Followers

Sponsored By

Thursday, August 27, 2015

Dia puteriku

Tengah malam 26 Julai aku sudah diminta berpuasa.Semuanya utk persediaan pembedahan pagi esok.Berdebar2 rasa di hati..dijangkakan aku akan jadi pesakit kedua utk dibedah esoknya.Jadi aku bagitahu pd suamiku mungkin giliran aku dalam pukul 10 pagi dan minta dia ada di Hospital dlm pukul 9.
Pagi2 lagi aku sudah dikejutkan oleh nurse minta aku mandi dan bersiap.Kemas2 beg setelah hampir 4 hari mendiami wad tersebut.Diberi ubat buang air supaya usus kosong.
Dlm 7.50 aku diminta turun ke tingkat bawah utk bersedia.Terkejut aku.Rupanya aku pesakit petama.Memang tak ready...Suami dari Banting ke PPUM belum tiba.Pembantu pegawai kesihatan membantu mengema beg.Beg beg aku di tag.Stretcher mereka telah siapkan.Sebelum aku disorong ke bawah...aku diberi beberapa ubat.Lepas telan semua ubat tu aku pun naik ke atas stretcher dan disorong ke bawah.Sebelum aku disorong ke dalam lift masa tu nurse2 yg menjaga aku slama di dalam wad melambaikan tangan dan mengucapkan semoga berjaya pdku..masa tu aku dah sebak..sambil ucap terima kasih air mata dah mengalir...sayu nya...yelah..entah hidup entah kan mati semasa berjuang...
Apabila tiba di kawasan bilik bedah aku diambil keterangan..dipasang air dan segala bagai alat...yg paling aku xkan lupa dan buat aku serik..bila air yg di drip tersekat dan buat tanganku menggelembung besar.Aku takut..macam nak pecah..Mujur aku perasan.Bila aku bgtau nurse mereka cabut drip tu dan set kan line di sebelh tgan kiri.Ya Allah debarnya masa tu...
Dalam OT...kali ketiga aku melalui saat nak bius tulang belakang tu...Buat aku x relax dan berdebar2 akibatnya jarum tak boleh menembusi tulang.Mereka mintak aku relax..dan masa tula barulah aku dpat rasakan ubat meresap masuk..kakiku mula kebas dan berat...
Memandangkan ini pembedahan kali ketiga ia mengambil masa agak lama...aku dapat rasakan semua operasi kecuali sakit.setiap belahan tu aku dapat rasa dan sampai lapisan terakhir...doktor bagitau mereka dah mahu keluarkan bayi...masa tu aku rasa sesak..nafas mcm tersekat sebab bila perut kita digodeh baby naik ke atas menghimpit peparu.Seorang staff menahan dadaku dan mereka mengeluarkan bayiku dan aku terus rasa free..tiada lg sesak dan sangat selesa
Sejurus itu aku dapat dengar suara tangisan lemak...lembut dan ayu..tapi jantina apakah? Aku tak tahu...
Aku menunggu saat aku ditemukan dgn bayi baruku...Tetapi begitu lama...sehingga hampir siap dijahit barula aku disuakan...Aku nampak dia kecil...kulitnya...putih merah..matanya kecil..benarkah itu anakku.Kulitnya lain dari abang abangnya...tapi jantina?
Bidan menyuakan aku pd jantina bayi...aku minta lihat smpai 3 kli sbb aku lihat mcm telur...kli ke 3 bru ku nampak jelas...girl..leganya...berbaloi penantianku selama ini...Syukur ya Allah ats nikmat yg sgt mendamaikan ini...
Bayiku terpaksa dibawa pergi tanpa aku sempat susukannya...Kerana bidan bagitau pernafasan baby x begitu baik.Saat itu..aku bersyukur kerana pembedahan aku diawalkan dr 39 mggu ke 37mggu...
27 Julai 2015
9.03 minit pagi
Berat 2.29 kg
Panjang 45 cm
Kepala 32cm

Bayi perempuan ku yg pertama dan mungkin terakhir aku lahirkan melalui elektif ceaserian di Pusat Perubatan Universiti Malaya...
Kami namakan
RIFAA' NUBLA MUNSYARIHA BT MUHAMAD RIZAL
terima ksh kpd semua yg mendoakan.
Esok Rifaa' cukup sebulan.mash menanti berat anakndaku sebulan nnt.
Tq warga kerja PPUM yg hebat n baik hati.Allah saja dpt bls kebaikan kalian.

Thursday, August 20, 2015

Kelahiran puteri yang dinanti part 2

Sesampai aku di PPUM aku pun menuju ke klinik mengandung.Tp disebabkan sudah pukul 5 petang aku dirujuk ke tingkat 3 wad bersalin.Setelah menyerahkan surat rujukan aku diminta utk menukar pakaian dan nurse memberitahu aku perlu ditahan wad utk pemeriksaan lanjut.
Dalam wad bersalin pergerakan baby dimonitor dgn ctg...bila berehat saja di atas katil makan tido makan tido...baby sangat2 lah aktif...sakit pun berkurangan.datanglah 2-3 kli saja dlm sehari.Aku yakin tiada apa apa pd kandunganku...
Saat di wad...masa makan paling menyeronokkan.Di Ppum kami bole pilih menu sdr.ada banyak pilihan yg best2. Nak western? Nak pedas? Nak masakan cina..sume ada..Setelah 24 jam ditahan wad..dah menjalani dua kali scan.Scan kali.pertama dalam wad berat baby 2.2999 tu yg aku nampak la..tp aku dihantar ke department scan..di situ..sono memberitahu dia sudah tidak dapat melihat wajah baby lg memandangkan wajah baby telah pun disembamkam di pintu rahim...sakitnya masa tu sebab kepala baby dah di jahitan czer yg lama...scan di situ katanya baby dah 2.5 kg...
Pd mulanya doktor nak teruskan je dengan tarikh booking czer yg lama pd 10/8 tp selepas dia merasa laluan rahim dia trus ubah tarikh n mau mempercepatkan kerana dia jangkakan aku akan semakin kerap sakit nanti...jd dia bg aku discaj sehari dan admit semula jumaat utk persediaan czer pd 27/7... Girang rasa dihati sbb dah xsabar nak jumpa baby...
Bersambung

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN