Followers

Sponsored By

Thursday, July 23, 2015

Fasa baru akan bermula : Menanti kelahiran

Kisah bermula apabila syawal semakin hampir dan aku mula rasa sakit2 di perut pinggang belakang dan di bawah...
Hr selasa lepas aku memang ada check up mingguan di klinik kesihatan.Rekod kesihatan minggu itu tak cantik sangat.Dengan berat naik hampir 5kg smggu...membuatkan tiba tiba berat badanku mencecah 78kg.berbanding 74kg sebelumnya.Ish ish ish...jantung baby pula laju...dan aku mengadu aku sakit dan perut asik mengeras.Baby lbh banyak diam berbanding gerak spt biasa.memandangkan Aku punya rekod gugur dan ectopic doktor trus buat surat refer ke PPUM.sbb mereka kata aku ni kategori high risk.Malas nak ckp banyak aku pun pergila ke ppum.dengan harapan lepas buat CTG Xdala kena tahan wad.
Sampai di PPUM dlm pkl 4.30 aku terus naik tgkat 3 dewan bersalin.selepas ditemuramah doktor kata aku perlu ditahan 24 jam memandangkan usia kandungan telah mencecah 36 mggu tika itu.
Yg best nya...di hospital baby bergerak sgt aktif..lebih aktif dr sebelum ini.Dan langsung tiada kontraksi.Padahal sebelum ini aku dah berpeluh menahan sakit.Utk itu aku pun selamat dilepaskan pulang keesokannya.
Tapi disebabkan kes ini..jadual pembedahan aku berubah.Jika sebelum ini aku diberikan tarikh pembedahan pd 10 ogos yg mana tika itu kandunganku dah berusia 39 mggu...kini doktor memutuskan agar aku dibedah lebih cpt pd usia kandungan 37 mggu.awal 2 mggu dr jangkaan...Jd insyaallah 27/7 aku sudah dpt mencium bayi yg ku nanti ini...Jumaat ni aku dah dimasukkan ke wad semula.Dptla berehat sehari di rumah dan menguruskan apa yg patut sblm berkampung di Ppum.
Mohon doakan keselamatan dan kelancaran pembedahan itu nanti ye.

No comments:

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN