Saja nak share kat sini..Sbb masa memula book rumah tu dulu pun dah citer kat sini kan.Baru je td pagi kerani sekolah kol bgtau surat perumahan dah sampai..kat opis sek..surat tu nak kena reply samada setuju terima atau tak...
Huh lega..submit borang n dok masa 20 Oktober..lulus 22 Nov..Sebulan 2 hr je proses loan gov sekarang...
Jadi selepas dapat kunci rumah saya akan mula membayar RM1095.95 sen sebulan..tak dapatlah enjoy enjoy pas ni sbb dah kena bayar rumah.Tapi satu kepuasan..hasil titik peluh kita nampak tersergam walaupun bukan bungalow atau villa.cuma semi d kecik...hehehe..Terima Kasih Allah atas nikmat mu yang tidak terhingga..
Dr mula mula dihalau dr rumah sewa..kini kau gantikan dengan sebiji rumah sendiri...senang..hati berbunga...
yang bestnya..yg amek corner lot kat taman ni..sume cikgu cikgi..hehehe
Followers
Sponsored By
Tuesday, November 29, 2011
Friday, November 25, 2011
Kisah si bujang 9 bulan

Alhamdulillah..diam tak diam dah 9bulan sayang ibu ni.Maknanya dah 9bulan jugalah kesan parut jahitan di perut ibu ni..Nak tau tak apa yg Riyash dah capai masa dia berusia 8bulan?
Riyash dah tambah 2 batang lagi gigi atas menjadikan kesemua giginya 4 batang
Suka gigit orang skang ni.Bila kita menjerit sakit..dia gelak..geram geram
Ha..Riyash dah pandai duduk..kemudian merangkak dan berdiri lepas tangan..semuanya dalam 2minggu dia buat. (Ingatkan Riyash nak combat crawl je)
Riyash dah pandai ikut bunyi..ikut suku kata.Kalau ibu baca buku bergambar Riyash akan ikut serta menunjuk sambil membunyikan suara mengikut sebutan nya..contoh : Fish dia akan ikut uh..kalau papa dia akan bunyi u uh..ha..
Sayangnya graf berat badan Riyash menjunam..berat dia bulan ni 8kg sahaja..masa 6bulan 7.5kg...Nak tau kenapa???
Riyash demam berulang ulang hampir sebulan.Kalau dah demam tu maknanya tak mau makan.Asal susu n makan sikit dia akan muntah..Sedih sangat tgok Riyash...Jd no wonder lah berat Riyash banyak tu je.Huhuhu
Tinggi Riyash 71 cm...
Sejak demam ni Riyash tak mau kalau orang lain pegang dia..bila timang sket pun dia nangis..ngeri..dengan abi dia pun tak nak?hmm...
Tu lah gambar yg ada..Yg selebihnya dalam phone c transfer lg.
Wednesday, November 23, 2011
Dah lama tak cerita pasal Rikazz Qalby kan?
Salam semua..lama tak bersua kan?Biasalah..online sebulan sekali.Maklum lah orang pakai prepaid broadband..ginilah.Kalau topup pun bukan dapat surf intenet pun..Dah anak dua ni..berebut lah kalau bukak laptop ni..
Ha..kali ni saya nak cerita pasal Rikazz Qalby Muntasyee.Siapa???Dah tak ingat??Alahai..ni kisah anak sulung saya lah...
Rikazz skang dah 2tahun 10 bulan.2 Bulan je lagi nak sambut besday dia yang ke 3 tahun.Dah beso anak ibu kan.Makin hari makin nakal.Memang selalu buat pasal.Nampak sangat dia nak curi perhatian kami supaya layan dia.
Selalu je kena cubit dengan ibu.Ibu dia ni cikgu garang..jangan tak tahu...Rikazz ni kalau saya ajo bukan dia nak ikut pun.Dia buat main main je.Last last..saya malas nak paksa dia.Kalau paksa pun dia terseksa buat apa.
Takpe..belum sekolah kan?Ibu follow je lah.Nanti kalau dah sekolah buat perangai jugak siaplah Rikazz ye.
Rikazz ni sekarang..tiap tiap malam minta saya bacakan buku cerita.Tapi bukan saya yang bercerita..dia yang bercerita.Dia akan cerita apa yang dia nampak melalui gambar2 yang ada kat buku.
Dengan adik dia???Uiii..garang..asyik membebel je kat adik.Sebenonya refleks dr ibu dan abi marah dia hari2 lah.Pantang ada barang tercuit sikit..mesti dia membebel kat adik dia dengan muka muka sekali...
Yang bestnya..bila adik nangis je dia pukul n marah adik tu.Tapi rasanya saya xda marah dia kalau dia nangis kesakitan..takde ye..
Masih belum bebas diaper lagi.Niat dihati ibu nak ajo dia dalam masa cuti sekolah ni.Kencing berak dia pun dah banyak.Dah tak tertampung dek diaper tu..
Masih lagi menyusu dengan saya.Tapi dah jarang jarang sangat.Jadi kalau dia dah nak sangat tu..bagi je lah.
Tapi bila dia hisap dia akan tengok..Rikazz kata
"Ibu..darah bu"Sian ibu"..dan meninggalkan susu ibu tu kerana kasihan dengan ibunya..Saya harap tindakan saya tidak memutuskan susu ini betul.Saya tidak mahu memaksa dia putus susu kerana takut emosi dia akan terganggu.Saya percaya masa dan waktu akan mematangkan dia dan seterusnya dia sendiri akan membuat pilihan untuk meninggalkan susu ibunya.
Rikazz ni seorang kanak-kanak yang pandai bersosial.Dia boleh tinggalkan ibu dan abi ni kat pasaraya semata-mata nak main kat playground.Dia nampak gembira sangat bila bersama kawan-kawan.Memang peramah walaupun masih pelat-pelat lagi.Dah sibuk nak sekolah.Tapi ibu belum dapat sekolahkan Rikazz lagi umur 3tahun ni.Sebab kita belum tahu kat mana kita nak tinggal tahun hadapan..Jadi rasanya umur 4tahun nanti dah sangat sesuai lah kalau Rikazz nak sekolah kan,
Rikazz ni sayang sangat dengan sepupu dia satu-satunya Faiqah Mu'affah.Kalau faiqah datang rumah kerja melekat je sebelah Faiqah sampai naik risau saya melihatnya.Bukan apa..Risau terduduk dek faiqah tu nanti...
Saya memang garang dengan Rikazz.Tapi saya garang kalau Rikazz buat salah.Mungkin sekarang dia tak faham kenapa saya marah dia.Tapi lama-lama nanti dia akan tahu yang saya marah tu kerana dia tak sepatutnya berkelakuan begitu.Kalau Rikazz tak buat hal saya masih manjakan dia mcm dulu..
Itu cara saya..setiap orang ada cara masing-masing kan..

Saturday, October 29, 2011
Melawat Hazirah Kiranah
25 Oktober...2011...Adalah hari keberangkatan abah dan mak mertua saya ke Tanah Suci Mekah.Mereka dikehendaki berada di Tabung Haji Kelana Jaya pada pukul 1.30 pagi untuk mendaftar..
Jadi saya ambil kesempatan untuk melawat Hazirah Kiranah..bayi perempuan kedua kepada sahabat maya saya iaitu Hazlina Shahrel.
Nak jumpa si Kirana ni bukannya senang.Entah berapa kali appointment dibuat dengan mummy dia.Tapi baru kali ini berjaya.
Sampai rumah Kirana pada pukul 8.30 malam.Si baby sedang berjaga.Dan sepanjang saya berada di rumahnya..Dan sepanjang dia berjaga..kerja dia menyusu je..Mana le si mummy nya tak slim.ekekeke..
Kirana sangat comel.Kulitnya putih merah.Suaranya uiii...nyaring bila dia tak dapat susu.Agaknya mummy selalu menjerit masa peknen kot.
Pape pun doakanlah saya dapat baby gurl comel mcm Kiranah k..
Hari Kanak-kanak
Baru je tadi...sekolah saya mengadakan sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah.
Beginilah cikgu..dan beginilah sekolah.Pelbagai aktiviti dan program diadakan untuk menarik minat murid datang ke sekolah.Lepas satu..satu program..Pas ni..mggu depan pulak ada minggu Kerjaya pulak.
Minggu kerjaya kita citer kemudian k..Untuk program hari ini..saya adalah salah seorang AJK Persembahan.Dek kerana request dr guru besar untuk choral speaking..saya pun buatlah..saya gabungkan antara murid tahun 6..tahun 2 dan tahun 1..Macam tak percaya tapi satu kombinasi yang bagus.
Walaupun tak perfect tapi bagi saya cukup bagus.Dengan masa yang suntuk.Mereka dapat menyempurnakan persembahan dengan baik.Tak kira kecil atau besar..Yang penting ada komitmen dan kehendak serta disiplin...pasti menjadi...
Sunday, October 23, 2011
Teruk sangat ke cikgu sekarang?
Rasanya kalau ditanya kepada cikgu2 soalan seperti ini tentu ada lah pihak yg melenting..saya terpanggil untuk menulis disini kerana saya telah terbaca satu artikel sisipan dlm berita mingguan kalau tak silap..yang mempersoalkan tentang sikap guru sekarang yg tiada magical touch dgn murid dan pelajar.Dan yg saya rasa sangat tak seronok apabila penulis membandingkan guru sekarang dgn guru dahulu dan dikatakan guru sekarang hanya tunggu gaji sahaja ..masuk kelas kemudian keluar kelas..
Rasa panas je muka dan kepala bila membaca artikel tersebut.Yelah..bagi saya sebagai seorang guru..saya rasa si penulis tidak patut membandingkan guru dulu dan sekarang.Zaman kami berbeza..Bebanan tugas juga berbeza..Cara pendekatan guru dulu dan sekarang pun berbeza kerana masing masing menghadapi murid dan pelajar yang sangat berbeza zamannya..
