Followers

Sponsored By

Friday, April 29, 2011

Saya gemuk!

si gemuk dr gua hantu..huhuh
ni masa peknen 6bln..pun xbeso sgt lg.huhuhh

yg ni terbaru.Minggu lepas.huhu
61 kg tu masa ngandung 5bulan.huuhuh

Kenapalah saya gemuk sangat?huhuhu...masa anak dara berat saya hanya 45kg..oklah kot dgn ketinggian 160cm..sebelum kawen 58kg..tu pun masihlah ok lagi.Lpas bersalinkan Rikazz berat saya 60kg..pun masih ok lagi..tp skang dah xok..Saya dah 2bulan selepas bersalin..Berat saya sekarang 68 69kg..mcm tu lah..Saya makan bkn kuat sgt mcm sebelum ni pun.Saya makan mcm dlm pantang.Nasi 2kali sehari.Pagi saya sarapan oat.Kali ni lah saya rasa diet saya paling terancang.Tak mcm sebelum ni.saya makan xikut masa.Tapi berat saya dah statik.Mcm tu je,

Paling mengharukan saya..punggung saya melebar..memang lebar sgt lah menyebabkan badan saya mcm org 80kg..baju baju sendat.seluar kain apatah lagi disebabkan punggung saya yg lebar ni..Orang keliling sume mengata saya.Ikutkan hati nak je saya diet atau makan jamu jamu melangsingkan badan.Tapi saya menyusukan Riyash.Saya tak boleh pentingkan diri.Tapi saya nak juga cantik...xdpt 58kg..dpt 60 mcm dulu pun jadilah..

Saya sedih..saya tak mahu beli baju atau seluar.Saya berharap badan saya boleh kembali ke berat sebelum bersalin...Berat badan terakhir masa mengandung kali ini memang menyedihkan saya.83kg..sapa yg xnak kurus dan ccantik kan?Perlukah saya berharap?atau positif?adakah keletihan bekerja akan menurunkan berat badan saya?

Saya amat berharap sgt kerja saya yg tak berhenti berjalan nanti dan tak berhenti turun naik tangga akan mengurangkan berat badan saya.Dpt turun 4kg lg pun dah ok bg saya...

Oh..saya sedih..tp saya rasa mcm xboleh buat apa apa...

Wednesday, April 27, 2011

Bila Panglima Riyash dah 2bulan





Pejam celik pejam celik..anak yang ibu kandung sampai 42minggu..dah pun mencecah usia 2bulan..dan ibu pun sudah lah lebih dr 60hr bersalin.Walaupun sudah lebih 2bln bersalin..jahitan di perut ibu masih lagi muda..sakit2 di dalam masih terasa..kulit pun masih muda..x boleh disentuh..

Bukan nak cerita pasal ibu kat sini kan..nak cerita pasal anak kecik ibu.Macamana ibu update perkembangan abg Rikazz dulu..itu jugalah yang harus ibu lakukan untuk Riyash.

Check up yg lepas Riyash dah mencecah berat 5.7kg..alhamdulillah dan tinggi 61cm..alhamdulillah.Ini bermakna baju baju Riyash yg ibu beli dulu sudah menyingkat dan mengecil.

Diapers dah bersaiz M.Dan ibu rasa beberapa minggu lagi ibu harus menukar diapers itu ke saiz L.Ini kerana badan Riyash membulat pinggang Riyash besar.Klip pelekat tu dah kat ujung je dah.Kalau nak tukar saiz L berat Riyash kena 8kg ke atas.Tapi Riyash baru nak cecah 6kg.Mcmn ek?

Riyash sangat suka mandi.Kalau lepas mandi Riyash akan mula berbual2 dengan muka yg penuh ekspresi..Dan muncung yg dah sedia panjang itu dipanjang2kan..
Tapi Riyash bukan jenis yg mudah melemparkan senyuman mcm abg Rikazz.Riyash suka buat muka serius..maklumlah..panglima kan..

Skang Riyash dah mula menggenggam jari jari ibu bila menyusu.Bila ibu lambat bg susu Riyash akan hisap mitten..berbunyi2..Kenalah bukak mittens tu..bucuk lah..Masih mengiring2 lagi.Belum ke progress yang lain..

Baru je tanggal pusat..Skang ibu tgah jaga luka di pusat Riyash.Kesian tgok keadaan dia.Kulit Riyash ni jenis sensitif dan kering.Mcm kulit ibu waktu peknenkan Riyash..

Ibu perasan Riyash xsuka berjalan.Lebih selesa di rumah dr di luar rumah.Klu jalan2 Riyash nampak xselesa.Tu yg buat ibu pun jd xselesa nak lama lama kat luar..

Ibu doakan kesihatan Riyash.Riyash mmg xsama dgn abg..Walaupun Riyash ada masalah kulit..pusat tapi Riyash masih lg mengizinkan ibu utk tido malam.Xmudah menangis kecuali dah lapar sgt..Terima kasih sayang ibu..

Tuesday, April 26, 2011

Dah 2 bulan baru nak tanggal pusat...

Riyash yang dah tembam
Dalam bulatan pusat yang tanggal hr ke 9
Riyash yg dah ceria
Serbuk kecutkan pusat
Polips yang dah hancus
Pusat yang normal
Selepas dibubuh serbuk beracun
Lebihan pusat yang bengkak
Masalah Riyash selama dua bulan


Anak sapa tu?Eii...lamanya ..dah 2bulan baru nak tanggal pusat?Anak sapa lagi..anak saya lah.Riyash Qa'iyd Mutafawwiq..
Macamana boleh lama macam tu?

Sebenarnya pusat yang bersepit tu dah lama tanggal.Masa Riyash 9hari..tanggal kat klinik masa tengah nak amik darah utk test bilirubin masa jaundis tu..

Lepas dari hari tu pusat Riyash tak kering2.Bila tanya doktor kat KK..yg dia kata ok ok..seminggu lepas tu saya perasan bekas tanggal pusat tu membengkak dan terjojol keluar.Saya pasti..tu lah tempat tanggal pusat.Bila tanya dok..dia kata ok ok..
Dia suruh bersihkan pakai air suam je.

Hari kehari..benda tu makin besar dan berair mcm nanah..dan berbau bacin..Bila tergesel baju merah melecet..Baju plak penuh kesan nanah dan darah..Puas si nenek n moyang berfikir macamana nak kecutkan benda tu.Akhirnya moyang Riyash bg idea cari jamu atau pil dlm kapsul..Maka yg kawan kawan nampak kat pusat putih2 tu serbuk pil le tu..

Sejak itu..pusatnya agak kecil..mcm gambar diatas..serbuk pil tu sedut air air tu..Tp macam tu je lah keadaannya sampai usia Riyash 2bln.Saya tunjuk kat nurse...nurse terkejut..Dia kata mcm HERNIA..saya tanya hernia tu apa?Dia kata ketumbuhan...saya dah xsedap hati..patutlah xkecut2..G le refer ke doktor..Doktor kata polips..pebenda tu?

Polips tu lebihan pusat yang tak tertanggal jadi bengkak..Dr pun refer Paed kat PPUM..
Pergilah saya ke PPUM..Paed pass ke Surgeon..dia kata medical xleh buat..
Surgeon soal siasat then dia letak serbuk biru kat atas tu..Serbuk tu kena bubuh berhati2 hanya di kawasan bengkak..Tak leh kena kulit lain..Sbb dia menghakis..

Hari pertama Dr yang buat..hasilnya mcm dlm gambar...
Hari kedua saya sndr buat..terus cair polips tu..Maka..muncullah pusat Riyash yang normal.Alhamdulillah..

Tp kesiannya..ada kesan luka luka dan berlubang sbb serbuk tu jatuh kat kulit lain.Huhuhu..tajam sungguh..skang saya tgha jaga pusat Riyash yg luka luka tu..Inilah pengalaman yg tak dpt dilupakan..

Utk info..sepanjang 2bln Riyash kembong tak sudah walaupun dah habis pantang...Jawapannya sbb pusat dia xhabis tanggal lg.Skang saya leh tido dgn nyenyak sbb Riyash xkembung lg.Alhamdulillah...

Monday, April 25, 2011

Bilik penyusuan dah jadi tandas?


Tak patut..tak patut..Bagiku memang tak patut betul si ibu C*** ni..Ceritanya bermula apabila aku menjadi pengunjung tetap bilik penyusuan di klinik kanak-kanak di PPUM.Sementara aku menantikan no giliran muncul di skrin..entah dah brapa kali lah si Riyash kelaparan dan kehausan.Nak susukan je dekat kerusi menunggu tu rasanya masih tak emergency lagi..Jadi sikit sikit aku masuklah bilik tu.

Bilik tu tak besar.Ada dalam 3 kerusi sahaja dan meja yang berlapik dan berpemukaan lembut.Mungkin disediakan bagi ibu ibu yang ingin menyalin diaper utk bayi bayi mereka.

Sewaktu aku masuk dalam bilik tu..adalah seorang ibu sedang mengepam menggunakan medela pump.Jenis apa aku tak pasti sbb medela ada banyak jenis kan.Muka ibu tu aku tak Nampak sbb dilindungi tirai.Ada juga hati nak tengok macamana medela tu berfungsi..Tapi nanti mengganggu ibu tu pula.Maka senyap sunyilah aku ketika menyusukan Riyash.

Tengah syok syok menyusukan tiba tiba masuklah si ibu C yang aku maksudkan tadi dengan seorang anak lelaki dalam usia 5 ke 6 tahun.Bersama sama si ibu tu bungkusan yang mengandungi container utk menadah air kencing.Dengan rasa tak bersalah dia buka seluar anak dia yang dah besar tu didepan kami.Kangkangkan anaknya dan basuh bird anaknya tu dengan tisu…

Aduhai tak selera aku..dah lah menghadap aku..Aku yang nak menyusukan pun rasa tak selera.Agaknya kalau Riyash faham..dia pun tak selera nak makan dan minum.Si kawan yang sedang mengepam ni agaknya merudum susunya..Dah lah anak dia tekan tekan pam cik kak ni..Sangat terganggu.Kalau dia nak salin diaper baby ke tak pelah lagi.Ini nak tadah air kencing budak lelaki dah besar.

Aku nak je tegur dia.Kalau takde orang tak pelah.Ni ada kami kan.Tengah menysukan.Dia tak hormat kita ke?Rasanya lebih sesuai dia bawak anak dia masuk toilet dan tadah kat situ.Dah tentu tentu tandas tu tmpat kotor.Ini dah lah dia lap bird anak dia dgn tisu yang dibasahkan.Lepas tu menjejeh jejeh airnya sebab dia carik tong sampah yang diletak diluar bilik oleh pihak pengurusan…

Patut ke perbuatan dia tu?huhuhuu….

Saturday, April 2, 2011

Semangat Breastfeeding utk Riyash


Demi keadilan..saya harus menyusukan Riyash sepenuhnya susu ibunya ini.Sama dengan abangnya juga..Rikazz..Sayangnya..saya hanya berjaya menyusukan Rikazz sepenuhnya selama satu tahun 8bulan sebelum susu badan saya kering sepenuhnya untuk tempoh sebulan sewaktu saya mengandungkan Riyash 5bulan.

Alhamdulillah..Riyash tidak tergolong dalam jaundice breastmilk.Saya agak kecewa apabila doktor menyatakan salah satu punca Riyash prolong jaundice adalah mungkin disebabkan susu saya.Kalau itu berlaku saya dikehendaki menghentikan penyusuan susu badan saya buat seketika..dan saya tak rela..

Sekali lagi saya rasa syukur kerana Riyash dah pun bebas dr jaundis panjangnya dan ini disahkan oleh pakar kanak kanak sewaktu saya dikehendaki buat follow up check up di PPUM 31hb yg lepas.Seronok saya dengar apabila doktor mengatakan bahawa susu saya bagus kerana Riyash telah pun menjangkau 5kg lebih berat dlm masa sebulan.(Lahir dengan berat 3.14) dan tinggi 61cm kini (Lahir 50cm)..Syukur kpd Allah krn memberi keserasian susu ini kepada Riyash dan abangnya..

28hb yang lepas ketika saya 34 hr berpantang saya telah pun mula membuat stock.Saya risau krn kini saya hanya akan sampai di rumah pada pkl 3ptg..Itupun kalau tiada meeting.Kalau ada meeting atau pun aktiviti disekolah mahu masa saya lebih panjang dr orang yang keje opis..Yelah..6.30 pg dah keluar rumah.6.30 ptg xpulang lagi..Saya sangat tak sangka saya berjaya mengepam skang satu sessi dapat megumpul 6 ke 8oz...ini mmg satu pencapaian yg sgt memuaskan hati saya..Terima kasih Spectra 3..Mungkin bg org lain..sikit je tu..tapi saya tak kisah.sbb dulu masa Rikazz saya hanya mampu mengepam 2oz sahaja satu sesi.8oz tu kalau Rikazz xada bersama saya..8oz tu kalau dah bengkak..Kini 8oz selepas menyusukan Riyash dan Rikazz..alhamdulillah..Rezeki anak anak...

Saya risau kalau saya dikehendaki naik keje minggu depan..Itupun atas kesilapan pentadbir sekolah.Huuhu..mereka mahu menarik balik cuti 90 hr saya..Saya tak rela..tu hak saya..Memang saya sayangkan anak murid saya Tp tu keistimewaan saya sbg kakitangan kerajaan...Sya hanya bersedia..

Riyash pun sudah mula belajar minum EBM..dengan menggunakan puting penyek (panggilan saya) 1oz je sekali sesi minum..Alahai Riyash..tu pun lama sangat nak suruh dia habiskan..Takpe takpe..belajar dulu ye Riyash..

Saya mohon doa kalian menyokong penyusuan saya ini..Dan semoga usaha kita semua diberkati Allah..

p/s : Segala penulisan ini untuk ingatan saya sahaja..

SIGN JANGAN TAK SIGN