Followers

Sponsored By

Tuesday, December 24, 2013

24 Disember untuk tahun ke 7

Tengok kat Note Hd saya blink2. Nape ye?
Ada apa dengan 24 Disember ni? Oh..dulu2..7 tahun yang lalu kami bertunang pada tarikh ini lah.Syukur dah 7 tahun dah..pertunangan berlangsung selepas 4 bulan perkenalan dan pertemuan kali pertama di Pudu Raya.
Walaupun menanti saat pertunangan Johor dilanda banjir teruk..rumah pun masih berlumpur..tapi kami tetap disatukan dengan ikatan perkahwinan.Oh..manisnya saat menjadi tunangan orang.Sejak itu..bibit2 kebahagiaan mula memenuhi ruang hatiku.Hujung bulan Disember aku berjaya mendapat tawaran KPLI jQaf.Rezeki orang nak kahwin katanya.
Janji kami 2 tahun.Tarikh dipilih 8 8 2008 Seusai daku berkursus jqaf.Namun perancangan Allah lebih indah.Tempoh pertunangan menjadi lebih singkat dari itu.
Bila hati sedih dan resah..akan aku sandarkan pada kenangan indah dan manis ini.

Friday, December 6, 2013

Destinasi cuti sekolah

Assalamualaikum
Kemanakah destinasi anda bawa anak2 anda semasa cuti sekolah?
Tahun ni kewangan tak mengizinkan kami berjalan jauh.Tahun lepas dapat ke terengganu.tahun ni kami pergi dekat2 je.
Destinaasi pertama
ZOO MELAKA
Skang tiket dah naik lah.
Dewasa 15rm
Kanak2 4 tahun ke atas rm6
Baru gerak sikit, dah hujan.tapi dapat juga Rikazz dan Riyash tengok kancil, gajah, zirafah, lembu ankole, seladang dan harimau dengan jarak dekat.
Sempat tengok persembahan burung2.

Destinasi ke 2
KLCC
Gara2 beli baju klcc kat melaka, Rikazz sibuk nak tengok Klcc.bukan tak pernah pergi tapi masa tu Rikazz tak sedar lg kewujudan Klcc tu.hihi
Respon dia..wahhh tinggi sangat Klcc

Next destinasi, nak bersawah bendang pulak.Tu pun kena ikut ibu pergi kursus 3 hari kat sabak bernam.check in homestay Teratak Ummi ...harap2 tak ujan lah masa tu.Dpt diorang belaja pasal sawah pulak kan

Sunday, December 1, 2013

Misteri 7 lelaki berjubah putih

Pertama2 sekali sy ingin merafakkan tangan mensedekahkan Al fatihah buat arwah Pakcik Mohmmad yang merupakan bapa kepada kawan baik saya...kawan seperjuangan saya di Sk1Pj dan saya telah anggap dia seperti kakak kandung saya sendiri.
Apa yang saya ingin kongsikan ialah sebuah kisah yang terjadi kepada arwah pakcik Mohmmad yang saya gelarkan sebagai Pok Mad.
Sedikit kisah hidup Pok Mad yang saya ketahui dari anaknya sendiri.Pok Mad dikenali sebagai seorang lelaki yang lemah lembut dan penyayang.Ketika hayatnya pok Mad yang berasal dari Kelantan ini seorang yang suka mengisi masa lapangnya dengan berdakwah ke merata tempat bersama kumpulan tablighnya.Arwah pernah juga berdakwah sehingga ke India.Arwah juga seorang ahli surau dan masjid di kawasan tempat tinggalnya.
Namun takdir Allah, arwah diuji apabila dia menderita akibat sihir dan sehingga ke akhir hayatnya pelbagai usaha telah dilakukan oleh anak2nya untuk memulihkannya namun Allah lebih menyayanginya...Ketika tempoh sakitnya beliau hampir tidak mengenali ahli keluarganya namun sekiranya beliau lega dari sakitnya pastinya beliau terus bangun bertahajud.
Sesuatu yang saya rasa ingin berkongsi tentang kisah arwah beberapa minit sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya, arwah dan keluarga telah didatangi 7 orang lelaki berjubah putih memakai serban putih yang agak besar saiz lilitannya.Dan memakai kain yang ala2 serban di bahu masing2.Ketika sedang ramai orang keluar masuk melawat arwah yang sedang nazak, keluarga Pok Mad menyambut baik 7 lelaki itu yang tiada siapa di kalangan ahli rumah itu mengenal mereka walau seorang pun.
7 lelaki itu masuk ke dalam rumah dan terus duduk berdekatan arwah yang ketika itu masih bernyawa.Mereka terus membacakan surah yasin dan membacakan Talqin.Kemudian salah seorang berpesan kepada abang sulung sahabat saya...Antara pesanannya yang masih saya ingat

1. Arwah sebenarnya sudah ingin pergi tapi masih terikat dengan 7 perkara. Termasuk syaitan

2. Lelaki itu meminta dibuang segala gambar termasuk surat khabar sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari rumah

3.Cari buku taklim lama yang sering dibacakan oleh Pok Mad kepada anak2 nya selepas solat maghrib

4.Dalam masa 10 minit selepas mereka keluar dari pintu sekumpulan malaikat akan datang untuk mengambil nyawa pok mad

Apabila 7 lelaki itu keluar dari rumah adik berdik sahabat saya terus menjalankan pesanan 7 lelaki itu.Yang peliknya keluar sahaja dari pintu 7 lelaki itu terus hilang begitu sahaja.Terlalu cepat pada pemikiran sahabat saya dan cukup 10 minit arwah pergi seperti yang dinyatakan oleh 7 lelaki misteri tadi.

PERSOALANNYA
Siapakah 7 lelaki itu?

Syukur alhamdulillah segala urusan pengkebumian selepas itu berjalan dengan mudah dan sangat pantas.
Walaupun ditinggal dengan tanda tanya keluarga arwah bersyukur segalanya selamat.
Alfatihah untuk arwah Pok Mad

Ps..saya pernah bersemuka dengan arwah Pok Mad.Orangnya pendiam, raut wajahnya manis.semoga arwah Pok Mad mendapat balasan syurga.Amin

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN