Followers

Sponsored By

Friday, July 17, 2015

Dugaan Akhir Ramadhan

Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kesenangan.
Setiap perkara yg berlaku ada hikmahnya...
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai di Johor pada hari Rabu 7.15 mlm.Sempat la merasa nikmat berbuka puasa awal di Johor dua hari. Memandangkan tiada sesiapa di rumah Johor ni ( rumah adik) jadi kami memang siap siap bawa barang2 rempah ratus semua dari rumah.Cuma tinggal beli beberapa bahan sahaja seperti lauk mentah di Bandar Tenggara.
Pagi2 seawal 7 pagi kami telah menjejaki Pasar Bandar Tenggara.Masyaallah ramainya umat manusia.Memang nak kena berasak2 sebab tempat menjual lauknya tak banyak.Ikutkan hati malas nak ikut sebab perut pun asik mengeras pinggang menyengat apatah lagi jalan yang dah x mampu nak cat walk ni.Tapi biasalah encik baby saya tu...mana nak pergi sendirian. Semua mementingkan diri dan mengelat...yang datang lambat laju je membuat pembelian tanpa rasa bersalah.Kita ni beria la beratur nak ikut giliran.Dalam ramai2 yang bertolak tolak tu adalah seorang wanita berbangsa Cina ...dia memandang perut aku yg membuncit ni dan terus memberi laluan padaku.Yang lain2 hampeh...hem..
Selepas pulang dari pasar dan siapkan anak anak kami pun berhajat nak round round JB..itula kebiasaan kami...sesampai di Plaza Angsana suhu kereta naik sehingga maksimum.120° x silap maksimum tu.Aircond x berfungsi lagi masa tu dan kereta automatik berhenti dan gagal dihidupkan.Sangat2 bersyukur dah sampai di Plaza angsana.
Masa tu rasa nak menangis dah...hanya fikir macamana nak balik Selangor klu kereta berterusan mcm ni.Dah dari semalam suhu naik.Selama hampir 8 tahun kami guna kereta tu tak pernah mengalami suhu naik.
Cuba hubungi rakan rakan dan saudara mara tapi tiada respon.maklumlah masing2 sibuk nak balik kampung kan.Huhu... Bila encik baby tengok katanya Kipas motor tak gerak...macam jammed.Bila dia pusingkan baru kipas tu bergerak semula.
Kami pun ambil keputusan utk cepat2 meninggalkan plaza angsana menuju ke permas jaya sebab di situ je lah tempat yg kami familiar.setelah beberapa kali suhu naik bila kami berhenti di lampu isyarat saya terus berdoa semoga kami selamat sampai ke rumah makcik terlebih dahulu.Mujur x lma lepas tu sepupuku Nadia memberi respond dan call aku semula.
Setelah berehat sbntar kami pun menuju ke sebuah bengkel di Johor Jaya.Mujur kami tak lewat sbb mekanik pun masing2 nak bercuti.Sebelum sampai ke bengkel tersebut sempatla suhu kereta naik sekali lagi.
Setelah perbincangan bengkel boleh bagi harga utk semua caj kipas motor satu set kos pasang dan GST..Rm380. Dalam purse cuma ada 400 je tu.Setelah beberapa jam kerja perbengkelan kami menghantar Nadia pulang dan terpaksa pulang semula ke Bandar Tenggara.Niat utk berjalan2 kami batalkan memandangkan hari pun sudah petang...
Hari raya ni memang tak berapa nak istimewa sbb Wang wang asik melayang je...tp apa apa pun kami bersyukur sbb kerosakan berlaku ketika kami sudah berada di tempat yg selamat...

No comments:

Kehadiran harta hidupku

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

SIGN JANGAN TAK SIGN