
Sakitnya dan seksanya rasa bila diserang sakit gigi.Gigi geraham ku itu mmg sudah pecah.Mungkin sudah terlalu letih menanggung beban maka dia sudah tidak boleh bertahan lagi/Denyutnya sudah serupa contraction bersalin...Datang memulas dengan kuat kemudian hilang sekejap dan datang lagi..menangkap di kepala..telinga dan leher.terasa semua gigi sakit sampai tak tahu gigi mana yang sakit sebenarnya...
Oh..tak mahu aku bayangkan lagi kesakitan itu...Tugas tugas di sekolah dah tak mampu aku laksanakan sedangkan cuti makin kunjung tiba waktu itu.Oleh kerana dah tak tahan aku pun minta pulang kerana aku memang sudah mcm orang gila di sekolah itu.Menangis berhenti kemudian menangis lagi.
Sebenarnya sudah 20 tahun aku tidak mencabut gigi..Dan aku ni sangat lah gerun dengan darah.bila disarankan agar gigi ini dicabut aku buat buat tak dengar sajalah nasihat kawan2.Akhirnya sendiri yang susah kan..
Bila aku post statussakit gigi di FACEBOOK aku mendapat komen dari seorang tu..aku tidak boleh mencabut gigi kerana kandunganku melebihi 5bulan...Namun aku sudah tidak tahan lagi dengan penderitaan sakit gigi itu...Lalu aku pun bertanya kepada seorang nurse yang bekerja di bahagian dental di KK...jAWAPANNYA:
yA..Aku boleh cabut gigi ketika mengandung sekiranya kandunganku sudah mencapai 4bulan ke atas.
Yang tidak dibenarkan apabila kandungan berada di trimester pertama..
Aku rasa lega yang amat sangat lalu aku memilih klinik swasta kerana aku sudah tak tahan lagi.
Apabila reda sedikit sakit..cepat2 aku pergi klinik.(padahal masih berdenyut)namun tidak seteruk sebelum itu..Aku bertanya dentist adakah aku boleh mencabut gigi ketika pregnant?
Lalu doktor mengajukan beberapa soalan:
Sudah berapa bulan?
7 bulan
Kandungan kali ke berapa?
Dua
oh..boleh..Kalau kali pertama kami tak mahu buat.Tapi tak pula dentist jelaskan mengapa.
Lalu bermulalah operasi ku mencabut gigi...aku yakin bahawa gigi yang pecah itulah punca kesakitanku selama ni..
Selepas dibius 2kali..dentist pun mengambil playar..PLAYAR?oh..dah menggigil lututku...Macamana rasanya apabila dentist memulas gigiku nanti...Sekali pulas maka tercabutlah gigi geraham kekalku itu..Oh...rasa lega yang teramat sangat..Kerana masih lagi dalam bius aku tak terasa sakit sedikitpun..
Dentist hanya memberikan aku panadol kerana aku mengandung dan tidak boleh makan ubat tahan sakit..Tak sampai beberapa saat kapas di gusi sudah penuh dengan darah..Dan habis tudung kuningku dipenuhi darah tanpa aku sedari...
Apabila bius mula hilang aku mula mengaduh kesakitan kembali kerana kepalaku terlalu sakit.Emak kata itulah kesan aku cabut gigi ketika masih sakit..Mujur ada mak.Aku tak boleh buat apa pun..Rikazz pun dah 2hari tak terlayan.Mujur Rikazz faham yang ibu nya sakit...
Itulah pengalaman ku..




