Followers

Sponsored By

Saturday, October 29, 2011

Melawat Hazirah Kiranah




25 Oktober...2011...Adalah hari keberangkatan abah dan mak mertua saya ke Tanah Suci Mekah.Mereka dikehendaki berada di Tabung Haji Kelana Jaya pada pukul 1.30 pagi untuk mendaftar..

Jadi saya ambil kesempatan untuk melawat Hazirah Kiranah..bayi perempuan kedua kepada sahabat maya saya iaitu Hazlina Shahrel.

Nak jumpa si Kirana ni bukannya senang.Entah berapa kali appointment dibuat dengan mummy dia.Tapi baru kali ini berjaya.

Sampai rumah Kirana pada pukul 8.30 malam.Si baby sedang berjaga.Dan sepanjang saya berada di rumahnya..Dan sepanjang dia berjaga..kerja dia menyusu je..Mana le si mummy nya tak slim.ekekeke..

Kirana sangat comel.Kulitnya putih merah.Suaranya uiii...nyaring bila dia tak dapat susu.Agaknya mummy selalu menjerit masa peknen kot.

Pape pun doakanlah saya dapat baby gurl comel mcm Kiranah k..

Hari Kanak-kanak




Baru je tadi...sekolah saya mengadakan sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah.
Beginilah cikgu..dan beginilah sekolah.Pelbagai aktiviti dan program diadakan untuk menarik minat murid datang ke sekolah.Lepas satu..satu program..Pas ni..mggu depan pulak ada minggu Kerjaya pulak.

Minggu kerjaya kita citer kemudian k..Untuk program hari ini..saya adalah salah seorang AJK Persembahan.Dek kerana request dr guru besar untuk choral speaking..saya pun buatlah..saya gabungkan antara murid tahun 6..tahun 2 dan tahun 1..Macam tak percaya tapi satu kombinasi yang bagus.

Walaupun tak perfect tapi bagi saya cukup bagus.Dengan masa yang suntuk.Mereka dapat menyempurnakan persembahan dengan baik.Tak kira kecil atau besar..Yang penting ada komitmen dan kehendak serta disiplin...pasti menjadi...

Sunday, October 23, 2011

Teruk sangat ke cikgu sekarang?

Rasanya kalau ditanya kepada cikgu2 soalan seperti ini tentu ada lah pihak yg melenting..saya terpanggil untuk menulis disini kerana saya telah terbaca satu artikel sisipan dlm berita mingguan kalau tak silap..yang mempersoalkan tentang sikap guru sekarang yg tiada magical touch dgn murid dan pelajar.Dan yg saya rasa sangat tak seronok apabila penulis membandingkan guru sekarang dgn guru dahulu dan dikatakan guru sekarang hanya tunggu gaji sahaja ..masuk kelas kemudian keluar kelas..

Rasa panas je muka dan kepala bila membaca artikel tersebut.Yelah..bagi saya sebagai seorang guru..saya rasa si penulis tidak patut membandingkan guru dulu dan sekarang.Zaman kami berbeza..Bebanan tugas juga berbeza..Cara pendekatan guru dulu dan sekarang pun berbeza kerana masing masing menghadapi murid dan pelajar yang sangat berbeza zamannya..

Bagi saya setiap guru ada kelebihan dan keistimewaannya..Tak kiralah dulu atau sekarang.Saya rasa sangat tak adil cara penulis itu menulis.Siapa mereka nak menghakimi apa yang kami buat..Menurut artikel itu..guru sekarang tidak menunjukkan kasih sayang terhadap murid2..Pernahkah mereka masuk ke sekolah dan perhatikan seluruh kehidupan kami di sekolah?

Memang kerja guru sekarang banyak..rasanya tak perlu lagi saya senaraikan apakah beban tugas guru.Tapi saya secara peribadi masih lagi mengambil berat anak anak murid saya.Kalaulah saya ini tiada 'magical touch'..mengapa anak anak murid saya pagi2 datang mencari saya semata-mata meminta saya mengajar mereka cara memakai tuala wanita?Mengapa mereka memberitahu saya tentang haidh pertama mereka dan cara menangani masalah yang mereka hadapi?

Bagaimana pula dengan murid lelaki darjah 5 yang telah mimpi basah..Dan perkara ini tidak diketahui oleh ibunya sendiri?Bagaimana pula kami mengesan murid2 yang mengalami masalah keluarga..kemiskinan...ibu yang sakit..kemurungan mereka..kalau kami tak rapat dengan mereka sehingga mereka boleh berkongsi masalah..rahsia hati dengan kami?

Em..saya rasa sangat sangat tak adil apa yg penulis itu tulis...Takkanlah kami nak war warkan setiap kerja yang kami lakukan..Saya percaya..bukan saya sahaja yang masih menyelami jiwa murid2..malah guru2 lain juga begitu..

Kami ini ibarat ibu bapa mereka di sekolah..Kadang2 kami lebih dulu tau masalah mereka berbanding ibu bapa mereka yang sibuk bekerja.
Saya rasa masa saya sekolah dulu..tak ada seorang pun guru saya yang tahu masalah keluarga yang saya hadapi...em...mungkin saya masih mampu untuk menghadapi masalah keluarga dan mengawalnya di sekolah...

em..sedih

Mutafawwiq dah 8bulan



Sedar tak sedar mutafawwiq dah 8bulan...Tapi rasa dia masih kecil sebab dia masih lagi combat crawl dan goyang2 kalau angkat badan..maju merangkak pun sikit2 je..
Memang rasa Mutafawwiq manja sangat dengan ibu bila masih banyak benda yang Mutafawwiq harus bergantung dengan ibu...ibu masih ada baby lagi..

Kalau abang Rikazz dulu...7bulan dia dah berjalan..Dah tak mahu didukung waktu2 mcm ni..Tapi adik masih bermanja dengan ibu.

Mutafawwiq dah pandai nak ikut ibu.Bila nampak ibu pakai tudung dia mula kejo ibu n nangis..Tu tandanya dia nak ikut.Lepas dia demam ni..dia dah mula kenal orang.Kalau dulu..sapa pun ambil dia..dia takkan menangis..Dia tetap tersenyum dan ketawa manis.Namun sekarang..bila dia berada dalam jarak yang agak renggang dengan ibu..dia menangis..dia tau yang orang lain sedang dukung dia.

Mutafawwi sedang dalam proses menambah gigi ke 3 dan ke 4.Dah putih gusi atasnya...
Mutafawwiq dah nampak bosan dengan bubur nasi..bubur nestum...Tapi kalau ibu bagi nasi yang ibu kunyah..ayam yang ibu kunyah..nampak berselera sangat..kalau kuewtiow..hui..laju je dia sedut.

Ibu suka bila Mutafawwiq peluk ibu dan perhatikan mulut ibu bergerak.Ibu suka sebut perkataan perkataan asas dan Mutafawwiq ikut gerak bibir ibu.Seolah-olah dia boleh ajuk semua sebutan ibu.

Mutafawwiq mungkin lambat berjalan tapi ibu rasa Mutafawwiq mcm dah mula nak bercakap.Dah beberapa kali ibu dengar Mutafawwiq sebut ibu ibu..Bila ibu sebut perkataan tu.Ibu sebut dum dum..dia akan sebut dum dum..Dia dah mula mengajuk sebutan ibu..Seronok sangat.

Bila Ibu peluk Mutafawwiq dia akan pegang hidung ibu..mata ibu..dia tenung ibu kemudian ketawa..So sweet..Bila Mutafawwiq ketawa menampakkan dua batang giginya..em..buat ibu rasa nak berhenti kerja..Sekarang projek Mutafawwiq bukak kabinet..kemas rak kasut..Sampai hitam kaki dan tangan Mutafawwiq dek kerana minyak yang melekat di kaki abah..

Makin hari Mutafawwiq semakin membesar..Dan satu hari nanti Mutafawwiq akan tinggalkan ibu kan.Tapi di mana pun Mautafawwiq berada..jangan lupa ibu ye..i love u manja..

Tahun hadapan kami akan beraya di RUMAH SENDIRI


Rentetan dari kisah pengeluaran KWSP hari tu..sebenarnya...
Lepas kena halau dr umah sewa yang selama ini kami duduk..Kami nekad untuk membeli rumah sendiri.Saya pulak dah dapat masuk ke skim berpencen pada 1 Ogos yang lepas..
Lepas tu dapatlah saya keluarkan duit KWSP sebanyak 45 percent dari total akaun..Tujuannya utk membiayai duit pengurusan rumah baru..

Memula carik rumah kat Mudah.com.Tapi sehari je diiklankan..habis sumer terjual..Minta tolong kawan2 surveykan rumah second hand..tp tak ada..kalau ada di kawasan yang dikehendaki pun..mahal dan saya rasa mcm tak berbaloi..

Bila tak dicarik..ada plak 3 pilihan..Salah satunya rumah di atas lah..Dan 2 pilihan lagi di Saujana Putra...

Tapi bila difikir2 kan..kami tak mampu nak beli rumah kat Saujana Putra tu..harganya sudah hampir RM300K..Beli lah rumah yang termampu...

Setelah dilawati..saya dah jatuh hati dengan rumah di atas..Luas kawasan 40'x72'..Tapi rumahnya agak kecil 20'x70'..tapi saya dah suka..harganya RM220K..sbb saya amek corner Lot..Tu je lah yang tinggal..rumah ni dah siap dalam 90percent skang..Wiring sume dah..yang tinggal...pasang pintu gate dan pintu kayu tu..Serta buat jalan..

Setelah membooking dengan bayaran RM500 saya pun mengisi borang pinjaman semua lah..Sekarang ni tengah menunggu loan approve.Saya buat loan govenment...Insyaallah approve lah..

Kat mana kawasan ni?Dekat Jalan Sukepi Banting..ha a..kalau saya masih belum dapat pindah..Saya berulang alik lah dari PJ ke Banting..jauhnya..35.7km selama 41 minit jauh perjalanan..

Oh rumah ini type semi D..mungkin buat masa ni saya akan tinggal dengan rumah yang asal..xda duit nak renovate2 ni..mungkin akan datang saya nak tambah rumah tu dekat kawasan yang lapang tu..Hehehe..dijangka siap pada DEc2011...tak sabar nak duduk rumah sendiri..

Oh ye..kelayakan pinjaman untuk loan perumahan kerajaan ada lah seperti berikut:-

Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
1
6,500 dan ke atas
450,000
2
5,500 ke 6,499
420,000
3
4,500 ke 5,499
400,000
4
3,500 ke 4,499
380,000
2
3,000 ke 3,499
320,000
3
2,500 ke 2,999
280,000
4
2,000 ke 2,499
255,000
5
1,500 ke 1,999
205,000
6
1,200 ke 1,499
168,000
7
1,000 ke 1,199
130,000
8
800 ke 999
105,000
9
799 dan ke bawah
80,000

Wednesday, October 5, 2011

Ini kisah Ibu pulak





Asyik anak2 je posing...ibu nak jugak...

Bujang kecik dah 7bulan









Gambar ni Rikazz yang ambil.adik plak terus pose utk abang

Riyash Qa'iyd Mutafawwiq dah 7 bulan tau..Berat tak tau lah.sebab dah tak timbang lagi.Last timbang masa 6bulan 7.5kg..Tak tau lah skang..

Ha..ibu Riyash dah kena komen ni...blog ni tak banyak citer pasal Riyash macamana banyaknya cerita Rikazz dulu..Aduhai..skang ni ibu Riyash dah xmelanggan broadband..skang guna prepaid je..tu yg lambat je nak update..

Pas tu skang dah bertambah bilangan orang yang nak berebut laptop dengan kita.Nak update tunggu tgah malam bila dua dua hero ni dah tido.Last2 semua tido...

Jom cek apa Riyash dah boleh buat sewaktu dia 6bulan dulu...

1.Riyash dah boleh angkat badan dan goyang2..belum bergerak merangkak lagi.
2.Riyash dah tumbuh gigi..2batang
3.Riyash dah mula makan makanan yang bertekstur
4.Riyash dah boleh duduk
5.Riyash dah boleh papah kat katil
6.Riyash dah pandai turun katil dan buai sendiri
7.Riyash dah boleh naik basikal abang..Sangat suka
8.Riyash dah pakai baju abang 2tahun..uwaaaa
9.Riyash sangat suka membebel..dalam bebelan dia dah terkeluar perkataan buuu..bunyi baaa..maaa
10.Riyash dah mula tiru apa abang buat..ni yang tak best..banyak sangat dah projek diorang dua beradik..Terkekek kekek ketawa...

Ha..setakat ni..ini lah yang ibu ingat.Doakan kesihatan Riyash ye..

yang paling penting...Riyash masih lagi

FULLY BREASTFEED!!!!

Tuesday, October 4, 2011

Sudah berpindah....

Ruang bilik utama yg menjadi bilik tidur kami dulu..Hanya kenangan..4tahun kami tidur dlm bilik ni


Salam kengkawan..ingat lagi tak pasal entri yang saya tulis saya kena berpindah selepas raya?Alhamdulillah..saya sudah pun berpindah ke rumah lain.Maaf kerana tidak dapat update apa apa cerita atas sebab kesibukan berkemas..Bagi sesiapa yang tidak tahu kenapa saya harus berpindah boleh baca entri ini.

Jadi secara rasminya..saya bukan lagi warga TAMAN SRI SENTOSA JALAN KLANG LAMA lagi tetapi sekarang saya adalah warga TAMAN PUNCAK KINRARA PUCHONG..

Saya telah pun selesai berpindah pada 25 September yang lepas..hari Ahad..gambar2 di atas adalah sebahagian keadaan yang saya sempat rakamkan.Itu hanya tinggal barang2 kecil..barang2 besar sudah pun diangkat lori pada waktu itu.

Saya telah pun menyewa lori 2tan sebanyak 2 trip perjalanan.Kos nya ialah satu trip utk lori 2tan mengangkut barang ke tingkat 5 rumah pangsa adalah 220RM.Jadi saya telah pun habis sebanya RM440 untuk kos lori sahaja.

Oh ye..sewa rumah sekarang memang murah.RM400 termasuk api air dan astro.Ini rumah pakcik suami saya.Tingkat 5...
Sekarang saya merentas perjalanan yang agak jauh jugalah untuk ke sekolah.Kalau dulu pukul 7.15 pun masih boleh sempat lagi nak keluar rumah.Kalau sekarang 6.20 mesti dah keluar rumah.Kalau tak merah lah punch card.

Kos minyak kereta sekarang RM50 dalam 8hari..kalau dulu RM 20 seminggu..Suasananya ok..jiran2 banyak Melayu..majoriti lah.Tapi satu jiran pun saya tak kenal lagi.Lalu depan rumah tu jenguk2 jugalah tapi xada yang keluar rumah.Masing2 bekerja kan.Hhuhuhu..

Mujur saya dapat duit KWSP..kalau tak..tak tahulah macamana nak tanggung semua kos termasuk roadtax dan insuran kereta yang tamat pada 22Sept lepas..Dugaan..

Bagi kawan2 yang teringin nak melawat saya ..jangan pergi Taman Sri Sentosa lagi..rumah tu dah jadi milik India..cari saya di Puncak Kinrara..

p/s : Seminggu turun naik tgkat 5 (takde lif) berat badan makin bertambah..aduhai...

SIGN JANGAN TAK SIGN