Followers

Sponsored By

Thursday, August 25, 2011

Kenangan Malam Tujuh Likur


Korang pernah dengar tak malam tujuh likur?Kalau di Johor...malam tujuh likur ni adalah malam yang dinanti2 kan terutamanya kanak-kanak..Aku xpasti lah korang.Tapi sejak kecik aku sangat menantikan malam tujuh likur ini.

Malam tujuh likur ni cuma ada dalam bulan Ramadhan je.Apabila tujuh hari sahaja lagi kita akan menyambut hari raya..maknanya minggu terakhir puasa lah..selepas berbuka..aku dan adikku akan memasang pelita minyak tanah yang kami panggil pelita raya.Kalau dulu waktu di Johor..adikku Firdzaus lah yang akan mencacak kayu untuk meletakkan pelita...

Lepas berbuka kami akan isi minyak tanah dalam pelita..lepas tu bakar sumbu dan sangkutkan pelita raya pada kayu kayu yang telah dipancang.Maka..meriahlah seluruh halaman rumah.

Kalau di kawasan kampung selalunya remaja remajanya akan membina pintu gerbang yang pelbagai bentuk dan diletakkan dengan pelita raya.Terang benderang..tak ada satu jalan pun yang gelap bermula tujuh Ramadhan terakhir.Selepas terawih bermulalah episod main bunga api dan mercun...uii..meriah sungguh.

Dulu aku pernah tanya emak..kenapa malam tujuh likur kita kena pasang pelita?Mak kata..sebab malaikat nak turun..kan di antara malam malam terakhir tu ada malam lailatulqadar..mitos pasal lailatulqadar ni pun macam macam..nanti kita cerita lain.

Memang seronoklah..tapi yang tak seronoknya..bila bangun sahur esok..nak kutip pelita mesti hilang sebijik kena kebas dengan orang..Pelita pun nak curik..dan lebih tak best lagi..Bulan Ramdhan pun nak mencuri...

Skang ni..temankan Rikazz plak main bunga api..tapi main dari tingkap flat..tak meriah langsung kan..Macamanalah kalau kampung dah pupus????

No comments:

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN