Followers

Sponsored By

Thursday, August 25, 2011

Ramadhanku yang penuh dengan dugaan


Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya..Insyaallah aku akan menamatkan Ramadhan ini dengan puasa yang penuh 30 hari..yihaaa..Rezeki Allah..menyusukan akan sepenuhnya so xpayah ganti puasa..Letih memang letih.Lebih lebih lagi aku menyusukan 2orang anak lelaki yang sedut sedut kuat.Hihihi..Walaupun letih aku masih mampu meneruskan puasa..Cuma..tak dapat khatam Al-Quran lagi tahun ini...huhuhu..

Bukan aku nak mengeluh..namun sekadar meluahkan perasaan..Inilah ujian buatku di bulan Ramadhan..

1) Pemantauan koloboratif oleh jemaah nazir Kementerian Pelajaran Malaysia..

Ini berlaku pada 15 Ramadhan yang lepas..Memang perit nak melengkapkan segala tugasan di sekolah sebelum dipantau.Namun sedar atau tidak..aku berjaya juga mengcompletekan tugasan yang berlambak lambak yang perlu mengikut SKPM ..fUH..

2) Kursus KSSR Tahun 2

Hari pemantauan tu berlaku..aku plak diarahkan berkursus selama seminggu bermula dr 15hb..memang lega..xdalah aku kena pantau sewaktu mengajar.Memandangkan aku lah satu satunya guru Bahasa Arab di sekolahku..for sure Nazir mmg nak pantau aku mengajar..Kursus pun walaupun jauh dr rumah namun banyak memberi input yang berguna..

3) Kena halau dek tuan rumah

Ha..ni yang sedih sangat ni..tuan umah kol suruh kami keluar rumah selepas raya ni..Masalahnya..sampai hari ni..xda pun umah kosong kat kawasan ni..hari hari aku dan suami mencari..search intenet..mintak tolong kawan2..kalau ada pun kosng..nak jual..atau dah ada orang masuk..sedih woo..4tahun duduk rumah ni..dah selesa sangat..dah sayang sangat.Dari pengantin baru sampai anak dah dua..banyak sangat kenangan kat rumah ni..Tapi..ini rumah orang..

4) Roadtax tamat tempoh

Ha..dah lah kena halau..nak cari rumah sewa lain..mestilah deposit tu RM2000 paling murah lah tu..mesti ada..Road tax plak tamat tempoh..RM1000 mesti..

5)Hari Raya

Semuanya berlaku serentak...Nak raya plak..kalau raya tu mestilah nak balik kampung.Perjalanan dari KL ke Johor Bahru..kalau xada RM500 tu tak sahlah..

Memang menyesakkan dada dan kepala bila semuanya berlaku serentak dan memerlukan duit yang banyak serentak..

Mula2 rasa macam xnak balik kampung..Kalau nak balik kampung mesti nak kena servis kereta nak jalan jauh..Banyak guna duit kan..huhuhu..tapi bila cakap tak dapat balik kampung..emak dah sedih..sebab xdapat jumpa emak dia.Yelah..nenek aku bukan muda lagi..Dah menghampiri 90tahun..Apa apa pun boleh terjadi kan...

6) Dapat anak saudara pertama

Macamana rasanya ek nak dapat anak saudara pertama.Ha..yang ini bukan dugaan.Tapi pemberian.Insyaallah..Syawal ini aku akan mendapat anak saudara pertama..Baby Gurl plak tu..Namanya Baby Faiqah..Selama ni menyambut kelahiran anak sendiri.Kali ni menyambut kelahiran anak saudara pertama tu...

Tapi...
Baby Faiqah nak lahir kat Kedah..dapat jumpa dia pun awal tahun depan.Dia dah besar..huhu..sedih.Selalu kalau baby inside datang rumah selalu cakap kat dia..Faiqah keluar lah awal..Ibu Naz nak jumpa dulu..Tapi dia xmau keluar lagi..Apa apa pun ibu Naz doakan Faiqah lahir dengan selamat..dan kita akan berjumpa nanti..Nanti ibu belikan gown ke..headband ke..ek ek ek..

Buat kawan2 yang dikenali..Salam Syawal daku ucapkan..salah silap harap dimaafkan..Ops..tahun ni..aku balik Johor dulu..dan kami berdondon dondon pinky...

1 comment:

Maria Firdz said...

sabar ea along... mmg along sekeluarga telah dipilih Allah utk lalui dugaan sehebat ni...

ea ke baby girl??? hahaha... insya-Allah mgkin pmpuan... xpe.. t kita bersua kat facebook n blog ea ibu naz... tapi nk dapt dukung tunggu la bulan sepuluh t...insya-Allah...

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN