Followers

Sponsored By

Thursday, November 11, 2010

Bila pengumuman UPSR diumumkan


Mula mula sekali aku nak ucapkan tahniah kepada murid-murid tahun 6 2010 ku yang berjaya memperolehi 5A..4A 1B..4A 1C dan 3A2B..Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang mempunyai anak anak yang memperolehi keputusan UPSR hari ni.Bagi yang berjaya tahniah kerana anda memberikan sokongan padu kepada anak anak.Kepada anak yang kurang berjaya ..kegagalan hari ini bukan bermakna anda telah gagal dalam hidup anda selamanya.UPSR ni hanya permulaan cerita..Tak semestinya anda tak berjaya mendapatkan keputusan yang cantik dalam peperiksaan ini telah menentukan masa depan anda.Belum tentu murid yg berjaya dpt 5A terjamin cemerlang dalam hidupnya..itu semua tidak akan terjadi andai keputusan ini telah menyebabkan anda memikirkan kejayaan akan sentiasa menjadi milik anda.Ingatlah sekali kita lalai dalam hidup...akan menjejaskan masa depan kita.

Hari ini memang sangat meriah utk sekolahku..sedang2 sibuk menjalani raptai hari anugerah cemerlang..GPK pun pulang dengan wajah gumbira..hati anak anak dah mula dirundung gelisah.Sibuk bertanyakan kepadaku siapa yang dapat 5A...

Apabila result diumumkan..mengalirlah air mata apa bila nama mereka tiada dalam senarai murid murid yang cemerlang.Merah merah lah hidung bibir dan mata akibat kecewa dengan keputusan yang tidak disangka.

Suasana itu mengingatkan aku pengalaman aku sendiri apabila diumumkan keputusn UPSR.Sekolahku mempunyai 9buah kelas tahun 6 sahaja dan aku berada di dalam kelas pertama.Dan majoriti kawan kawan sekelasku mZemang bijak bijak orangnya dan kini masing2 telah berjaya dalam kerjaya masing2...Zaman aku dulu hanya ada 4 subjek sahaja diambil kira.Tunggu punya tunggu..namaku tidak tersenarai dalam murid yang mendapat 4A..aku dah mula sedih.Mana taknya..aku lah harapan keluarga.Anak sulung.Bagaimana nak berdepan dengan mak nak menyatakan result aku tu?Walaupun tidak berjaya mendapat 4A..aku berjaya juga mendapat 3A1B..Dengan air mata yang bergenang aku melangkah jua ke hadapan perhimpunan untuk mengambil result..Dalam masa aku ingin ke hadapan tiba tiba seorang rakanku pengsan.Dia tidak dpt menerima kenyataan bahawa dia tidak mendapat 4A..Lepas bangun pengsan semula..menangis sayu mengenang nasib..

Tapi itu dulu..kini aku sudah pun memiliki segulung ijazah sarjana muda dan diploma pendidikan.Insyaallah selepas melahirkan Riyash aku akan cuba meneruskan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana.Dan rakanku yang pengsan pengsan tu mendapat 3A IB dan kini telah pun berjaya memegang jawatn engineer...
Begitulah kisahnya...

Wednesday, November 3, 2010

Antara Maxis dan Celcom



Sejak akhir akhir ni banyak betul masalah yang berlaku menyebabkan aku rasa nak membandingkan dengan servis yang terdahulu.
Dulu..aku menggunakan broadband Maxis secara postpaid.3tahun yang lepas aku register dengan Maxis dan bayaran bulanannya ialah RM118..hari ke hari promosi demi promosi menurunkan harga khidmat internet tapi aku masih lagi membayar RM118.Memang tiada masalah pun selama aku menggunakan maxis broadband.Pada tahun lepas aku mendapat potongan dr Maxis dan hanya membayar RM98 dan coverage masih baik.Walaupun aku pulang ke kawasan felda aku masih lagi boleh bersiaran dr sana dan mengupload gambar.Memang mudah.
Apabila aku mengandung kali kedua ni 3bulan aku tak online sbb aku akan muntah bila menghadap laptop.Huhuhu..jadi aku rasa teramatlah rugi kerana tiap tiap bulan aku tetap membayar bil sedangkan tiada penggunaan.Jadi terfikirlah nak membuat termination Broadband Maxis dan bertukar kepada Celcom Broadband Prepaid.
Tapi rasa sangat kecewa dgn Celcom..aku dah kerugian RM40 selama sebulan aku menggunakannya.Bila aku topup dia deduct duit tapi aku xboleh access internet.Kemudian xda network langsung...Sedih..
Memang Celcom ni banyak masalah ke?Rasa insaf dan nak kembali kepada Maxis...Aku ni duduk kat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..xlogik kalau Celcom xda coverage kat sini kan..Lainlah kalau masuk kampung..
Huh..kecewa

Saturday, October 30, 2010

Kursus yang seksa



Pergi kursus sepatutnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan untuk cikgu yang terperap je disekolah mcm aku.Alhamdulillah Allah Maha Mengetahui kerana setelah 2tahun aku tidak dihantar berkursus..baru kali ini aku dihantar berkursus lagi.Yang kelakarnya...
Tahun 2008 - Aku pregnant 6bulan
Tahun 2010- Aku pregnant 6bulan anak kedua pula
Kerisauan dihati untuk pemergian kali ini bersarang dihati.Manakan tidak..tidak pernah berpisah dengan Rikazz selama ini namun setelah hampir 2tahun aku harus meninggalkannya pergi kursus.Mujur Rikazz sudah tidak menyusu lagi namun yang merisaukan aku dia masih lagi mengemping kalau mahu tidur.
Pemergianku berkursus 3hari 2malam di Tiara Beach Resort ku mulakan dengan iringan doa.Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami tiba di sana pada pkl 3ptg.
Aku ditempatkan di tingkat 4 Blok c.Mujur abang driver berbaik hati nak menghantar kami sehingga ke depan tangga.Mana taknya jarak antara lobi dan bilik sangatlah jauh..Mau menggigil kaki nak berjalan kaki dengan beg yang berat.
Tapi kuasa Allah siapalah yang tahu.Tiba di blok C aku terpaksa mendaki tangga hingga ke tingkat 4 dengan beban beg dan perut.Ya Allah..nafas tak usah katalah.Kaki ni memang dah naik lembik.
Dan itulah yang berlaku di sana sepanjang 3hari.Terpaksa berulang alik dr seminar room ke bilik apabila tiba waktu rehat dan solat.
Tiara Beach Resort?
Makanan kurang enak
Surau tidak disediakan
Kemudahan pun kurang
Bilik jauh dari lobi
Kemudahan lift tidak diselenggara
Sedikit info tentang kursus yang ku hadiri.Aku dihantar berkursus sempena KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH yang menggantikan KBSR selama ini.Jadi bagi sesiapa yang ada anak akan berada di tahun 1 pada 2011, mereka akan mengikuti sistem baru.
Setiap sekolah mesti belajar bahasa kedua samada Bahasa Cina Tamil dan Arab selama 3 waktu
Untuk subjek Pendidikan Islam selama setahun mereka akan belajar menggunakan buku Iqra'.
Pelajaran semakin ringkas dan mudah

Friday, October 29, 2010

Bersiaran semula kawan2





Salam kawan2 semua..
Maaf sangat sangat kerana sudah lama tidak bersiaran di blog yang tercinta ini.
Sebab2nya :
1. Laptop rosak lepas broadband rosak

Alhamdulillah...laptop ini sudah kembali beraksi.Syukurlah krn banyak kerja yang perlu dibereskan di hujung tahun ini.
Nak cerita sikit pasal kehamilan ini..Alhamdulillah..sudah 25minggu..Baby sudah semakin aktif dan sihat.
Rikazz pula sudah maju lah sedikit vocabnya walaupun masih banyak baby words nya.Sudah pandai menyanyi dan menyebut liriknya..
Semalam ...
Xda kerja..bawa Rikazz naik LRT dari Taman Jaya ke KL Sentral pkl 10 MLM.saja saja lah..nanti Rikazz tak kenal pula kemajuan dan teknologi yang ada di KL ni..nama je lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tp xtau pasal LRT kan..hehehe..Rikazz nampak excited tp dia ngeri bila LRT tu bergoyang2..
Ok lah..nanti ada apa apa kita jmp lg...

Monday, October 18, 2010

Sudah pun 6 bulan

Alhamdulillah..diam tak dia, kandungan kedua ku ini sudah memasuki usia 6 bulan.Apa yang boleh aku ceritakan disini ye?
Sebelum tu mohon maaf kerana sudah lama tidak bersiaran kerana broadband buat hal..Celcom..geramnya daku..Selalu dpt online fb je sbb guna mobile internet.Nak update blog mmg xmampu lah sbb hp ku biasa biasa aja..Bukanlah yang canggih.

Tentang Baby
Ku dah redha dengan jantina nya seperti yang ku ceritakan dlm episod yang lepas lepas kan.Boy.Walaupun hajat dihati inginkan bunga menghiasi keluarga kami tapi takpelah.Setiap pemberian Allah kepada kita tu sebenarnya ikut kemampuan kita.Mungkin aku tak berbakat nak membesarkan anak perempuan buat masa ini.
Kadang kadang tertanya tanya juga..ada harapan tak scan tu tak tepat?Tapi kata mak.Bersyukurlah dah boleh nampak jantina dia.Jelas gambar scan tu bukan samar samar.Kalau orang tengok pun org faham tu adalah bird..
Adik Rikazz ni banyak mengeraskan dirinya.Nak kata dek kerana perut ibu yang kecil dan sempit..sempitlah sangat.Huhuhu..tapi itulah yang berlaku.Dia tidak seligat Rikazz.Tetapi dia lebih suka mengeras dari menyenget bengetkan perut ibunya ini.

