Followers

Sponsored By

Friday, January 31, 2014

Apabila nama Qalif n Qaleef bukanlah bawa maksud Khalifah

Sejak akhir2 ini, masyarakat kita dikunjungi gelombang Qalif Qaleef n apa pun jua ejaannya yg bermula dengan huruf Q.
Seandainya ditanya, apakah maksud nama tersebut mereka menjawab... KHALIFAH, PEMIMPIN.
Tahukah anda perkataan tersebut TIDAK SAMA SEKALI membawa maksud KHALIFAH sebagaimana di war2kan di dalam buku nama2 dan website nama muslim?
Sangat kasihan kepada ibu bapa yang tidak tahu dan percaya akan keindahan maksud QALEEF tu.
Saya bukan nak menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tapi saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang ada tentang asal perkataan tersebut di dalam Bahasa Arab.

QALIF mengikut kata dasar bahasa Arab berasal dari Huruf QOF LAM FA ق ل ف
dari root word FEEL MADHI QALIFA QALIF
bermaksud TIDAK BERKHATAN atau KULUP org melayu kata

Dari root word QALAFA QALIF
bermaksud mencabut atau membuang kulit atau memotong.

Manakala denga  ejaan QALEEF قليف
Maksud
BUAH YANG TELAH DIKERINGKAN dan
SEMANGKUK ARAK YANG TELAH DIPERAH DARI BUAHNYA.

jadi tiada maksud khalifah dr perkataan itu.manakala KHALIFAH di dalam bahasa Arab adalah
KHALIFAH juga dan plural utk Khalifah adalah KHULAFAK
dimulakan dengan huruf KHO خ dan bukan QOF.

Semoga menjadi panduan tuan2 dan puan2 utk lebih berhati2 bila mengikut trend.
Wallahu A' lam

Sumber KAMUS BAHASA ARAB ONLINE ALMAANY
MUKJAM AL WASITH
MUKJAM ARRAID
MUKJAM ALGHANIY

SIGN JANGAN TAK SIGN