Followers

Sponsored By

Sunday, January 29, 2012

Trend nama murid tahun 1 2012




Memang pola nama ni tiap2 tahun akan berubah..bagi tahun 2012 ni nama nama yang glamour ialah yang bermula dengan

PUTRA

PUTRI

bagi nama PUTRA ialah PUTRA NOORAFDLIN & PUTRA CARL AIRIEL
bagi nama PUTRI ialah PUTRI RAHAMATHUNNISAA' dan PUTRI NOORADILA

nama lain yang menjadi tumpuan saya seperti

QAWIEM ARRAIMIE..

AN-NURRUL NADWAH

anda...bgmana?

Friday, January 27, 2012

GROUP NAMA-NAMA INDAH YANG BERMAKNA

Kawan-kawan..saya sangat sukakan dan sayangkan bahasa Arab.Bahasa Arab bahasa Al-Quran..bahasa Arab bahasa Syurga dan bahasa Arab juga yang menjadi pilihan umat islam meletakkan nama pada anak anak mereka..

Saya memang suka sangat dengan nama manusia..sejak kecil saya suka membaca nama kawan2 saya..nama sesiapa sahajalah...sampailah kini..ramai juga kawan kawan dan saudara mara membuat rujukan pada saya tentang nama anak..

Oleh itu saya ingin mengumukan opening group di FB group NAMA NAMA INDAH YANG BERMAKNA..

kawan2 boleh klik di link ini NNIYM saya akan update nama nama ini dr masa ke semasa..atau search NAMA-NAMA INDAH YANG BERMAKNA

Thursday, January 26, 2012

gambang ke gampang?









gambang la..gampang tu easy..ye tak?
tengok kat fb masing2 mengupdate perjalanan smpena cuti cny kan..mulanya aku tengok je kengkawan update status journey masing2..lama lama aku pun terjebak sama..g mana? g

GAMBANG..

Bkn kali pertama aku g pahang..dah banyak kali dah.. g bentong..genting..cameron..bukit fraser..tp kali ni nek ke atas lagi..g tahlil umah pakcik belah suami kat felda lepar hilir..huh..boleh thn jauh...mcm nak g johor jauhnya..

dah terlanjur ke sana kata acik dkt ngan kuantan..setengah jam je..kami pun merewang rewang ke teluk chempedak...subhanallah..cantiknya pantai tu..sllu g pantai kat pd je..xnmpk pun air laut membiru..tp pantai ni mmg cantik lah..even tgah ramai org pun tp bersih je...pakkal je lah tgahari buta..kalau tak mau ku terjun..

kat teluk chempedak kami jln jln nengok souvenir..xbeli pun selain beli magnetic kitchen..eh tol ke..

pulang dr teluk chempedak..ku terus ke balok baru..balok pun ada pantai tp bkn niat kami g balok nak ke pantai..tp nak meminng anak dara yang baru berusia 6hari utk Riyash anakandaku..Rikazz dah ada..org perak..
hehehe..nama baby ni damia syafiyya..fiyya ni anak kpd eja..kwn fb ku..dah lama knl dr rikazz kecik kecik lg tp tah brapa kali nak jmp kat kl je x jumpa jumpa..akhirnya jumpa gak kat pahang..jauh benor ye..
bila dirisik risik rupanya normiza eliana dah pun book fiyya utk anakandanya maher..aduhai..melepas den..dah le cumel..kat rumah eja..mak dia suruh mkn..lauk yg tak pernh mkn lagi masak lemak telur itik..pelik pelik..sllu telur itik wat telur masin je..tu yg sllu mkn lah..

terlupa nak citer..sebelum g teluk chempedak..kami g tanjung lumpor dulu..beli keropok lekor...sebatang singgit..sempat amek gambar makcik2 yang tengah gentel keropok...

kat umah acik..apa lagi bantai makan ikan patin tempoyak kegemaranku...yummeh!!tp balik dr jalan jalan..dah hbs..huhu..kakakkhilyati hbskan..uwaaa

Wednesday, January 25, 2012

11 bulan sudah




Hari ini aku nak update 2 entry..entry pertama tentang Riyash yang dah pun masuk 11 bulan 22hb yang lepas.Alhamdulillah..dah bujang dah anak ibu.Jom kita tengok apa yang Riyash dah pandai..

Riyash masih lagi belum berjalan.Masih memapah mapah..bertatih pun tidak..Tapi kerja dia asyik lah panjat memanjat..Apa yang dia tak panjat?kalau memanjat tu mmg dah pro..sekejap je dah ada atas sofa..atas meja..katil tu kacang je utk dia.

Riyash dah ada 2 batang gigi baru menjadikan jumlah keseluruhan gigi Riyash 6 batang semuanya..

Masih lagi breastfeeding..Alhamdulllah..dah menghampiri usia setahun ni..macam xcaya.Ibu doakan Riyash sentiasa aktif dan sihat

Saturday, January 21, 2012

Hasil kerja Rikazz


Ni Rikazz tulis sendiri..kat atas nya ada tulisan ibu
yg ni clay kecik2 tu rikazz nya..yg beso sket saiznya ibu y buat

Rikazz belum pergi sekolah walaupun dia dah nak sangat sekolah.sangat pandai bersosial..peramah..tapi rikazz masih pakai pampes lah...tapi rikazz dah pandai tulis...dah pandai bentuk kan huruf dgn plastisine..ibu cuma buat dan rikazz tengok rikazz tiru...huhuhu..ibu suka sangat ..Tp rikazz ni blaja x menghafal..dia kenal...nak tgok gambarnya?

Thursday, January 12, 2012

Rikazz is 3











Mula-mula sekali ibu nak ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerna memberikan ibu rezeki dan kesempatan untuk menyambut hari ulangtahun kelahiran anak sulung ibu yang baik budi ni..

Kalau dulu..ibu akan nantikan saban bulan untuk menantikan perkembangan Rikazz namun kini ia lebih bererti apabila tarikh 11 Januari menampakkan diri.

Sebulan sebelum kedatangan hari ni..ibu dah plan dah apa yang ibu nak buat untuk Rikazz.Ibu tak akan adakan sambutan dengan menjemput orang lain...sebab ibu dah buat untuk Rikazz waktu Rikazz setahun..Tapi ibu tetap akan adakan sambutan bersama keluarga kecil kita.

Alhamdulillah..tahun ini hari lahir Rikazz terkena pada hari Rabu..Abi keje malam..ibu pulang lewat sebab ada aktiviti koku di sekolah.Dengan tak beli apa apa..memang agak letih..nak mengharungi jam petang Rabu pergi beli jajan jajan..abi beli bahan basah utk dimasak..oma berperang di dapur memasak...

Namun seperti yang dirancang walaupun kita sahaja..tp ibu lihat Rikazz gembira..menyanyikan lagu hari lahir..potong kek..Ibu nak cari topi tapi x ada..jadi ibu gantikan dgn topeng..

Terima kasih juga buat Daddy Mummy dan Faiqah yang sudi memeriahkan majlis dan membuat Rikazz "nangis"..hahaha..memang seronok...

Sempena hari lahir Rikazz yang ke 3 tahun.Tiada lain yang ibu harapkan selain kebahagiaan Rikazz..Semoga Rikazz membesar sebagai anak yang soleh..bijak..abang terbaik kepada adik2...Ibu sayang Rikazz

p/s : Tak sabar nak tggu waktu nakal Rikazz berlalu

Thursday, January 5, 2012

Datang haidh selepas bersalin

Kalau anda..sudahkah anda datang haidh selepas melahirkan anak anda?akan ada jawapan...

SUDAH...SAYA DIRECT JE..LEPAS 60 HARI TERUS DATANG..

ada yang menjawab...

BELUM LAGI..SAYA TAK DATANG..DAH SETAHUN SAYA BERSALIN..SAYA MENGANDUNG KE?

em..keadaan ini juga berlaku kepada saya..jawapan saya mudah.sebab saya

BREASTFEEDING..

ada juga yang menjawab...

SAYA PUN BF ANAK JUGAK TP OK JE PERIOD SAYA?AWAK SAKIT KOT...

jangan risau..sebenarnya perkara ini adalah normal.Kejadian haidh lewat selalu berlaku kepada ibu-ibu yang menyusukan badan kepada anak-anaknya.
Hal ini terjadi kerana..penyusuan eksklusif selama enam bulan pertama adalah merupakan perancang kehamilan anda secara semulajadi...

Sebagaimana yang diterangkan oleh doktor yng menjadi bahan rujukan saya..apabila saya kata saya tidak haid lagi selepas 2 bulan bersalin..Doktor itu berkata kepada saya...

Apabila kamu breastfeed rahim kamu menjadi tidak subur..Apabila rahim tidak subur dan tiada ovulasi..maka kamu tidak akan didatangi haidh dan juga tidak akan mengandung..

Kamu mungkin akan datang haidh selepas setahun..2 tahun dan mungkin tidah haid sehingga kamu mengandung sekali lagi..Bergantung kepada hormon badan kamu..

Seperti saya..anak pertama saya datang setelah anak saya menyambut hari lahirnya yg pertama..selepas 3 kali datang saya disahkan mengandungkan Riyash...
Kini Riyash sudah hampir 11 bulan dan saya masih lagi boleh solat penuh hEHEHE..anda..bagaimana?

SIGN JANGAN TAK SIGN