Bagi saya setiap guru ada kelebihan dan keistimewaannya..Tak kiralah dulu atau sekarang.Saya rasa sangat tak adil cara penulis itu menulis.Siapa mereka nak menghakimi apa yang kami buat..Menurut artikel itu..guru sekarang tidak menunjukkan kasih sayang terhadap murid2..Pernahkah mereka masuk ke sekolah dan perhatikan seluruh kehidupan kami di sekolah?
Memang kerja guru sekarang banyak..rasanya tak perlu lagi saya senaraikan apakah beban tugas guru.Tapi saya secara peribadi masih lagi mengambil berat anak anak murid saya.Kalaulah saya ini tiada 'magical touch'..mengapa anak anak murid saya pagi2 datang mencari saya semata-mata meminta saya mengajar mereka cara memakai tuala wanita?Mengapa mereka memberitahu saya tentang haidh pertama mereka dan cara menangani masalah yang mereka hadapi?
Bagaimana pula dengan murid lelaki darjah 5 yang telah mimpi basah..Dan perkara ini tidak diketahui oleh ibunya sendiri?Bagaimana pula kami mengesan murid2 yang mengalami masalah keluarga..kemiskinan...ibu yang sakit..kemurungan mereka..kalau kami tak rapat dengan mereka sehingga mereka boleh berkongsi masalah..rahsia hati dengan kami?
Em..saya rasa sangat sangat tak adil apa yg penulis itu tulis...Takkanlah kami nak war warkan setiap kerja yang kami lakukan..Saya percaya..bukan saya sahaja yang masih menyelami jiwa murid2..malah guru2 lain juga begitu..
Kami ini ibarat ibu bapa mereka di sekolah..Kadang2 kami lebih dulu tau masalah mereka berbanding ibu bapa mereka yang sibuk bekerja.
Saya rasa masa saya sekolah dulu..tak ada seorang pun guru saya yang tahu masalah keluarga yang saya hadapi...em...mungkin saya masih mampu untuk menghadapi masalah keluarga dan mengawalnya di sekolah...
em..sedih

Mutafawwiq dah 8bulan

Sedar tak sedar mutafawwiq dah 8bulan...Tapi rasa dia masih kecil sebab dia masih lagi combat crawl dan goyang2 kalau angkat badan..maju merangkak pun sikit2 je..
Memang rasa Mutafawwiq manja sangat dengan ibu bila masih banyak benda yang Mutafawwiq harus bergantung dengan ibu...ibu masih ada baby lagi..
Kalau abang Rikazz dulu...7bulan dia dah berjalan..Dah tak mahu didukung waktu2 mcm ni..Tapi adik masih bermanja dengan ibu.
Mutafawwiq dah pandai nak ikut ibu.Bila nampak ibu pakai tudung dia mula kejo ibu n nangis..Tu tandanya dia nak ikut.Lepas dia demam ni..dia dah mula kenal orang.Kalau dulu..sapa pun ambil dia..dia takkan menangis..Dia tetap tersenyum dan ketawa manis.Namun sekarang..bila dia berada dalam jarak yang agak renggang dengan ibu..dia menangis..dia tau yang orang lain sedang dukung dia.
Mutafawwi sedang dalam proses menambah gigi ke 3 dan ke 4.Dah putih gusi atasnya...
Mutafawwiq dah nampak bosan dengan bubur nasi..bubur nestum...Tapi kalau ibu bagi nasi yang ibu kunyah..ayam yang ibu kunyah..nampak berselera sangat..kalau kuewtiow..hui..laju je dia sedut.
Ibu suka bila Mutafawwiq peluk ibu dan perhatikan mulut ibu bergerak.Ibu suka sebut perkataan perkataan asas dan Mutafawwiq ikut gerak bibir ibu.Seolah-olah dia boleh ajuk semua sebutan ibu.
Mutafawwiq mungkin lambat berjalan tapi ibu rasa Mutafawwiq mcm dah mula nak bercakap.Dah beberapa kali ibu dengar Mutafawwiq sebut ibu ibu..Bila ibu sebut perkataan tu.Ibu sebut dum dum..dia akan sebut dum dum..Dia dah mula mengajuk sebutan ibu..Seronok sangat.
Bila Ibu peluk Mutafawwiq dia akan pegang hidung ibu..mata ibu..dia tenung ibu kemudian ketawa..So sweet..Bila Mutafawwiq ketawa menampakkan dua batang giginya..em..buat ibu rasa nak berhenti kerja..Sekarang projek Mutafawwiq bukak kabinet..kemas rak kasut..Sampai hitam kaki dan tangan Mutafawwiq dek kerana minyak yang melekat di kaki abah..
Makin hari Mutafawwiq semakin membesar..Dan satu hari nanti Mutafawwiq akan tinggalkan ibu kan.Tapi di mana pun Mautafawwiq berada..jangan lupa ibu ye..i love u manja..
Subscribe to:
Posts (Atom)