Followers

Sponsored By

Sunday, May 2, 2010

Aduhai budak butakss

Rambut Rikazz baru lahir

Rambut Rikazz lepas cukurRambut Rikazz sebelum Potong Adegan di kedai gunting rambut
Rikazz yang behave dgn mamak

Lupalah bila ye rambut Rikazz dibotakkan.Ye..Rikazz skang dah ala ala askar gitu.Dulu boleh buat rambut "pacak" skang dah tak payah sikat dah.Ini kali kedua Rikazz potong habis rambut.Kali pertama masa lepas kenduri cukur jambul.Dan yg ni 2nd time lah.
Reaksi dan respon orang ramai tentang rambut Rikazz ni?macam2..ada yg marah aku sebab potong rambut Rikazz.Mari kita lihat respons orang ramai..
1.Oma Rikazz- Nampak berisi.Oma suka.Kemass je
2.Mek Ema - Nazz, apasal botakkan Rikazz?Dah le rambut orang tu memang tak lebat.Tak ensem lah.
3.Abah Rikazz- Butaaak
4.Nenek Rikazz- Nape dibotakkan?Tak ensem lah.Nenek suka Rikazz rambut panjang.
5.Ibu Rikazz-Kesiannya tengok Rikazz botak.Muka sedih je.Bila ibu dapat pacakkan rambut Rikazz ni?
6.Mama Wati Rikazz-Adik..nape adik potong rambut?Dahlah rambut adik sikit..
7.Ucu Rikazz-Huii..Rikazz nampak brutal lah.
Ha..nilah respon dari orang ramai
Sebenarnya bukan botak licin pun mcm masa Rikazz baby.Tujuannya utk meratakan rambut Rikazz semula.Sebab lepas cukur dulu rambut Rikazz naik tak sekata.Akibatnya walaupun dah panjang tp masih lagi tak rata.Sini tebal..sana nipis.Potong kat kedai mamak.Masa baby dulu aku cukur sendiri.Harga?RM5.kat tempat korang plak?Oh ye..tak tau Mamak tu baca apa tapi Rikazz diam je n ikut segala arahan mamak tu.Macam tak percaya sbb dia bukan biasa g gunting rambut

Saturday, May 1, 2010

Selamat Berbulan Mei

Dah masuk bulan Mei 2010.Betapa cepat masa berlalu.Bulan Mei ni ada macam macam hari kita sambut kan.Tapi apa apa pun aku nak wish SELAMAT HARI PEKERJA kepada sesiapa saja yang bekerja.Tak kiralah yang kerja sendiri atau bermajikan.Bagi diri aku sendri tahun ini adalah tahun ke 5 aku bergelar pekerja dan menyambut hari pekerja.Tapi yang bestnya..lepas hari pekerja aku akan dirai lagi..
10Mei2010 aku akan dirai untuk HARI IBU plak kan.Dan ada lagi
16Mei2010 aku akan meraikan HARI GURU pulak sbb aku seorang guru.
Bulan Mei juga adalah bulan kelahiran semua lelaki dalam hidup aku..
4Mei - birthday Atok Wahab Rikazz yang ke 48tahun
22Mei - birthday Daddy Ngah Rikazz yang ke 26tahun.Tapi tak dpt celebrate sama sbb daddy ngah berada di Sabah skang kerana sedang operasi

25Mei - birthday Daddy Ucu Rikazz yang ke 15tahun.

Banyak event penting yang perlu diraikan pada bulan Mei kan.Takdelah besar2an pun.Tapi saja saja bagi menggembirakan hati insan2 yang kita sayangi kan.
Oh ye, 8Mei ini, anak didikku Mery Zurina akan menyertai pertandingan bercerita MTQ peringkat negeri.Skang ni tgah bagi dia hafal teks cerita.



8Mei jugak anak didikku yang kedua akan mewakili Puteri Islam Daerah Petaling Utama ke pertandingan bercerita HARI PUTERI peringkat negeri.
Ustazah harap..semuanya akan berjaya melakukan yang terbaik.Menang atau kalah?No 2 ok.
Sebelum melabuhkan tirai blog ini,aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA 2010 sekali lagi dan semoga pekerjaan kita mendapat berkat dari Illahi dan gaji yang dibayar untuk kita pun adalah gaji yang berkat.Insyaallah.

Tuesday, April 27, 2010

Negatif


Sejak aku didatangi haidh yang pertama pada bulan 3 sewaktu aku tahun 6, haidh aku memang tak stabil.Kalau dulu selang 4bulan sekali dan paling lama 5bulan sekali.Bila datang haidh pulak, tempoh haidh aku 10 hari.Dan pernah sekali sehingga 15 hari.

Bila aku kawin, orang kata haidh akan datang elok dan segala sengguguut hilang kan.Senggugut jarang jarang aku rasa.Cuma haidh aku dah mula stabil.Tapi bila aku tak dtg period lagi 2bulan selepas aku berkahwin aku rasa itu perkara biasa.Mungkin itu adalah kerana haidh aku memang tak tetap.Sebelum itu aku tak datang haidh selama sebulan dan aku buat upt.Tetapi negatif.Mungkin awal lagi.Namun aku pergi juga ke klinik minta di scan.Itu pun atas saranan kawan2 dan melalui pembacaan kemungkinan orang yang haidhnya tidak teratur ni bermasalah.Sewaktu aku scan di klinik dktr sahkan aku mengandung dlm 3minggu.Kecil lagi.Tetapi ada sesuatu yang turut sama membesar bersama sama janinku.Melalui imbasan itu aku dapati ada sesuatu yang doktor gelarkan cyst sebesar 3cm di dalam rahimku.Doktor nasihatkan aku agar tidak meneruskan dahulu kandungan itu dan memberi laluan kepadanya mengawal cyst tu dari membesar.Selepas diberikan suntikan.Doktor memberi masa seminggu aku akan keluar darah..

Selepas itu aku tidak datang haidh lagi selama 2bulan.Aku tidak mahu memikirkan apa apa lagi tambahan pula aku masih belum tamat kursus perguruan.Cuma aku rasa rindu sangat pada embrio yang sudah tiada itu sebab selepas itu aku rasa sihat dan segar..tiada rasa loya dan pening lagi.

Disebabkan aku harus menghadiri Kursus Bina Guru yang memerlukan aku beraktiviti lasak,aku lakukan UPT utk kali kedua.Hasilnya positif.Alhamdulillah.Walaupun Doktor minta aku berehat untuk beberapa ketika aku tetap ingin teruskan kandungan itu.

Selepas melahirkan Rikazz aku menyusukan badan.Selepas 2bulan berpantang aku tidak didatangi haidh sehinggalah Rikazz berusia setahun.

Pada bulan 1 aku telah di datangi haidh yang pertama selepas aku bersalin dan period itu teratur dan datang tepat pada masanya kecuali pada bulan ini.Masuk hari aku menulis sudah 8 hari aku lewat.Aku dah pun buat UPT 4 hari yang lepas hasilnya negatif persoalannya

1.Adakah aku mengandung?

2.Adakah disebabkan aku bf rikazz haidh aku menjadi tidak normal semula walaupun sudah 4 kali ia datang tepat pada masanya.

3.Adakah rahimku membengkak semula?

aku akan menanti tiga minggu lagi untuk menentukan segalanya

Monday, April 26, 2010

Seram tapi diteruskan jua


Kenangan bersama Personaku-seminggu usia

Alhamdulillah selepas makan pulut kuning penguat semangat akhirnya hari ini ISNIN 26 APRIL 2010 aku dengan semangat waja dan keberanian yang kental telah merealisasikan Lesen P aku untuk memandu dari rumah ke sekolah dan pulang dari sekolah berseorangan


Ikutilah rentetan percubaan pertama yang seram..




6.30pg


Keluar dari rumah.Mak suruh hantar adik ke sekolah dia tapi aku tak berani


6.32


Baru je nak keluar simpang Enjin mati.Hati dah rasa xsedap.Adakah ini petanda bahawa aku masih tak mampu lagi memandu sendirian?Orang belakang dah hon.Aku?Dengan selamba hidupkan enjin dan bergerak.


Sebenarnya bila enjin dah mati aku niat nak patah balik ke rumah naik bus lagi selamat.Tapi tak tau mcmn nak patah balik mcmn.Hahaha.So teruskan jua perjalanan sambil mulut tak henti berzikir mohon kekuatan dan kelancaran perjalanan dari Allah.


6.40


Belum keluar simpang Taman Sri Sentosa dah jammed dah.Teruskan perjalanan


7.00


Tak lepas lagi traffic Light .Adohai jammed yang panjang.Kaki dah menggigil nekan clutch


7.02


Berjaya melepasi traffic light simpan 4 sekaligus naik fly over.Fuh bila dpt duduk line Kiri..Bersyukur sangat sampai tercakap Arab.SYUKRAN YA ALLAH.padahal nak cakap SYUKUR YA ALLAH.


7.05


Berjaya sampai sekolah dengan jayanya.Aku org keempat yang hadir pagi tadi




Itu baru pergi.Belum cerita balik pulak.Aku habis sekolah pukul 1.Selalu aku org paling laju pergi pintu pagar sebab nak kejo bas RapidKL.Tapi hari ni aku relax2 dulu.Bual bual dgn cikgu senior.Dalam hati kembang kuncup je jantung ni mikir kan apalah pulak dugaan aku nanti




1.35


Keluar dari pagar.Kak Mah kawan sekerja ku follow dari belakang.


Pas tu tak ingat masa dah..


Aku sampai kat roundabout jalan Othman mmg jammed sangat.Penuh dengan kereta lori bas sekolah sume ada.Konon kuar lambat sikit nak bagi jalan clear.Tapi hampeh.Rasakan Nazla..


Setelah menyelit2..aku berjaya menduduki jalan sebelah roundabout nye divider.Sampai lah naik bukit flyover lagi.Traffic Light pulok.Bukit..mmg fobia.


Kereta?Mati sekejap..uuh..


Mujur kereta depan baru gerak.Tak sempat kene hon aku berjaya bergerak semula.


Lepas tu berjaya sampai dengan selamat di rumah.




2.10


B kata..jauhnya sekolah..baru skang sampai umah.Lantak le B nak ckp apa.Yang penting Sayang dah berjaya mengatasi rasa takut di jalan raya.Syukriya Ya Allah

Sunday, April 25, 2010

Anak muridku menang lagi

Alhamdulillah..anak muridku yang dikatakan kurang berbakat dek pentadbir sekolah dulu kini sudah berjaya mengungguli tempat PERTAMA Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Petaling Utama.Tajuk kisahnya ialah Siti Hajar Ibu Mithali.
Aku tak pernah harapkan Mery akan menang lagi.Cuma yang selalu aku pesan pada Mery..USTAZAH NAK MERY BUAT YANG TERBAIK UNTUK DIRI MERY DAN SEKOLAH.TAK PAYAH FIKIR NAK MENANG.mery memang anak yang matang.Dia tak pernah berlagak dan selalu merendah diri dan patuh pada ustazahnya yang garang ni.Hehehe..
8 Mei ni..Mery akan pergi ke peringkat Negeri.Inilah pencapaian terbaik di sekolahku..Yang memeranjatkan semua guru.Dan aku sendiri.Selepas ni aku hanya ada masa satu hari untuk menyediakan teks Kisah Habil dan Qabil untuk Mery dan kurang 2minggu untuk melatih Mery.
Buat ayah Mery..terima kasih kerana bekerjasama membantu mery melatihnya.Aku percaya apabila parent dan sekolh bekerjasama pasti anak2 kita akn berjaya..

Sunday, April 18, 2010

Contest Seiras Wajah

Nama Ibu : Nur Nhazzla Bt Abdul Wahab
Nama Panggilan : Naz
Nama Anak : Rikazz Qalby Muntasyee
Nama Panggilan : Qalby
Usia anak : Satu tahun
Tarikh Lahir : 11Jan2009

Persamaan anak dan ibu?
Muka kami sama sama bulat.Paling ketara pada hidung kami.Qalby memang mewarisi hidung ibu.Hidung setompok kata Oma Qalby.Tengok tu kening kami..Sama sama terjongket tapi tak setinggi Ziana Zain.HEHEHE..Yang penting..Bila orang tengok muka kami.mesti kata..Sebijiiik muka ibu dia..Ha..bangga kan..



Contest Seterusnya dianjurkan oleh ummiabbiqis..


1. Kategori ibu & anak


2. Kategori ayah & anak


tapi syarat utamanya masih same.. mesti ade persamaan/mirip2 antara anak dgn ibu/bapanya.Kalau dulu umur anak dihadkan pada 6 tahun kebawah.tapi kalini saya terpaksa memendekkan kepada 4 tahun kebawah kerana dari pengalaman lepas.. tiada yg menghantar penyertaan untuk anak berusia 6 tahun


Satu lagi perbezaan contest seiras wajah kalini ialah contest akan berlangsung selama 3 bulan sessi pemilihan, bermula 1 Februari 2010 hingga 30 April 2010.Satu bulan sessi perhitungan iaitu pada Mei 2010Sessi PemilihanSetiap bulan.. hanya 10 - 16 peserta terbaik akan dipilih. (bergantung pada jumlah penyertaan setiap bulan). Pengumuman insya Allah klu tiada aral akan dipublishkan pada minggu pertama bulan berikutnya.3 bulan contest bermakna ada 30 - 48 peserta kesemuanya.Sessi PerhitunganMereka yg terpilih akan seterusnya bertanding untuk merebut tempat pertama hingga ke-5 bagi kedua2 kategori yg akan berlangsung pada bulan Mei nanti.Pada bulan 6 setelah siap ditimbangtara.. saya akan buat pengumuman nama2 pemenang. Hadiah sebole2nye saya akan kirimkan sebelum Hari Ibu & Hari Bapa tahun ni (saya tak pasti lagi tarikh tepatnya bila hehehe)Sekiranya korang dah antar penyertaan pada bulan Feb. tapi gagal ke sessi pemilihan, korang masih layak untuk bertanding pada bulan Mac & April.




Syarat2 lain Contest :


1. Tiada paksaan untuk menempek banner pada entry/ sidebar korang.


2. Tidak perlu add blog atau jadi follower (tapi kalau sudi, apa salahnya)


3. Hanya perlu backlink entry ini juga link blog ummiabbiqis (http://mayaqarmyla.blogspot.com/) dalam entry penyertaan korang. (tak perlu copy paste keseluruhan entry saya nih)


4. Sertakan nama panggilan utk ibu/ayah. Nama penuh & panggilan anak serta tarikh lahirnya sekali.


5. Ceritakan persamaan yg ada antara anak & ibu/ayah. nak cerita panjang2 boleh, cerita pendek pun boleh. Tapi ingat entry menarik mungkin bakal menambat hati juri.


6. Gambar mestila jelas dan mudah untuk saya copy.


7. Entri tu korang nak stickykan boleh, tak stickypun takpe janji link yg diberi pada saya betul.
8. Sila submit link entry korang tu kat sini -->> http://mayaqarmyla.blogspot.com/2010/02/contest-seiras-wajah-musim-kedua.html untuk mengelakkan sebarang kekeliruan especially di pihak saya bile nak gatherkan balik semua penyertaan..


9. Kalau dah antar entri penyertaan tuk ibu & anak, korang masih layak tuk antar entry anak & bapa juger. Nak antar entri tuk anak2 yg lain pun boleh selagi usia mereka dibawah 4 tahun. Usia mak bapak takde had yer... hehehehehe (ermm lg satu gambopn sekeping jekla.. pasal saya tak nak pilih2..)




HADIAH yang menanti????Untuk makluman, hadiah2 yg tersebut dibawah adalah bagi kedua2 kategori.


Tempat Pertama


1 box One Drop Perfume ( Set Selebriti)1 pc legging/tight untuk anak1 pc cenderahati dari ummiabbiqis


Tempat Kedua1 box One Drop Perfume ( Set Biasa)1 pc legging/tight untuk anak1 pc cenderahati dari ummiabbiqis


Tempat Ketiga1 box One Drop Perfume ( Mini Set )1 pc cenderahati dari ummiabbiqis


Tempat Keempat1 pc legging untuk anak1 pc cenderahati dari ummiabbiqis


Tempat Kelima1 pc cenderahati dari ummiabbiqis.


15 Peserta terawal yg menghantar penyertaan berpeluang mendapat 1 hadiah istimewa melalui cabutan bertuah.

Contest Dad's Special Moment



Dah lama sangat tak join Contest.Sementara ada masa nak meraban ni.Jom join contest kat Blog Zamieda-Lifeline ni.

Jom tengok syarat2nya
syarat-syarat penyertaan:
1. buat entry contest ini di blog anda -dah-
2. letak banner pada entry & side bar -dah-
3. link back banner ke page ini -dah-
4. masukkan link blog ini ke blog list anda -dah-
5. letakkan gambar anak anda sedang dilayan oleh bapanya yang paling touching
bagi anda spt memandikan anak,memberi susu,tukar lampin dsb.
Ada 3gambar yang menjadi pilihan saya
Gambar ini diambil sewaktu di Pizza Hut Sunway Pyramid.Waktu ni Hubby dan Rikazz sedang main tanduk2 kepala.Jadi dapatlah ibu makan dengan tenang.
yang ni pula gambar masa jalan2 kat Taman Botani.Ibu dah tak larat nak kejo Rikazz ni.Jadi abah ambil Rikazz bawak main air.Dia tahu anak dia hantu airYang ni kat Zoo Negara.Rikazz baru pes time nengok binatang.Abah ajar Rikazz sebut nama binatang..
6. ceritakan sedikit ttg gambar itu.
7. usia anak mestilah 5 tahun ke bawah semasa gambar diambil.
8. masukkan juga link penaja iaitu MAZcollection dalam entry & bloglist anda.
9. tinggalkan jejak di ruangan komen di bawah sp mudah saya melawat entry anda.
TARIKH TUTUP IALAH PADA 11.30 MALAM 30.5.2010..
HADIAH AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN.
(2 HADIAH MISTERI MENANTI ANDA)

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN