Followers

Sponsored By

Thursday, November 3, 2016

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016

Diam tak diam.Sudah setahun anak sulungku menjejaki kaki di bangku sekolah rendah.Hanya tinggal beberapa bulan saja lagi Dia akan menginjakkan kaki ke tahun dua.
Ini bermakna 2 tahun saja lagi kereta Persona tu akan cash.10 tahun kau...loan kereta tu.Tu la harta pertama yg aku beli selepas aku berjaya masuk bidang perguruan.
Beralih ke persekolahan Rikazz.Aku masih lagi dalam eksperimen cara pembelajaran Rikazz.Apa eksperimennya..
Rikazz x payah ulangkaji utk exam
Rikazz kene pergi sekolah hari2 sebab dia dapat belajar di sekolah aje
Ulangkaji di rumah akan buat Rikazz stress dan blur nak jawab masa exam.
Aku masa sekola dulu selagi x habis baca buku aku tak tidur tapi budak ini lain.
Kali pertama ujian SK rikazz tengah demam jadi aku memang x tawakal je la..resultnya dia dapat 5A1B...tapi cikgu dia kata ujian 1 tu memang senang.(zaman skang.kedudukan dlm kelas kene ikut banyak A)
Nak x nak memang kene kumpul A jugak la.
Bila setengah tahun Rikazz sihat dan seminggu sebelum tu Ku pulun ajak Rikazz ulangkaji .
Resultnya...hem..terduduk..
1A 2B 2C 1D..dr no 2 trus menjunam ke no 19.
Result akhir tahun..aku x harap banyak.Hanya mendoakan Rikazz dapat perbaiki result stgah tahun dan dapat masuk ke kelas yg lebih baik.Skarang dia kelas ke 3. Biasalah makin belakang makin bnyak kawan main dr yg nak belajar.
Cara belajar...aku mmg x sruh rikazz baca buku.Just siapkan balance latihan dr buku2 latihan yg aku beli dulu.
Ada subjek dia belajar ada subjej langsung x sentuh pun.Tidur awal.
Keputusannya???
Kita sambung kemudian k. Sbb baru dapat result 10 subjek je.Tunggu 3 subjek lg.

Thursday, October 27, 2016

Nubla dah 15 bulan

Hari ni 27 hb genaplah Nubla 15 bulan.Makin bijak makin banyak mulut dan makin ligat dan makin makin lagi.
Hari ni timbang n ukur Nubla abi yg bawak.
Nubla naik berat 500gram dr 7.0 ke 7.5kg
Tinggi pula dr 69 cm ke 71cm.
Ibu doakan Nubla jd anak solehah bijak dan disayangi

Monday, October 24, 2016

Hrmis ooo Hrmis


Assalamualaikum..
Sudah beberapa hari bz dengan hrmis ni.Entah berapa kali update gaji suami tak lepas2 update nama Riyash x lepas2. Penat weih..
Tu belum lagi nak hantar isytihar

harta ni...

Negara kita ni semua nak online tapi server slow
Facebook lg bagus.huhu

Wednesday, May 4, 2016

Perkembangan Nubla

Lamanya blog ini tidak berupdate.Sejak2 hp saya rosak ni memang susah nak update apa apa.Banyak yg saya ketinggalan utk ceritakan di dalam diary ini. Last update ketika Nubla berusia 5 bulan x silap.Ketika kali pertama dia meniarap.So nak sambung lah cerita anak solehah yg bijak ni...(insyaallah)
Usia 5 bulan 2 minggu
Kali pertama Nubla meniarap itu pun selepas saya dan emak menjalankan sesi latihan berguling.Berat sgt badan si Nubla wlupun tuannya ringan je.Slpas beberapa kali dia meniarap..dia trus terbaring sprt biasa.

Usia 7 bulan
Nubla sudah mula kuat badannya.Semakin mudah tiarap sendiri kemudian menelentang sendiri.Hilanglah segala kegusaran ibu kerana Nubla sudah berjaya melangkah setapak maju bab kemajuan fizikal.

Usia 8 bulan
Nubla sudah boleh duduk tanpa sokongan.Badan dia memang dah kuat.Tapi bukan dia duduk sendiri tau.Dia didudukkan.
Nubla juga sudah mula berpusing2 ketika meniarap.Kalau nak ambil sesuatu barang dia akan berguling atau berpusing.Dadanya sudah mula diangkat tinggi.
Hujung usia 8 bulan Nubla sudah mula mengundur undur.Bukan maju kedepan.Sudah rajin berkemas.Bertambah bersepah rumah ni.
Hujung usia 8 bulan juga..Nubla sudah mula kuat berdiri tanpa sokongan utk tempoh masa seminit.

Usia 9 bulan
Baru saja tadi Nubla angkat badan anggih anggih kata mak.Mcm nak merangkak tu.
Semakin berangan nak melangkah dr satu tempat ke satu tempat.Yang pasti badan dia x kuat lg cuma semangat dia je yg besar sangat.
Tuannya baru 6.5 kg di kala usia 9 bulan ni.

Mungkin Nubla tidak sepantas anak anak seusianya yg lain mau pun sepantas perkembangan abg abgnya pd usia 9 bulan.Tp terlalu maju perkembangan Nubla kini kalau nak dilihat langkah pertamanya kukuh pd usia 7 bulan.Kini ibu dah x risau lagi...Nubla makin ligat..makin meriah menjerit2.
Doakan kesihatan Nubla dan abang2 nya ye

Sunday, January 17, 2016

Meniarap juga dia

Walaupun ibu tahu seorg anak yang normal dan sihat pasti akan melepasi perkembangan fizikal nya satu per satu...tp ibu tetap tidak sabar menanti kemajuan kamu sayang.
Mengikut carta perkembangan bayi...seorg bayi akan meniarap dan menelentang dari usia 2bulan sehingga 5bulan.Ni info yg ibu dapat dari buku perkembangan bayi dr kk.
Akhirnya setelah latihan demi latihan (seperti yg disarankan oleh OT...pd ketika kamu 5bln 2mggu kamu meniarap sdr..dgn lemah lembut...syukur alhamdulillah..Tahniah syg..tadi pun Rifaa dah tiarap lagi.Insyaallah lepas ni lebih kuat dan kerap ye syg.huhh..ibu dah boleh tarik nafas lega la syg..

Wednesday, December 23, 2015

Jom buat potongan gaji bayar Ptptn

Assalamualaikum...
Sempena hari cuti suami hari ni dan minggu2 terakhir percutian saya nak settlekan apa yg patut disettlekan.
Pagi2 tadi dah kluar menuju ke bandar banting.
1.Pergi Bank Rakyat
Nak aktifkan akaun anak2 yg dah terdeactivate.Konon nak masukkan la duit syiling tabung diorg dlm akaun tp mesin syiling rosak pulak.

2.Pergi Bank Islam
Buat pertukaran alamat.Dah lama xdpt statement bank.Byrn kerta pun dah x banyak.X sbr nak trima geran kereta.Itulah harta pertama saya gaji saya bekerja.

3.Pergi PTPTN
asalnya xtau apa nak ckp.sy pergi ke ptptn shah alam sbb itula yg terdekat dgn jenjarom.Sampai sana..uuu ramaaai.Ni gara2 potongan mandatori ptptn le tu.Sape x risau klu kerja x bergaji?

Sblm ni sy dah 2 kli ditawarkan tukar ke ujrah.Kli pertama ms bersalinkan Riyash.Tgh dlm pantang.xkuasa mak nak ke hulu hilir masa tu.Dokumen pun bnyk nak settle ms tu.Dan kli kedua..xdan bc emel dah xpired.

So azam 2016 sy nak settlekan apa yg spttnya.
Lpas amik no..isi borang potongan gaji..isi borang tuko ujrah..submit kat pgawai ptptn.
Dia cek kan balance.Dia trus ckp nak tukokan ke ujrah then dia tnya nak byr brapa.Den pun xtau brapa ptt byr.Jd dia cdg byr la 200rm utk 15 tahun.Mls nak pikior panjang.Ok kan ajela.nnt mn tau ada rezki lebih kan bole buat full settlement.Lpas tu...dia kata nak aktifkan akaun kenala buat transaksi 500rm.
Dah le tgah gawat nak skolahkan dua anak tu...suami plak tgah xda kerja..rs nak nangis sgt...manala nak cekau duit ms ms ni..mcmn pun kenela usaha..huhu..

Xsbr nak blik rumah jumpa ank ank...

Tuesday, December 22, 2015

Penghasilan susu menurun selepas haidh

Assalamualaikum...
Saya sudah melahirkan hampir 5 bulan.Terasa pantasnya masa berlalu.Disebabkan saya bersalin secara czer sy wajib (bg saya) menjarakkan kehamilan utk kesihatan dan kemaslahatan sy sdr.Sy memilih utk mengambil noriday sbgai perancang.Pil perancang yg sesuai utk ibu yg menyusukan anak.
Ini bkn kali pertama sy menyusukan anak...bkn pertama kali sy consume pil noriday.Dua anak sblm ini pun dgn cara yg sama.
Haidh pertama slps melahirkan ketika Rikazz dtg selepas setahun sy bersalin.
Ketika Riyash awal sikit masa Riyash 8 bulan.Tp kli ini lbh awal dan x sy sgka seawal 2 bulan lbih.Sblm saya didatangi haidh pertama...penghasilan susu sy merudum...dr kebiasaan sy boleh dpt 5-7 oz utk satu sessi.Tp ketika rifaa 2 bln lbh sy pelik susu sy cuma dpt 2-3 oz je bila di pam.LDR pun kurang...puas sy cr di mana silap sy...rupanya jawapannya ternyata sy haidh awal.lbh kurg beberapa hr slps produksi sy merosot.Shingga kini 7,8,9 oz satu sessi sudah menjadi sejarah dlm penyusuan kli ini.Sy redha dgn rezeki ini.Tp mslh ni x boleh jd punca utk sy berhentikn penyusuan kan.zaman rikazz n riyash sy mmg biasa dpt 3-4 oz je tp sy berjya jayakan penyusuan 2 tahun lengkap.Alhamdulillah...

Hasil carian saya...penghasilan susu badan merudum ketika haidh akibat kekurangan kalsium ketika haidh.Jadi sy menemui cara dgn mengerapkan pam utk memenuhi demand anak..dan minum susu lah kan..atau pun ambil lah vitamin2 kalsium.
Selamat mencuba!


Sunday, December 20, 2015

Jangan hantar adik pada orang!

Ketika saya mengandungkan Rifaa...dia selalu nak marah baby dalam perut.Abang dia pula hari2 bercakap..panggil adik dan sibuk tanya adik bila nak keluar.Tp bila adik baby keluar dia kelihatan lebih pandai melayan adik baby.Nampak kasih syg seorg abg tu bila dia bercakap dgn adiknya.
*************
Hari ini kami pergi ke duniasusuibu2u di serdang utk cari brg2 penyusuan. Utk bekalan ke rumah pengasuh Rifaa nnt.Dlm perjlnn sy dah berpesan pd abg abg agar berkelakuan baik ketika di butik tersebut.Sebab ibu nak cari beg susu adik.
Saya sempat bercerita bahawa sy akan hantar adik Rifaa pd org lain.
Riyash terus sedih dan kata TAK BOLEH! TAK BOLEH BG ADIK RIFAA DEKAT ORANG LAIN.RIYASH SUKA ADIK RIFAA.RIYASH SYG ADIK RIFAA.
Nmpk dia btol2 ikhlas syg adik dia.Wlupun shingga kini dia msh lg bhasakan diri dia ADIK.

Tuesday, December 1, 2015

Selamat 4 bulan sayang ibu

Alhamdulillah...sudah 4bln Nubla bersama ibu.Semakin murah dgn senyuman.Klu dulu susah sangat ibu nak tengok dia senyum.Gambar pun semua masam masam je.Dah makin rancak bersembang.Dah pandai capai objek bila dihulur.Kalau mengiring dan kita sentuh badan dia baru la dia nak meniarap sendiri.Nampak dia takut nak tiarap sendiri.
Untuk perkembangan fizikal cuma naik 400 gram dr bulan lepas
Dan naik 3 cm ketinggian dari bulan lpas.
Yg sihat ye syg

Konvokesyen Dan Graduasi Abg Rikazz Qalby Muntasyee

Tanggal 5hb Nov 2015 adalah hari yg penting buat putera sulungku.Hari di mana dia dan sahabatnya diraikan dlm sebuah majlis yg istimewa.Pastinya kehadiran ibu dan abi amat dinanti2 dan diharapkan oleh nya.Abi nya hampir2 xdpt datang sebab bekerja.Puas ibu memujuk agar Abi nya turut serta pd hari yg istimewa ini.Sempat ibu memancing abi ' Rikazz dpt best student B x bangga ke? kesian dia kalau abi dia xda' ayat pancing yg ibu sdr xtau apa result exam Rikazz yg lepas.
Mengimbau kembali sejarah persekolahan Rikazz.Pd bulan 3 yg lepas aku terpksa berpindah ke daerah klang slpas semakan eg tukar antra daerah dijalankan.Rikazz pun terpaksa berpindah sekolah jugalah.Aku cuba utk dptkan tempat rikazz di pra sekolah di johan setia tp sygnya penuh.Aku sudah ambil kptsn utk tidak sekolahkan Rikazz sbb aku x puas hati dgn silibus sekolah swasta di sekitar rumah.Tp rezeki rikazz Ada sorang murid pra kluar dan Rikazz dpt masuk ke pra tersebut itupun stlh bln 4.
Rikazz tak dpt hadirkan diri bila aku bercuti bersalin3 bulan dan slpas itu dia periksa.Aku mmg x mengharapkan yg banyak...waktu exam pun dia tdo cepat sbb dia penat.Satu je yg aku percaya latihan yg dia buat hari2 selama ini akn dpt membantu Rikazz menjawab periksa.
Pada hari tersebut...5 hb aku menguruskan persembahan murid.Aku tak tgok pun buku atur cara.Dan aku tahu pun lepas abi nya yg bgtau Rikazz dpt anugerah TOkoh MuRid...alhamdulillah...
Ketika dia 4 tahun dia dpt tempat ke 4
5 tahun dpt Anugerah Murid Terbaik 5 tahun
alhamdulillah Rikazz dah upgrade kejayaannya...
Tahniah syg...
TOKOH MURID PRA SEK PINTAR
ANUGERAH TERBAIK AKADEMIK
ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK DLM MATHS SAINS ENGLISH DAN BM.
ibu pun dpt naik pentas hari tu...Tq Rikazz..Rikazz mmg sempoi...semoga minat ini akn berterusan di ms akn dtg

Sunday, October 25, 2015

Zikir Asy Syafi

Baru je menidurkan Rifaa'. Dah dua malam dia mcm tu.Bila nak urutkan dia mcm tak nak.Nak baringkan marah.
Dah bacakan zikir terlelap sekejap kemudian menangis.Teringat sebuah buku yang sy dpt sebagai hadiah ketika di sekolah rendah...
Menurut buku tu Asy Syafi antara 99 nama Allah yang bermaksud YANG MAHA PENYEMBUH. Kalau dibacaka  pd orang yang sakit akan dpt mengurangkan sakit mereka.
Segala penyakit pun datangnya dengan izin Allah jua.Bila saya bacakan pd Rifaa' dia terus berhenti meronta...tenang dan melelapkan mata..sehinggalah sy susukan dia baru sebentar tadi.
Hanya Allah Maha Pemilik segala kesembuhan

Saturday, October 24, 2015

Rifaa' 90 hari

Alhamdulillah...genaplah hari ini Rifaa' 90 hari.Bermakna cuti bersalin ibu pun telah berakhir.Inilah cuti bersalin paling best dan paling enjoy yg saya rasa.Cuti yg betul2 nikmat...
Rasa beratnya ibu nak meninggalkan rutin 3 bulan bergomol dengan Rifaa' setiap hari.
Tapi...utk pertama kalinya...Rifaa' mengamuk malam2. Nampak mcm sakit perut.Semua posisi serba tak kena.Susu pun x menjadi.Mesti sakit sangatkan sayang...Akhirnya dengan 3Qul Rifaa' tertidur jua.Alhamdulillah anak kecil ini tak banyak ragamnya jadi malam ini ibu agak panik sebab xtau nak handle Rifaa mcmana.
Anak ibu ni dah pandai tengok tv..dah pandai nak capai2 objek.Suka main dekat play gym dia.opps..Rifaa' belum meniarap lagi...xkisahlah bila2.. tapi dia dah mengiring selalu.Dah makin kuat..Dah pandai senyum..borak..bahagianya saat saat tu kan.Dan dia suka betul dengan miow.
Tadi kucing kami masuk longkang.Kami terpaksa mandikan Miow malam2. Menangisla miow tu..apa lagi..Rifaa' pun respond la..
Berapa berat Rifaa'?
belum timbang lagilaah.29hb nanti baru timbang..ibu target Rifaa' mst sampai 5kg 3 bln ni..tapi....Rifaa' dah mula refuse ebm pulak.Dia sanggup tahan utk DF.mcmn nak bam bam syg?
Rifaa pun dah boleh tdo..ibu ada banyak kerja nak kene settle...tata.wassalam


Monday, October 19, 2015

90 hari pun belum

Saya perasan..sejak beberapa hari production agk down...LDR pun lambat.Apa slh saya? sblm ni bila pam sy boleh dpt 5-7 oz...tp dua tiga hr ni dpt 3 oz pun mkn masa...apa salah sy?
Pil noriday yg sy mkn tidak akn ganggu production...Dua anak sebelum ni memang saya makan noriday..ehhh jgn samakan saya dengan awak...saya ni bersalin czer..period pun x tahu nak kata.demi kesihatan sy..sy kenala mkn noriday tu.x boleh rancang sendiri...
Dan pagi tadi...saya dah tau jawapan kenapa susu sy berkurang...
Rupanya best fren saya dah datang...sy terkejut...terlalu cepat bg saya kali ni.
Ms Rikazz dlu lpas setahun...ms Riyash lpas 8 bln...kli ni lpas 2 bulan?
Tp saya tetap terus positif utk pam susu demi Rifaa.sikit atau pun banyak

Friday, October 2, 2015

Milestone Rifaa' 2bulan

Salam...
Hari ni pergi check up dan cucuk Rifaa' 2 bulan

perkembangan rifaa'
Flash back
Lahir-
Berat-2.29kg
Panjang-45cm
Kepala-32cm

2 bulan
Berat-4.1kg
Panjang-54cm
Kepala-37cm

Hari ni ibu ambil Noriday lg.
Sempat ibu menimbang berat ibu kat klinik tadi.
Bulan lepas 69.5..kg
Ni dah naik dah...70kg.sob sob sob.Memang rasa...baju sangkut tang punggung

Thursday, October 1, 2015

Bersunat

Sudah beberapa kali tertangguh2. Niat nak menyunatkan anak dara.Selama ni xda anak dara jadi xdalah kisah psl berkhatan utk baby girl.
Sbgai ibu aku cuba mencari ms yg sesuai dgn keadaan kesediaan dan kesihatan Rifaa' seblum menjalankan ritual ini.
Nak disunatkan masa Rifaa dlm pantang..kesian dekat dia kecik sangat.Sebab orangnya pun memang kecik 2.2kg je.Ditambah dgn jaundis yg berakhir pd hr ke 40.Asyik kena cucuk sana sini...x sampai hati nak tambahkan lg kesakitannya.
bercadang nak khatankan Rifaa' sebelum aku habis bercuti bersalin ni.
Alhamdulillah Rifaa selamat dikhatankan pd 30 september 2015 di klinik Suhaini banting.Dengan kos rm20 saja.Sekejap saje prosesnya.Yg penting aku x tengok.Abi dia yg tengok.Jadi...Rifaa dah anak dara la ni kan.hehe

Friday, September 25, 2015

Aidil Adha 2015

Bismillah
Aidil Adha yg ku nanti2 sebab telah ku siapkan jubah kecil warna biru utk puteriku Nubla.
Raya pertama yg pasti dinanti oleh ibu2 yg baru menimang cahaya mata baru.
Syawal yg lalu Rifaa msh dlm perut lagi...Kemudian kita sama sama berpantang.Zulhijjah ini kita dpt meraikan bersama.Walaupun oma xada..abi pun baru balik kerja shift malam.Agak lewat lah perjalanan kita ke rumah nenek sebelah suami.
Di sini gambar utk menjadi kenangan.
Yg pasti...gambar ini menjdi bukti kita semua hidup bersama

Thursday, September 24, 2015

Detik indah bersamamu

Kamu bukan seorang anak yang murah dengan senyuman.Mudah tersenyum apabila diagah.Tidak...kamu bukanlah seperti itu.Sepanjang dua bulan kelahiran kamu...hanya ada dua sahaja gambar kamu tersenyum yg sempat ibu rakamkan.Tapi...memiliki kamu sangat menyenangkan ibu...mendamaikan..ibarat nama kamu HARMONI/ PERSEFAHAMAN.ye..nma yg ibu pilih dan simpan sekian lama ini sgt serasi dgn kamu.Sepanjang ibu berada di hospital..malam malam ibu di wad dgn keadaan luka yg masih berbisa tidaklah sesukar mana.Saiz kamu yang kecil (2.29kg) memudahkan ibu merangkul kamu walaupun dlm keadaan ibu tidak berdaya...Penatnya berulang alik ke klinik..ke hospital sepanjang proses berpantang disebabkan jaundis kamu tinggi dan tidak turun2...masih lagi buat ibu enjoy moment2 itu.Akhirnya pd usia kamu 40 hari...jaundis kamu trun pd paras yg memuaskan.Kita xperlu berulang lagi ke klinik...Ibu xkisah penat berulang ke sana sini...( utk mengawal stress ibu akan excited pilih baju dan tudung utk dipakai bila ke klinik) org kata...dalam pantang ibu melawa.Tp ibu xkisah apa org kata...sebab itu cara ibu utk kawal perasaan ibu ketika berpantang...Dengan berpakaian tidak seperti berpantang ..dpt buat ibu positif dan mengurangkan sedih ibu bila awak kena cucuk sana sini.Ibu bertekad tidak mahu bentan lagi seperti ibu berpantangkan abang Riyash kamu.Disebabkan ibu terpaksa melupakan semua jamu dan ubatan demi memberi laluan kpd kualiti kesihatan kamu..ibu cari cara lain...Alhamdulillah kita berdua berjaya.Terima kasih buat abi mu yg sentiasa ada bersama walaupun dia kurang bicara. Ibu melalui proses berpantang dlm keadaan cukup tidur..Tidak seperti ketika ibu berpantangkan abang Rikazz ...sebab abang Rikazz kuat menangis ketika dlm pantang.Hingga hari ini semuanya masih terkawal.Kamu memang tenang Rifaa' walaupun kamu tidak senyum...
Ibu masih ingat lagi saat ibu dapat mendakap kamu selepas melahirkan...bau kamu.bau yg sgt enak...bau yg sgt harum.Seperti bau haruman kasturi.Hampir ibu tanyakan pada nurse..mandian apa yg mereka gunakan utk mandikan kamu...Tp itu bkn la bau mandian...itulah bau yg ramai org perkatakan..haruman syurga...harumnya..seperti minyak wangi mahal tanpa alkohol...bau itu tidak lama.Sehari sahaja..ini pglman ibu kali pertama dpt mencium bau itu..alhamdulillah...
Sayang ibu...walaupun kamu tidak comel..tidak cantik di pandangan mata org lain..tp kamu..telah lama ibu nantikan..Kamu yg telah berjaya mengawal sikap abang abang kamu..menjadikan mereka seorg yg lbih bertanggungjawab..alhamdulillah..Saat mereka dgn kamu ibu rasakan begitu indah...Anak ibu yg mahal dgn senyuman...mendengar kentut kamu pun buat ibu terhibur...pelik kan sikap seorg ibu...Kini usia kamu sudah 60 hari..pantasnya masa berlalu.Kamu bukan new born baby lg sayang...Rindunya dgn saiz kamu yg kecil dlu...Hmpir setiap hari ibu akan ambil gambar kamu..itu jugalah yg ibu lakukan pd abang abang kamu.Bila mereka besar..mereka seronok melihat gmbr2 mereka masa kecil.Ibu harap..usaha ibu utk kamu ini juga akan dpt gembirakan kamu nanti...
Salam 60 hari sayang...buatmu anakandaku Rifaa' Nubla Munsyariha

Saturday, September 19, 2015

Milestone Nubla

Assalamualaikum
Klu sebelum ni dua hero iaitu Qalby n Qaiyd sy akan share disini agr sy xlupa di masa akn dtg.Jadi sy akan share perkmbangan Rifaa di sini...

Rifaa lahir dgn berat 2.29kg
Panjang 45cm
kepala 32cm

10 hari berat Rifaa jatuh 2.2kg dan masa ni jaundis nya makin tinggi

20 hari berat Rifaa meningkat ke 2.8kg.Alhamdulillah

30 hari check up sebulan.
Berat 3.2kg
Tinggi 49cm
Kepala 35cm
Jab hepatitis B dos 2

Ibu last peknen 77kg
Sebulan 68kg

Check 40 hari ( refer pakar sbb jaundis)
Berat 3.33kg
Tinggi 52cm

Next check up 1/10 nnt.Apala perkmbgn Rifaa

Rifaa ni kurang ramah..kurang senyum..
Day52 bru dia mula nak balas bual dgn kita.Tu pun sekejap je...hai la ank dara.
Walaupun perkmbangan Rifaa x semeriah abg abg nya..ibu bangga dan bersyukur dgn stiap pencapaian Rifaa'
Setakat ni...Rifaa' masih senang dijaga...

ibu love u


Thursday, August 27, 2015

Dia puteriku

Tengah malam 26 Julai aku sudah diminta berpuasa.Semuanya utk persediaan pembedahan pagi esok.Berdebar2 rasa di hati..dijangkakan aku akan jadi pesakit kedua utk dibedah esoknya.Jadi aku bagitahu pd suamiku mungkin giliran aku dalam pukul 10 pagi dan minta dia ada di Hospital dlm pukul 9.
Pagi2 lagi aku sudah dikejutkan oleh nurse minta aku mandi dan bersiap.Kemas2 beg setelah hampir 4 hari mendiami wad tersebut.Diberi ubat buang air supaya usus kosong.
Dlm 7.50 aku diminta turun ke tingkat bawah utk bersedia.Terkejut aku.Rupanya aku pesakit petama.Memang tak ready...Suami dari Banting ke PPUM belum tiba.Pembantu pegawai kesihatan membantu mengema beg.Beg beg aku di tag.Stretcher mereka telah siapkan.Sebelum aku disorong ke bawah...aku diberi beberapa ubat.Lepas telan semua ubat tu aku pun naik ke atas stretcher dan disorong ke bawah.Sebelum aku disorong ke dalam lift masa tu nurse2 yg menjaga aku slama di dalam wad melambaikan tangan dan mengucapkan semoga berjaya pdku..masa tu aku dah sebak..sambil ucap terima kasih air mata dah mengalir...sayu nya...yelah..entah hidup entah kan mati semasa berjuang...
Apabila tiba di kawasan bilik bedah aku diambil keterangan..dipasang air dan segala bagai alat...yg paling aku xkan lupa dan buat aku serik..bila air yg di drip tersekat dan buat tanganku menggelembung besar.Aku takut..macam nak pecah..Mujur aku perasan.Bila aku bgtau nurse mereka cabut drip tu dan set kan line di sebelh tgan kiri.Ya Allah debarnya masa tu...
Dalam OT...kali ketiga aku melalui saat nak bius tulang belakang tu...Buat aku x relax dan berdebar2 akibatnya jarum tak boleh menembusi tulang.Mereka mintak aku relax..dan masa tula barulah aku dpat rasakan ubat meresap masuk..kakiku mula kebas dan berat...
Memandangkan ini pembedahan kali ketiga ia mengambil masa agak lama...aku dapat rasakan semua operasi kecuali sakit.setiap belahan tu aku dapat rasa dan sampai lapisan terakhir...doktor bagitau mereka dah mahu keluarkan bayi...masa tu aku rasa sesak..nafas mcm tersekat sebab bila perut kita digodeh baby naik ke atas menghimpit peparu.Seorang staff menahan dadaku dan mereka mengeluarkan bayiku dan aku terus rasa free..tiada lg sesak dan sangat selesa
Sejurus itu aku dapat dengar suara tangisan lemak...lembut dan ayu..tapi jantina apakah? Aku tak tahu...
Aku menunggu saat aku ditemukan dgn bayi baruku...Tetapi begitu lama...sehingga hampir siap dijahit barula aku disuakan...Aku nampak dia kecil...kulitnya...putih merah..matanya kecil..benarkah itu anakku.Kulitnya lain dari abang abangnya...tapi jantina?
Bidan menyuakan aku pd jantina bayi...aku minta lihat smpai 3 kli sbb aku lihat mcm telur...kli ke 3 bru ku nampak jelas...girl..leganya...berbaloi penantianku selama ini...Syukur ya Allah ats nikmat yg sgt mendamaikan ini...
Bayiku terpaksa dibawa pergi tanpa aku sempat susukannya...Kerana bidan bagitau pernafasan baby x begitu baik.Saat itu..aku bersyukur kerana pembedahan aku diawalkan dr 39 mggu ke 37mggu...
27 Julai 2015
9.03 minit pagi
Berat 2.29 kg
Panjang 45 cm
Kepala 32cm

Bayi perempuan ku yg pertama dan mungkin terakhir aku lahirkan melalui elektif ceaserian di Pusat Perubatan Universiti Malaya...
Kami namakan
RIFAA' NUBLA MUNSYARIHA BT MUHAMAD RIZAL
terima ksh kpd semua yg mendoakan.
Esok Rifaa' cukup sebulan.mash menanti berat anakndaku sebulan nnt.
Tq warga kerja PPUM yg hebat n baik hati.Allah saja dpt bls kebaikan kalian.

Thursday, August 20, 2015

Kelahiran puteri yang dinanti part 2

Sesampai aku di PPUM aku pun menuju ke klinik mengandung.Tp disebabkan sudah pukul 5 petang aku dirujuk ke tingkat 3 wad bersalin.Setelah menyerahkan surat rujukan aku diminta utk menukar pakaian dan nurse memberitahu aku perlu ditahan wad utk pemeriksaan lanjut.
Dalam wad bersalin pergerakan baby dimonitor dgn ctg...bila berehat saja di atas katil makan tido makan tido...baby sangat2 lah aktif...sakit pun berkurangan.datanglah 2-3 kli saja dlm sehari.Aku yakin tiada apa apa pd kandunganku...
Saat di wad...masa makan paling menyeronokkan.Di Ppum kami bole pilih menu sdr.ada banyak pilihan yg best2. Nak western? Nak pedas? Nak masakan cina..sume ada..Setelah 24 jam ditahan wad..dah menjalani dua kali scan.Scan kali.pertama dalam wad berat baby 2.2999 tu yg aku nampak la..tp aku dihantar ke department scan..di situ..sono memberitahu dia sudah tidak dapat melihat wajah baby lg memandangkan wajah baby telah pun disembamkam di pintu rahim...sakitnya masa tu sebab kepala baby dah di jahitan czer yg lama...scan di situ katanya baby dah 2.5 kg...
Pd mulanya doktor nak teruskan je dengan tarikh booking czer yg lama pd 10/8 tp selepas dia merasa laluan rahim dia trus ubah tarikh n mau mempercepatkan kerana dia jangkakan aku akan semakin kerap sakit nanti...jd dia bg aku discaj sehari dan admit semula jumaat utk persediaan czer pd 27/7... Girang rasa dihati sbb dah xsabar nak jumpa baby...
Bersambung

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN