Memandangkan Rikazz Qalby Muntasyee ni dah bersekolah.Jadi wajiblah kami meraikan nye pada cuti sekolah ni kan.Xdalah nak rai besar2 hebat2 mahal2..tp at least luangkan masa dengan dia pergi kemana2 ada juga buah tangan pengalaman yg nak dikongsikan dengan rakan2nya seperti Darwish, Shauqi..
Kali ini ibu dan abi Rikazz da sepakat nak bawak Rikazz dan Qaiyd ke Zoo Negara.
Terimbau kenangan ibu jadi tourist guide org Arab kat zoo negara sebab pekerja zoo negara dah habis akal nak komunikasi dengan pelancong2 Arab ni.Masa tu ibu masih menuntut lagi di Uiam...Masih terngiang2 dan terbayang2 suasana masa kami bekerja kat zoo tu.
Nak share sikit pengalaman dengan driver tram kat zoo tu.Bila dah habis satu pusingan...abang tu mintaklah orang Arab tu turun.sbb dah sampai stesen terakhir.Tapi dia xtau nak ckp mcmn dengan org Arab tu.Yg Arab ni bhasa inggeris pun dia xfaham.So abang tu pun kata..SODAQOLLAHULAZHIM..tercengang2 lah org2 Arab ni..tp tak jugak si Arab ni turun2..so dia tanyalah saya dan rakan2 lain ni mcmn nak cakap dengan Arab ni suruh turun..
Kami ajar abang tu..WASOLNA mksudnya kita dah sampai.Gelak besar abang tu..dia kata awat pendek sangat.Aku bantai sodaqollah panjang2.hahaha.
Ok berbalik pada ziarah kami ke zoo ni..sampai2 je org xramai.maklumlah hari Selasa.
Bayaran tiket
Dewasa : Rm30
Kanak2 3 hgga 12 tahun : rm15
Naik tram Rm 5 dewasa rm3 kanak2
Tapi sampai2 je halaman depan pintu masuk tu tgah renovate.ingatkan luar je.rupanya...Dalam2 pun bnyk tempat lagi dia renovate.Xda gajah show mcm dulu.Harapkan multi animal show je lah..orang utan si manja dah xbuat show...yg ada binturong dgn dumby si anjing laut.Burung kakak tua n macau pun dah xda.
Pas tu rumah butterfly pun dah siap rumah baru cume blom boleh masuk...Diorg dah welcome panda..tak lama lagi zoo ada panda besar...dan yg best ada Hamimau kata riyash.
Harimau putih..harimau albino.badannya memang putih.Masa kami sampai harimau tu tgh berenang2...harimau pandai berenang tau kawan2...pas tu safari walk pun tgah renovate.Agak lintang pukang gaklah zoo.bersepah2 dengan kayu kayan batu2 an...
Mcm xbest plak tahun ni ...zoo negara renovate...genting theme park pun renivate.masalahnya..tahun ni kan tahun melawat malaysia.Awatnye sume renovate tahun ni?renovate tahun2 sblm ni..2014 dah ready dah sepatutnya...
Riyash demam tp kami ttp bawak jugak sbb hr tu je abi dia cuti.Tak syoklah jalan2 abi xda kan.
Lepas g zoo yg panas terik tu kami g ulu yam..sbb qaiyd kata nak mandi..Rikazz sukalah dpt mandi.Qaiyd dah xlarat dah masa tu.Badan pun dah makin panas.
So kengkawan mana yg berhajat nak ke zoo negara buat masa ni bolehlah pk2 bnyk kali la...katanya TOWARDS WORLD CLASS ZOO
Followers
Sponsored By
Monday, March 31, 2014
Zoo negara sedang renovate
Tuesday, March 25, 2014
Berita MH370
Terjawab sudah penantian rakyat Malaysia tentang misteri kehilangan Mh370 bersama 200 lbh penumpang dan anak kapal di dalamnya.
Plane ini disahkan terhempas ke dalam laut ganas yg sangat dalam kedalamannya.LAUTAN HINDI.
Pelbagai kepakaran digunakan, teori dikeluarkan,fakta dihimpunkan...namun akhirnya Tok Najib Pm kita telah pun membuat konklusi...
Walaupun bangkai pesawat masih belum ditemui...begitu juga dengan mangsa2 di dalamnya...mash ada mcm2 spekulasi ttg kejadian ini termasuk kapten zahari yang dituduh sbg dalang.klu ikut logik kenapa dia nak korbankan nyawanye sdr.sy lebih suke teori yg cockpit mengalami kebakaran menyebabkan kapten n pembantu lemas lalu kapal terbang terbang secara auto...kehabisan minyak dan terhempas ke dlm laut...
Walaupun x knl secara lgsung dgn mangsa...tp mcm muzi yusof tu org kampung suami..kg jenjarom.x silap beliau ketua umno kuala langat..begitu juga safwan ramli yg merupkan ex uia yg mn rata2 senior2 saya mengenali beliaun n isteri.
Tidak tergambar difikiran bagaimana keadaan mereka ketika kecemasan...adakah telah pengsan atau dlm keadaan sedar?
Hanya Allah yg Maha Mengetahui...kerdilnye diri insan ini.
Menyaksikan perbincangan tv3 dgn kapten nik ...beliau masih menanti objek berwarna merah yg pasti akan mengesahkan itulah objek yg dinanti.
13 hr sahaja lg berbaki utk mencari kotak hitam yg menyimpan rahsia keperitan n penderitaan mangsa.Ya Allah...kami dengan rendah hati memohon..Kau bukakanlah jalan kepada kami merungkai misteri ini Ya Allah...
Saturday, March 22, 2014
Saya SPM 2000
Senang kan nak ingat?saya mengambil Spm tahun 2000.Ketika itu..Spm terbuka kali pertama diperkenalkan.Apa itu Spm terbuka?sistem gradingnye dah tak ikut pangkat2 tapi ikut berapa banyak A yg kita perolehi.
Sy mengambil Spm di SmBenut..tumpang pusat sbb sekolah kami sekolah rakyat dan xcukup calon utk menjadi satu pusat.
Apa target saya masa SPM ek?saya xberani nak target tinggi2 sbb orang kata SPM ni susah.kalau dulu nak dapat PANGKAT 1 agreget 6 uiii susah mak ai...maka tak beranilah saya meletak target yang rasa sukar dicapai oleh akal saya ni...
Apa yg saya buat masa Spm...preparationnya ialah jawab mcm2 soalan yg pd buku2 rujukan n latihan yg dijual di kedai.Habis buku sendiri...buat pulak buku org lain.Itulah kerja saya beberapa bulan sebelum Spm.
Masih ingat lagi...paper terakhir ialah Bahasa Arab Tinggi...lepas paper tu kami laung MERDEKA!!!
Bila result kuar...cikgu2 suruh saya teka apa result saya...saya dah takut nak dengar.Sebab masa paper Al Quran As Sunnah saya tidur setengah jam ms exam...hahaha...
Bila tengok result tu..alhamdulillah..saya memang mencapai target..
Saya berjaya memperoleh 6A1 malah ada lebihan pulak 1A2..kira2..semua saya dpt 7A lah...subjek lain?hahaha...mmg aneka warna lah.
1B3
1B4
1C5
1D7...
Apa yg 7 tu?ha...inilah pencapaian terbaik saya selama saya belajar Matematik tambahan..Dpt 7..hahaha...
Dengan result yg diperoleh..saya tidak berfikir panjang lagi utk mengisi borang UPU dan memilih course Bahasa Arab di Uiam...
Terima kasih kpd guru2 yang gigih mengajar kami..cikgu jalijah cikgu maths modern yg memberi tunjuk ajar add maths tu..dan cikgu best..cikgu sejarah saya..arwah cikgu bachok yg baru meninggalkan dunia ini.Alfatihah utk almarhum
Monday, March 17, 2014
Ahli keluarga baru
Sudah 6bulan peristiwa kandungan luar rahim dan laporoskopy ku lalui.Dan daku sangat2 bersedia untuk mengandung dan mencium bayi kecilku sendiri...7 hari lewat ku pikirkan ada berita gembira untukku.Namun rezeki tidak berpihak kepada kami sekeluarga.Memang sedih tapi sudah ini bahagianku.Sudah doktor katakan peratusan untukku mengandung semula setelah sebelah tiub falopioku dibuang akan menurun 10 persen dari wanita lain yg sempurna..bagaimana harus daku mengharapkan sesuatu yang lebih kan?emmm
Tak mengapalah...kini hidup kami sekeluarga diserikan dengan anak kecil yang datang di hadapan rumah di suatu malam.Membuatkan hati kami sekeluarga terhibur dengan keletah manjanya dan mulutnya yang tidak henti berbunyi.
Ku namakan ia TWIN.asalnya Twin dtg bersama adik beradiknya.Namun adiknya agak liar.Mungkin tidak biasa dengan manusia.
Kini...setiap hari kami diserikan dengan Twin yang manja dan pandai mengambil hati.
KamimsayangTwin