Followers

Sponsored By

Sunday, February 27, 2011

Kelahiran Yang ku nanti





Lama saya tak bersiaran..harap maaf ye kawan2..apa yang berlaku terhadap saya tidak seperti yang saya rancang.Saya diberikan due date 8 Feb pada usia kandungan 40 minggu.Namun Allah berkehendak yang lain.Sya tidak dapat melahirkan pada tarikh tersebut dan tarikh tarikh yang terdekat dengannya..
Saya telah pun mula bercuti kerja sehari lebih awal..namun hari2 yang saya lalui sangat memberikan tekanan untuk saya apabila tiada tanda tanda untuk melahirkan..juga sakit yang datang.Malam malam yang saya lalui sangat menyeksakan..tak selesa..termimpi mimpi sudah melahirkan.Hari2 cuti yang saya lalui selalu ditemani dengan tangisan.Selalu cuba menyabarkan diri namun sering kali itu juga gagal.
Setelah melewati 10 hari lewat doktor memberikan tarikh untuk saya dipaksa bersalin.Saya sudah tidak berharap lagi bayi saya akan lahir sebelum itu.Lalu saya gunakan masa yang terluang untuk berjalan setiap hari..makan apa yang saya ingini dan menghabiskan masa bersama putera sulung saya Rikazz.
Apabila tiba tarikh 21 Feb dengan bersemangat dan berdebar saya pun melangkah kaki ke PPUM menyerah diri.Saya sudah rela doktor lakukan apa saja asalkan saya dapat bertemu dengan anak saya secepat mungkin..Dengan berat 83kg saya akhiri kehamilan saya yang kedua..
Pagi itu setelah periksa jalan yang resultnya OS CLOSED kata dok saya diberikan pitosin sebijik untuk induction of labor.6jam diberikan kepada saya utk masa sakit.Saya menanti sehingga 3ptg namun tiada kesakitan yang saya rasakan.Jantung bayi pula tidak berapa ok..
pitosin yang kedua diberikan kepada saya utk induction yang seterusnya..utk result pertama OS CLOSED..WOMB FIRMED..huhuu..tak berjaya..namun saya mula sakit sedikit demi sedikit..Graf ctg saya juga menunjukkan contraction bermula..saya harus menunggu sehingga 9mlm utk induction kedua..Bebarapa minit kemudian sakit saya sudah menjadi 5minit sekali..Saya sanggup bertahan tanpa mengambil sebarang pil tahan sakit kerana ini pengalaman pertama saya sakit bersalin..
Namun setelah pitosin kedua dan sakit yang kerap juga OS CLOSED.huhuhu..akhirnya saya bersetuju utk di czer buat kali kedua..sekaligus menghadkan impian saya utk beranak ramai..
Maka dengan izin Allah..saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.14kg pada 22Feb2011 jam 10.30 pg di PPUM secara czer..
Dan diberi nama

RIYASH QA'IYD MUTAFAWWIQ BIN MUHAMAD RIZAL
RIYASH- Lambang kemegahan
QA'IYD-pemimpin/panglima
MUTAFAWWIQ- Yang cemerlang

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN