Followers

Sponsored By

Thursday, November 3, 2016

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016

Diam tak diam.Sudah setahun anak sulungku menjejaki kaki di bangku sekolah rendah.Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi Dia akan menginjakkan kaki ke tahun dua.
Ini bermakna 2 tahun saja lagi kereta Persona tu akan cash.10 tahun kau...loan kereta tu.Tu la harta pertama yg aku beli selepas aku berjaya masuk bidang perguruan.
Beralih ke persekolahan Rikazz.Aku masih lagi dalam eksperimen cara pembelajaran Rikazz.Apa eksperimennya..
Rikazz x payah ulangkaji utk exam
Rikazz kene pergi sekolah hari2 sebab dia dapat belajar di sekolah aje
Ulangkaji di rumah akan buat Rikazz stress dan blur nak jawab masa exam.
Aku masa sekola dulu selagi x habis baca buku aku tak tidur tapi budak ini lain.
Kali pertama ujian SK rikazz tengah demam jadi aku memang x tawakal je la..resultnya dia dapat 5A1B...tapi cikgu dia kata ujian 1 tu memang senang.(zaman skang.kedudukan dlm kelas kene ikut banyak A)
Nak x nak memang kene kumpul A jugak la.
Bila setengah tahun Rikazz sihat dan seminggu sebelum tu Ku pulun ajak Rikazz ulangkaji .
Resultnya...hem..terduduk..
1A 2B 2C 1D..dr no 2 trus menjunam ke no 19.
Result akhir tahun..aku x harap banyak.Hanya mendoakan Rikazz dapat perbaiki result stgah tahun dan dapat masuk ke kelas yg lebih baik.Skarang dia kelas ke 3. Biasalah makin belakang makin bnyak kawan main dr yg nak belajar.
Cara belajar...aku mmg x sruh rikazz baca buku.Just siapkan balance latihan dr buku2 latihan yg aku beli dulu.
Ada subjek dia belajar ada subjej langsung x sentuh pun.Tidur awal.
Keputusannya???
Kita sambung kemudian k. Sbb baru dapat result 10 subjek je.Tunggu 3 subjek lg.

Thursday, October 27, 2016

Nubla dah 15 bulan

Hari ni 27 hb genaplah Nubla 15 bulan.Makin bijak makin banyak mulut dan makin ligat dan makin makin lagi.
Hari ni timbang n ukur Nubla abi yg bawak.
Nubla naik berat 500gram dr 7.0 ke 7.5kg
Tinggi pula dr 69 cm ke 71cm.
Ibu doakan Nubla jd anak solehah bijak dan disayangi

Monday, October 24, 2016

Hrmis ooo Hrmis


Assalamualaikum..
Sudah beberapa hari bz dengan hrmis ni.Entah berapa kali update gaji suami tak lepas2 update nama Riyash x lepas2. Penat weih..
Tu belum lagi nak hantar isytihar

harta ni...

Negara kita ni semua nak online tapi server slow
Facebook lg bagus.huhu

Wednesday, May 4, 2016

Perkembangan Nubla

Lamanya blog ini tidak berupdate.Sejak2 hp saya rosak ni memang susah nak update apa apa.Banyak yg saya ketinggalan utk ceritakan di dalam diary ini. Last update ketika Nubla berusia 5 bulan x silap.Ketika kali pertama dia meniarap.So nak sambung lah cerita anak solehah yg bijak ni...(insyaallah)
Usia 5 bulan 2 minggu
Kali pertama Nubla meniarap itu pun selepas saya dan emak menjalankan sesi latihan berguling.Berat sgt badan si Nubla wlupun tuannya ringan je.Slpas beberapa kali dia meniarap..dia trus terbaring sprt biasa.

Usia 7 bulan
Nubla sudah mula kuat badannya.Semakin mudah tiarap sendiri kemudian menelentang sendiri.Hilanglah segala kegusaran ibu kerana Nubla sudah berjaya melangkah setapak maju bab kemajuan fizikal.

Usia 8 bulan
Nubla sudah boleh duduk tanpa sokongan.Badan dia memang dah kuat.Tapi bukan dia duduk sendiri tau.Dia didudukkan.
Nubla juga sudah mula berpusing2 ketika meniarap.Kalau nak ambil sesuatu barang dia akan berguling atau berpusing.Dadanya sudah mula diangkat tinggi.
Hujung usia 8 bulan Nubla sudah mula mengundur undur.Bukan maju kedepan.Sudah rajin berkemas.Bertambah bersepah rumah ni.
Hujung usia 8 bulan juga..Nubla sudah mula kuat berdiri tanpa sokongan utk tempoh masa seminit.

Usia 9 bulan
Baru saja tadi Nubla angkat badan anggih anggih kata mak.Mcm nak merangkak tu.
Semakin berangan nak melangkah dr satu tempat ke satu tempat.Yang pasti badan dia x kuat lg cuma semangat dia je yg besar sangat.
Tuannya baru 6.5 kg di kala usia 9 bulan ni.

Mungkin Nubla tidak sepantas anak anak seusianya yg lain mau pun sepantas perkembangan abg abgnya pd usia 9 bulan.Tp terlalu maju perkembangan Nubla kini kalau nak dilihat langkah pertamanya kukuh pd usia 7 bulan.Kini ibu dah x risau lagi...Nubla makin ligat..makin meriah menjerit2.
Doakan kesihatan Nubla dan abang2 nya ye

Sunday, January 17, 2016

Meniarap juga dia

Walaupun ibu tahu seorg anak yang normal dan sihat pasti akan melepasi perkembangan fizikal nya satu per satu...tp ibu tetap tidak sabar menanti kemajuan kamu sayang.
Mengikut carta perkembangan bayi...seorg bayi akan meniarap dan menelentang dari usia 2bulan sehingga 5bulan.Ni info yg ibu dapat dari buku perkembangan bayi dr kk.
Akhirnya setelah latihan demi latihan (seperti yg disarankan oleh OT...pd ketika kamu 5bln 2mggu kamu meniarap sdr..dgn lemah lembut...syukur alhamdulillah..Tahniah syg..tadi pun Rifaa dah tiarap lagi.Insyaallah lepas ni lebih kuat dan kerap ye syg.huhh..ibu dah boleh tarik nafas lega la syg..

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN