Followers

Sponsored By

Friday, February 28, 2014

Dia bakal engineer

Dibesarkan dalam keluarga yang tidak sempurna...dia selalu membuat masalah di sekolah, tidak masuk kelas, buli murid yg lebih kecil darinya,buli rakan2 sebaya.sejak dia hadir ke sekolah kami...namanya sentiasa menjadi bualan di kalangan murid2, guru2 malah ibu bapa juga.Kerana apa?kerana masalah2 yg dia lakukan.Kadang2...saya yang bosan...malah cikgu2 yg lain pun bosan...sebab nama dia je yang naik dekat ofis.GPk Hem kami yg baik hati tu dah tak larat nak nasihat...rotan pun sudah..Malah saya sendiri pernah bacakan dia yasin tahun lepass...Tapi..anak ini ,memang bijak...anak ini sebenarnya lembut hati...anak ini ada masa depan yang baik...Hari demi hari...saya nampak perubahannya walaupun tidak banyak.Saya yakin dia akan jadi seorang yang berguna suatu hari nanti.
Dalam kenakalannya..dia seorang yang berbakat, dalam bidang muzik, nasyid, lebih2 lagi sukan...Kalau dulu, kerap juga dia todak hadir ke sekolah.Namun, sejak dia menyibukkan diri dengan aktiviti kokurikulumnya...dia jarang sangat tidak hadir ke sekolah walaupun banyak juga masa dia ghaib dari kelas.
Saya tak tahu apa perasaan saya bila tengok dia...tapi dalam hati saya...saya tak mahu marah2 dia.Sebab saya pernah merasai situasi keluarga seperti dia...Siapa lah yg mampu membaca isi hati dan perasaan insan seperti dia.Lebih2 lagi yang tidak pernah merasa situasi yg dia lalui...
Bila fikirkan apa yg dia buat tahun lepas...baling anjing tuan rumah depan sekolah...bila ditanya kenapa? Jawabnya anjing tu bising sangat.hahaha
Awal bulan ini...kes baling makcik kantin dengan ketul ais...bila ditanya..jawabnya nak baling budak yang bising dan ganggu dia nak makan tapi sasaran tak tepat...
Memang nakal kan...
Apa2 pun Airiel...ustazah doakan awak berjaya dalam hidup suatu hari nanti.Tak mustahil...akan datang saya akan jumpa dengan engineer Airiel.Amin

Friday, February 21, 2014

Eid Milaad Saeed Ya Qa'iyd Mutafawwiq

Assalamualaikum
Buat anak ibu Qaiyd Mutafawwiq yg ibu kasihi
3 tahun sudah kita hidup bersama.
Syukur alhamdulillah...
Mungkin qaiyd adalah hadiah terakhir Allah utk ibu yg ditiupkan dalam rahim ibu..
Mungkin juga Qaiyd juga akan merasa menjadi seorang abang suatu masa nanti.
Namun buat masa ini, Qaiyd lah anak bongsu ibu
Tiada apa yg mampu ibu belikan buat sayang ibu di hari ulangtahun kelahiranmu.
Hanya sebiji kek boboiboy kartun kegemaranmu dan sebiji kerusi kecil utk permainanmu
Doa ibu buatmu sayang, semoga menjadi Qaidul Muslimin wal mukminin di masa akan datang...
Ibu abi dan Abang Qalby sayang Qaiyd Mutafawwiq
RIYASH QA'IYD MUTAFAWWIQ BIN MUHAMAD RIZAL
22.2.2011 till 22.2.2014
3 tahun

Sunday, February 16, 2014

Perbezaan KHALIF dan KHALEEF

Assalamualaikum semua.saya pernah berjanji untuk membuat entry tentang satu lagi ejaan nama KHALEEF yang banyak ditemui di dalam buku nama2 dan website sebagai khalifah.

Diatas saya ada sertakan printscreen dari mukjam bahasa arab-bahasa arab untuk word KHALEEF.

Khaleef dengan ejaan Arabnya خليف ( cara sebutan dipanjangkan bunyi suku kata leef)
Dari mukjam ( kamus bahasa arab AL WASITH)
1.Jalan الطريق
2.Jalan antara 2 bukit or gunung الطريق بين الجبلين
3.Orang yang menyalahi janji المخالف للعهد والميثاق
4.YANG TERPILIH المستخلف

Begitu juga dengan mukjam al ghaniy memberi maksud2 ini.Namun maksud YANG TERPILIH tiada dalam kamus atau mukjam arraid

Saya juga telah menghubungi PROFESSOR MAJDI BIN IBRAHIM. Yang bertugas di ISTAC dan merupakan pensyarah Bahasa Arab dan kesusasteraan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.seorang Muwallad iaitu seorang Melayu Kelantan yang dilahirkan dan dibesarkan di Makkatul Mukarramah.Mempunyai kerakyatan Arab Saudi.Prof Majdi merupakan salah seorang panel penggubal Buku Teks Bahasa Arab bagi sekolah2 Kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.Beliau mengesahkan Nama KHALIF( خالف) ( cara sebutan panjang pada sebutan kha) tidak sesuai digunapakai utk nama anak dan membawa maksud yang tidak berapa baik dan sesuai.Walaubagaimanapun...penggunaan nama KHALEEF adalah lebih sesuai dan diterima pakai utk maksud YANG TERPILIH dan menghampiri maksud Khalifah.Walaubagaimanapun, beliau lebih menggalakkan penggunaan KHALIFAH kalau inginkan maksud yg lebih tepat bagi maksud KHALIFAH since khaleef juga ada maksud yg xberapa elok.

Sebarang pertanyaan dan keraguan...boleh berhubung dengan PROFESSOR MAJDI sdr dan sangat berterima kasih dengan Prof Majdi kerana beliau sudi utk dihubungi bagi penjelasan nama KHALIF ( خالف) dan KHALEEF( خليف).walaubagaimanapun.yg berhajat boleh menghubungi saya di facebook saya yg tertera di sidebar blog untuk mendapatkan nombor Prof Majdi.
Saya tidak memaksa anda utk menerima pendapat saya namun adalah menjadi tanggungjawab saya utk menyampaikan apa yang patut sebagai panduan dan perkongsian orang ramai.wassalam

Wednesday, February 5, 2014

Siapa Saya yang berani Menulis Entry Qalif dan Khalif

Assalamualaikum
Bismillahirrohmanirrohim
Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana dua entry saya telah menyentuh keibuan n kebapaan anda yg sudi menyinggah di blog ini.
Ramai juga yg mengaku kesilapan dan kekhilafan dan ramai juga yg marah2 dan menuduh saya menyebarkan RUMOURS dan FITNAH.banyak dr kita lebih suka terima yg salah dari mengakui kebenaran.
Dua entry saya boleh dibuka untuk perbincangan since sy nyatakan sumber utk rujukan anda yg membaca.Kalau anda sdr tiada kemampuan anda boleh meminta siapa yg berkemampuan utk menyemak fakta tersebut.
Ramai juga yg menasihati saya agar MERUJUK KEPADA USTAZ N USTAZAH YANG PAKAR dr menyebarkan fitnah dan andaian yg salah.
Besar benar tuduhan FITNAH tu pd saya sedangkan anda sendiri tidak mahu semak sendiri.
Oklah..siapa saya yg berani menimbulkan kontroversi ni.

SAYA MENDAPAT PENDIDIKAN SEKUNDER DI

SEKOLAH MENENGAH AGAMA ARAB ANNUR
pelajar terbaik keseluruhan SPM 2000 dengan memperoleh A1 di dalam subjek BAHASA ARAB TINGGI

Menyambung pelajaran di PUSAT MATRIKULASI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA dlm jurusan BAHASA ARAB DAN KESUSASTERAAN selama satu tahun setengah dan menerima ANUGERAH BEST STUDENT AWARD IN ARABIC LANGUAGE IN LITERATURE utk tahun tersebut

Meneruskan IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEMANUSIAAN PENGKHUSUSAN BAHASA ARAB DAN KESUSASTERAAN di UNIVERSITI ISLAM ANTARABANBSA MALAYSIA dan graduate pd tahun 2006.
Mewakili UIAM dlm pertandingan Debat Bahasa Arab persahabatan melawan USIM dan wakil DEBAT BAHASA ARAB INTERVARSITY dan mendapat first runner up dlm pertandingan tersebut

Pernah bertugas sebagai Tourist guide Pelancong Arab ketika saya berada di tahun terakhir pengajian.

Kini seorang guru bahasa ARAB di sebuah sekolah di Petaling Jaya, dan tahun ini merupakan tahun ke 8 saya bertugas.
Telah dilantik sebagai JURULATIH UTAMA NEGERI BAHASA ARAB oleh JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR.

INsyaallah sedang dalam usaha menyambung pengajian dalam IJAZAH SARJANA BAHASA ARAB DAN LINGUISTIK.

Begitulah sedikit sebanyak pengenalan buat rakan2 baru semua.salam perkenalan.
Saya sayangkan bahasa syurga ni dan doakan sy berjaya dlm bidang ini.

Jutaan ampun dan maaf saya pohon kpd parent yg terguris hati..
Qulil Haqq walau kana murran
قل الحق ولو كان مرا
Berkata lah benar walaupun ia pahit

Saturday, February 1, 2014

Apa Makna KHALIF yang sebenar

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim.
Berjuta kemaafan saya pohonkan atas entry QALIF semalam.bukan niat di hati untuk memalukan sesiapa.Melainkan dengan niat menyampaikan ilmu dan kebenaran yang ramai dari kita tidak tahu.
Entry saya bukan untuk meraih traffic yang banyak.Sebab saya tidak pernah menerima wang hasil nuffnang tu.Saya telah kongsikan maklumat ini di dalam group nama-nama indah yang bermakna kelolaan saya di facebook.Dan baru kini saya ada kekuatan untuk menyebarkan perkara ini di blog.Memandangkan hari ini waktu cuti jadi saya punye lebih masa untuk mengarang.

KHALIF sama juga keadaannya dengan QALIF.cuma maksudnye berbeza..sebutannya berbeza..huruf awalnya juga berbeza.

Kalau QALIF diambil dr perkataan yg berasal dr huruf ق ل ف
KHALIF pula خ ل ف
Beza sedikit sahaja kan? Tapi beza maksudnga BESAR.

Selain QALIF KHALIF juga menjadi pilihan parent untuk nama anak yg menginginkan maksud KHALIFAH.sekali lagi saya katakan TIDAK..ANDA TIDAK AKAN PEROLEHI MAKSUD KHALIFAH PADA EJAAN KHALIF.

Mari kita lihat bagaimana ia terjadi.

Merujuk kepada MUKJAM AL WASITH
KHALIF خالف
Maksudnya
1.Yang lemah, tidak ada nafsu untuk makan
2.Orang yang banyak kekhilafan atau kesilapan

Merujuk kepada Mukjam Ar ROID
KHALIF خالف
Maksudnya
ada beberapa maksud pada al wasith dipersetujui ditambah dengan
1.YANG ROSAK,YANG BERUBAH MENJADI ROSAK

Merujuk kepada MUKJAM AL GHANIY
1.Yang lemah, yang rosak
2.Yang berlawananan
3.Yang berbeza

Merujuk kepada MUKJAM AL ARABIYYAH AL MUASIRAH
1.yang berubah

Segala info disini harap dijadikan panduan oleh ibu bapa yg berniat ingin meletakkan nama tersebut kepada anak.

Kalau anda niat nak letak nama anda bermaksud Khalifah...anda letak jelah word
KHALIFAH UMAR contohnye bukan UMAR AL QALEEF ke UMAR AL KHALIF ke...

Kalau anda nak guna bahasa Inggeris untuk maksud khalifah anda gunalah terus

CALIPH UMAR bin ....
Itu lebih baik dr merubah ejaan.Wallahu A'lam
Wassalam

SIGN JANGAN TAK SIGN