Followers

Sponsored By

Friday, September 25, 2015

Aidil Adha 2015

Bismillah
Aidil Adha yg ku nanti2 sebab telah ku siapkan jubah kecil warna biru utk puteriku Nubla.
Raya pertama yg pasti dinanti oleh ibu2 yg baru menimang cahaya mata baru.
Syawal yg lalu Rifaa msh dlm perut lagi...Kemudian kita sama sama berpantang.Zulhijjah ini kita dpt meraikan bersama.Walaupun oma xada..abi pun baru balik kerja shift malam.Agak lewat lah perjalanan kita ke rumah nenek sebelah suami.
Di sini gambar utk menjadi kenangan.
Yg pasti...gambar ini menjdi bukti kita semua hidup bersama

Thursday, September 24, 2015

Detik indah bersamamu

Kamu bukan seorang anak yang murah dengan senyuman.Mudah tersenyum apabila diagah.Tidak...kamu bukanlah seperti itu.Sepanjang dua bulan kelahiran kamu...hanya ada dua sahaja gambar kamu tersenyum yg sempat ibu rakamkan.Tapi...memiliki kamu sangat menyenangkan ibu...mendamaikan..ibarat nama kamu HARMONI/ PERSEFAHAMAN.ye..nma yg ibu pilih dan simpan sekian lama ini sgt serasi dgn kamu.Sepanjang ibu berada di hospital..malam malam ibu di wad dgn keadaan luka yg masih berbisa tidaklah sesukar mana.Saiz kamu yang kecil (2.29kg) memudahkan ibu merangkul kamu walaupun dlm keadaan ibu tidak berdaya...Penatnya berulang alik ke klinik..ke hospital sepanjang proses berpantang disebabkan jaundis kamu tinggi dan tidak turun2...masih lagi buat ibu enjoy moment2 itu.Akhirnya pd usia kamu 40 hari...jaundis kamu trun pd paras yg memuaskan.Kita xperlu berulang lagi ke klinik...Ibu xkisah penat berulang ke sana sini...( utk mengawal stress ibu akan excited pilih baju dan tudung utk dipakai bila ke klinik) org kata...dalam pantang ibu melawa.Tp ibu xkisah apa org kata...sebab itu cara ibu utk kawal perasaan ibu ketika berpantang...Dengan berpakaian tidak seperti berpantang ..dpt buat ibu positif dan mengurangkan sedih ibu bila awak kena cucuk sana sini.Ibu bertekad tidak mahu bentan lagi seperti ibu berpantangkan abang Riyash kamu.Disebabkan ibu terpaksa melupakan semua jamu dan ubatan demi memberi laluan kpd kualiti kesihatan kamu..ibu cari cara lain...Alhamdulillah kita berdua berjaya.Terima kasih buat abi mu yg sentiasa ada bersama walaupun dia kurang bicara. Ibu melalui proses berpantang dlm keadaan cukup tidur..Tidak seperti ketika ibu berpantangkan abang Rikazz ...sebab abang Rikazz kuat menangis ketika dlm pantang.Hingga hari ini semuanya masih terkawal.Kamu memang tenang Rifaa' walaupun kamu tidak senyum...
Ibu masih ingat lagi saat ibu dapat mendakap kamu selepas melahirkan...bau kamu.bau yg sgt enak...bau yg sgt harum.Seperti bau haruman kasturi.Hampir ibu tanyakan pada nurse..mandian apa yg mereka gunakan utk mandikan kamu...Tp itu bkn la bau mandian...itulah bau yg ramai org perkatakan..haruman syurga...harumnya..seperti minyak wangi mahal tanpa alkohol...bau itu tidak lama.Sehari sahaja..ini pglman ibu kali pertama dpt mencium bau itu..alhamdulillah...
Sayang ibu...walaupun kamu tidak comel..tidak cantik di pandangan mata org lain..tp kamu..telah lama ibu nantikan..Kamu yg telah berjaya mengawal sikap abang abang kamu..menjadikan mereka seorg yg lbih bertanggungjawab..alhamdulillah..Saat mereka dgn kamu ibu rasakan begitu indah...Anak ibu yg mahal dgn senyuman...mendengar kentut kamu pun buat ibu terhibur...pelik kan sikap seorg ibu...Kini usia kamu sudah 60 hari..pantasnya masa berlalu.Kamu bukan new born baby lg sayang...Rindunya dgn saiz kamu yg kecil dlu...Hmpir setiap hari ibu akan ambil gambar kamu..itu jugalah yg ibu lakukan pd abang abang kamu.Bila mereka besar..mereka seronok melihat gmbr2 mereka masa kecil.Ibu harap..usaha ibu utk kamu ini juga akan dpt gembirakan kamu nanti...
Salam 60 hari sayang...buatmu anakandaku Rifaa' Nubla Munsyariha

Saturday, September 19, 2015

Milestone Nubla

Assalamualaikum
Klu sebelum ni dua hero iaitu Qalby n Qaiyd sy akan share disini agr sy xlupa di masa akn dtg.Jadi sy akan share perkmbangan Rifaa di sini...

Rifaa lahir dgn berat 2.29kg
Panjang 45cm
kepala 32cm

10 hari berat Rifaa jatuh 2.2kg dan masa ni jaundis nya makin tinggi

20 hari berat Rifaa meningkat ke 2.8kg.Alhamdulillah

30 hari check up sebulan.
Berat 3.2kg
Tinggi 49cm
Kepala 35cm
Jab hepatitis B dos 2

Ibu last peknen 77kg
Sebulan 68kg

Check 40 hari ( refer pakar sbb jaundis)
Berat 3.33kg
Tinggi 52cm

Next check up 1/10 nnt.Apala perkmbgn Rifaa

Rifaa ni kurang ramah..kurang senyum..
Day52 bru dia mula nak balas bual dgn kita.Tu pun sekejap je...hai la ank dara.
Walaupun perkmbangan Rifaa x semeriah abg abg nya..ibu bangga dan bersyukur dgn stiap pencapaian Rifaa'
Setakat ni...Rifaa' masih senang dijaga...

ibu love u


SIGN JANGAN TAK SIGN