Tentang Ibu
Bila masuk 5bulan hari tu...tulang belakang dan pinggang mula sakit sakit.Walaupun aku masih lagi berjalan laju.Dan perut ni kadang membuncit dan kadang leper.Kerap mengalami kekejangan pada perut secara tiba tiba.Tengah tengah mengajar diserang kekejangan.Maka mengaduh lah aku.Sampai murid pun panik.Namun ada juga yang fikir cikgu dia ni buat lawak.
Beratku sudah mencecah 65kg.Ohh tidak...tapi masa Rikazz dulu waktu mcm ni dah 69kg dah pun.Semangat makan sangat meningkat.Syukur kepada Allah.semoga segalanya sihat walafiat di dalam sana

Tentang Persiapan
Aku dah pun booking di Pusat Perubatan Universiti Malaya.Memang hajat dihati tidak mahu kena datang awal check up disana sbb akan menganggu waktu mengajarku di waktu pagi.27 Dis nanti baru mula check up disana.Kala itu usia kandungan 33minggu.
Baju baju baby dah lah kot buat masa ni.Tinggal nak beli pam manual dan botol botol susu serta cooler bag.

Tentang Rikazz
Dia masih tidak faham kenapa perut ibunya buncit.Yang dia suka bila ibu tunjuk perut dia akan bergendang dgn perut ibu sama mcm yg dia lakukan pada perut abahnye

Next check up 28 Okt
Oh ye dr 20-22hb ni aku dihantar berkursus ke Port Dickson.Lambat sikit nak bersiaran ye..

Due date?
Kalau ikut 40mggu 8Feb
Kalau ikut KK 12 Feb
Kalau ikut PPUM 11 Feb
Kalau ikut Scan 9 Feb
Tak tahu lah yg mana satu harinya.Allahu A'lam

Tuesday, October 5, 2010

Shopping barang baby




Em..masa mengandungkan Rikazz...ramai orang tak bagi aku beli barang baby awal dari 7bulan kandungan.Katanya tak baik.Takut sesuatu yang tak dijangka berlaku(minta dijauhkan)..akibatnya..sekali beli setengah ribu habis.tu shopping fasa pertama..fasa kedua pun sama habis 600rm...Ui ui ui..penin pala gak.Tp dulu bolehlah..hidup hanya utk berdua.Takdelah terasa sangat.
Skang dah ber3...Ku tak pedulik apa orang kata.5bulan kandungan ku mula shopping sikit2.Tu pun baru dapat beberapa barang yang kecik dah habis seratus.Tu sikit tu.Kali ni barang barang yang besar beSAR dah tak beli dah.sebab semuanya dah ada masa lahirkan Rikazz dulu.dan alhamdulillah masih dalam keadaan baik.
Baby court
Stroller
Walker
Tilam dan bantal
Kelambu
Topi(Rikazz xpakai pun sebab dia tak boleh ada benda atas kepala)
Jadi...yang mesti beli
Baju baby
Mittens dan booties
Selimut yang boleh buat bedung tu
Kain utk alas tilam dan sarung bantal
Yang nak diupgrade
Botol2 susu BPA Free (ada sikit je)sedozen
Pam manual(Pam elektrik dah ada)

Em..apa lagi ye?setakat ni tu jelah yang terpikir nya.Insyaalah gaji bulan 10 beli lagi ye Riyash.Jadi bulan 7 dah boleh relax2...
Bulan depan kan kami nak berjalan jauh.Nak hantar daddy Ngah kahwin dengan orang Baling.Ni tengah pikir design baju maternity utk perkahwinan Daddy Ngah.Tema..gold..emmm

Shopping barang baby

Em..masa mengandungkan Rikazz...ramai orang tak bagi aku beli barang baby awal dari 7bulan kandungan.Katanya tak baik.Takut sesuatu yang tak dijangka berlaku(minta dijauhkan)..akibatnya..sekali beli setengah ribu habis.tu shopping fasa pertama..fasa kedua pun sama habis 600rm...Ui ui ui..penin pala gak.Tp dulu bolehlah..hidup hanya utk berdua.Takdelah terasa sangat.
Skang dah ber3...Ku tak pedulik apa orang kata.5bulan kandungan ku mula shopping sikit2.Tu pun baru dapat beberapa barang yang kecik dah habis seratus.Tu sikit tu.Kali ni barang barang yang besar beSAR dah tak beli dah.sebab semuanya dah ada mas lahirkan Rikazz dulu.dan alhamdulillah masih dalam keadaan baik.
Baby court
Stroller
Walker
Tilam dan bantal
Kelambu
Topi(Rikazz xpakai pun sebab dia tak boleh ada benda atas kepala)
Jadi...yang mesti beli
Baju baby
Mittens dan booties
Selimut yang boleh buat bedung tu
Kain utk alas tilam dan sarung bantal
Yang nak diupgrade
Botol2 susu BPA Free (ada sikit je)sedozen
Pam manual(Pam elektrik dah ada)

Em..apa lagi ye?setakat ni tu jelah yang terpikir nya.Insyaalah gaji bulan 10 beli lagi ye Riyash.Jadi bulan 7 dah boleh relax2...
Bulan depan kan kami nak berjalan jauh.Nak hantar daddy Ngah kahwin dengan orang Baling.Ni tengah pikir design baju maternity utk perkahwinan Daddy Ngah.Tema..gold..emmm

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN