tanya.kemudian bila maksud tak seperti yang diharapkan dah serba salah kan?Dan janganlah pilih nama di saat akhir.Bila dah buntu cari nama maka mulalah keluar nama yang ada dalam kepala je...just my concern.
Pape pun tak sabar nak jumpa anak sedara kedua saya...

Ini gambar baby Hassya Nawwara yang punya

Tuesday, October 22, 2013

Name Card untuk baby

Assalamualaikum semua.
Ingat lagi tak saya pernah post tentang produk Group Nama indah yang bermakna?
Tapi saya belum dapat attach contoh kad yang saya buat.
So hari ini saya tunaikan janji untuk menunjukkan contoh kad yang telah dibuat.Kad ini hanya dalam bentuk soft copy sebagai simpanan parent.Parent boleh simpan sebagai panduan di masa depan.
Tujuan kad ini dicipta?
1- Kalau ada yang tanya maksud nama anak boleh tunjuk kad tu kan.
2- Akan datang bila anak nak sekolah mesti nak mintak ejaan Arab.so di situlah fungsi kad.

KALAU NAMA ANAK ANDA BERASAL DARI PERKATAAN ARAB ADALAH SANGAT PENTING MENDAPAT KAN EJAAN ARAB YANG BETUL,KALAU TIDAK YANG BIJAK AKAN BERTUKAR MENJADI MAKSUD YANG MENYAKITKAN
عليم KALAU DIJAWIKAN أليم
Psst Kad ini bukan saya yang design tapi adik ipar dari HOMEMADESTICKERS.
Kalau nak cari search kat grup fb search dgn nma tu ok.

Rege muroh je.xsampai pun 10rm.hihi

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN