Followers

Sponsored By

Saturday, March 17, 2012

Rikazz dah pandai eja?


Bila pulang dr sekolah emak bagitau..LONG..RIKAZZ DAH KENAL HURUF BANYAK.CUMA Z JE BLOM KENAL...aku pun jwb ye ke?sedih juga sbb tak dpt jadi org pertama yg menyaksikan kemajuan dia plus sedih sbb aku seorang cikgu namun tak dapat mengajar anak aku sendiri...

Sebelum tidur aku selalu ajak Rikazz main ipad mainannya itu..Di situ ada soalan soalan seperti
Where is the letter...
Where is ...

Selepas emak bagitau aku kisah Rikazz petang tu..aku tengok n ambil video Rikazz menjawab soalan soalan dr ipad.Not bad Rikazz boleh jawab hampir kesemua soalan.Baru terfikir..berbaloi pelaburan aku membelikan pelbagai game yang berunsurkan education padanya walaupun entah berapa banyak yang hancus dek kerana belum sampai masa kesedaran Rikazz untuk belajar.

Beberapa hari selepas itu..mak bagitau lagi..LONG..RIKAZZ DAH KENAL SEMUA HURUF BESAR DAN KECIK..DIA AJAK MAK EJA KAT BUKU HAIWAN DIA.RIKAZZ LAGI PANDAI dr LONG LAH SEBAB BARU 3TAHUN DAH KENAL HURUF..ALONG DULU DAH 6TAHUN BARU KENAL HURUF. (Huhuhuh..emak ni..along kenal huruf terus pandai membaca..ok lah..bg Rikaz menang lah)

Sejak emak bgtau tu..Rikazz asyik mengeja je..cara dia mengeja sebutan omputih..dah cikgunya omputih..tapi dia belum pandai bunyi.Yg kelakar beberapa perkara terjadi

1. M.E.G.A.S.T.E.E.L bunyinya KERJA (eja word belakang uniform abi dia)

2.K.U.D.A B.E.L.A.N.G bunyinya ZEBRA..

3.E.L.E.P.H.A.N.T bunyinya GAJAH

begitulah peristiwa yang terjadi,Untuk pengetahuan rakan rakan..Rikazz ni berjalan awal..mula 7 bulan dah bertatih.Tapi dia bercakap agak lambat.Ketika usia nya 2tahun sebulan selepas dapat adik.Saya bersyukur krana walaupun dia lambat bercakap dan masih banyak yang pelat tapi dia dah mula menunjukkan minatnya belajar.

Hobi Rikazz sekarang tengok tvIQ di astro.kartun dia cuma suka BOLA KAMPUNG...WONDERPETS UPIN IPIN dan BOBOIBOY.saya sgt risau kalau dia hantu tv nanti kalau dah sekolah memang susah sikit nak suruh blaja.

Bila melihat perkembangan Rikazz saya rasa saya dah boleh teruskan utk proses dia membaca..Tapi Rikazz ni lambat sikit kalau disuruh menghafal.jadi doa doa surah surah dia belum boleh ingat.Dia MENGENAL..bukan MENGHAFAL..

Setiap perkembangan anak memang tak sama.Sebagai ibu bapa kita harus nikmati setiap perkembangan mereka.Tahniah Rikazz

Wednesday, March 7, 2012

Malang tidak berbau 2




Apa sajalah malang dan kemalangan yang berlaku ni..oh ye..Riyash anakanda kecik saya sudah pun setahun seminggu pada minggu ini.saya nak ceritakan kepada kawan2 kisah hari lahirnya yang huru hara.
Tapi sebelum tu..biarlah saya kisahkan peristiwa yang terjdi 3 hari sebelum usianya setahun,,

Riyash ni belum jalan lagi..tapi sangat suka memanjat..kalau panjat bukan rendah2..dia dah boleh panjat tv..sofa tu mmg taman permainan dia.

Sedang saya memerhatikan Riyash bermain di hadapan tv..tiba tiba Riyash sudah sedang mencuba memanjat sofa.Kami yang melihat terkejut dan terjerit memanggil namanya..Untuk menghalang dia dari terus memanjat.Dengan senyuman manis Riyash memandang saya dan emak. Dan trus terjatuh dengan dentuman yang kuat.

Bila saya angkat..itulah hasilnya...saya dah bwk g klinik.doktor kata tak perlu risau..memang mnakutkan tapi xmembahayakan utk diri nya..sehingga sekarang sudah hmpir 2 mggu xhilang lagi..masih benjol..

Tak tuam?segala petua saya dah buat tapi doktor kata darah beku dia banyak dan besar.jadi akan ambil masa paling lama sebulan..baru surut habis.

kalau anak tgah lasak mmg tak boleh buat benda lain

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN