Followers

Sponsored By

Monday, May 31, 2010

Jom Balik Johor

Pintu masuk Hutan Bandar
Salah sebuah restoran terapung di senibong.Berlatarkan laut selat tebrau

Huhuu..minggu ni minggu terakhir persekolahan sebelum sekolah akan bercuti selama dua minggu bermula sabtu ini.Sekarang ni minggu peperiksaan.Jadi aku nak tulis lah n3 ini.


Jumaat ini..selepas sahaja loceng berbunyi..aku akan memulakan perjalanan kembali ke kampung halamanku Johor Darul Takzim.


Ya..aku anak jati Johor.Dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.Kemudian membesar di Kuarters Tentera Kem Tebrau Kg Dato Penggawa Barat Johor Bahru.Ketika usiaku 4tahun..kami sekeluarga berpindah ke Kg Plentong Baru Masai Johor.Selepas aku dapat KPLI barulah keluargaku berpindah ke Bandar Tenggara Kulai.


Rinduuu sangat suasanaku waktu membesar di Johor Bahru.Rumah kat Tenggara skang tak seronok.Kalau balik sana pun bosan je.Memandangkan aku baru sahaja dapat tunggakan gaji dan elaun perumahan selama hampir 2tahun..dan memandangkan cuti ini aku akan pulang ke Johor aku telah mengambil keputusan untuk bercuti di JOHOR...hehehe..dah lama sangat tak berjalan kat sana.Rizal pun amik cuti sampai 6hari.Yuhuuu..jom tengok tempat2 kenanganku disana:


1.Giant Plentong (Tempat shopping le ni)
2.Kg Senibong (Tempat makan)
3.Pekan Masai (Tempat beli persiapan raya)skang jalan tar
4.Pasar Malam Permas Jaya(Wajib pegi tetiap Isnin)
5.Pasar Malam Plentong(Wajib lalu balik keje dulu)
6.Jusco Permas Jaya(Tempat merayap)
7.The Zone(Tempat amek angin)
8.Danga Bay(Bersiar2)
9.Hutan Bandar(Tempat berdating)kikiki dululaa
10.City Square (Tempat tengok Wayang)
11.Plaza Angsana
12.Station Bus Larkin(Tempat beli tiket)
13.Komtar(Tapi rasanya dah xda kan tempat ni)
14.Air Terjun Kota Tinggi ( Tempat Mandi manda)
15.Air Hitam
16.Jusco Tebrau City (Rizal nak makan mee rebus tulang)
17.Kampung Plentong Baru laaa...banyak sangat kenangan suka duka kat sini
18.Pantai Lido


Ni semua tempat kenangan ni..Rikazz dan Rizal belum lagi pergi tempat2 tu semua.Apa salahnya mengimbau kenangan lama dan memperkenalkan keluarga baru kita dengan tempat2 yang menjadi destinasi kita sebelum mereka mengenal kita kan..


Tak sabar ni nak tggu hari Jumaat..zoom Malaysia..

Saturday, May 29, 2010

Mari kita serbu JALAN MASJID INDIA N JALAN TAR

colour ni lerr
Tetiap tahun..mesti kena serbu kat sini..Nak carik baju raya..Bilalah nak berubah tempatnya ni ye.Mujur emak ada nak tolong jahit baju.Kengkawan lain kata dah ramai tailor yg tak mau ambil tempahan.

Kenapa mesti pilih Jalan Tar n Masjid India ni?

Sbb banyak sangat pilihan dan semuanya saling berdekatan.Walaupun sesak tetapi kemeriahan tu membuatkan semangat nak memilih.

Tahun ni kami sekeluarga dah decide utk memilih warna hijau sebagai tema baju raya sedondon kami.Sebenarnya ikutkan aku..aku tak mo sbb tu warna 2tahun yg lepas masa ngandungkan Rikaz.Tp abah Rikazz ni tak mau beli lain sbb dia kata baju baju yg ada tak dipakai pun.

So..pergilah ngetest baju abah.Bimbang tak muat lagi sbb badan kami suami isteri bagai dipam pam..pasangan bahagialah katakan..cukup makan..Mujur abah Rikazz dah turun 10kg dr tahun sebelum ni.Jadi abah kenelah maintain berat tu ye..Kalau x takde baju raya

Selain colour ijooo esok nak cari baju

Pink (Utk sebarang event Puteri Islam)

Purple (Utk emak)

Biru...

Colour apa lagi nih?

Marilah kita sama sama serbu jalan TAR k..jumpa disanaaaa

Friday, May 28, 2010

Barangku kena curik

Apa nak jadilah dengan manusia zaman sekarang...Benda alah tu pun nak curik.
Benda apa?
1.Wiper
2.Antena
Huhuhu..isnin yang lepas..di pagi hari aku dah lambat g keje.Bila dah undur kereta keluar dri garaj..baru perasan wiper kete ku dah togel?Dua dua..hati n minda terpikir pikir..siapa plak yang cabut?Aku teruskan juga perjalanan..berharap agar perjalanku itu tidak ditemani rintik2 hujan.Kalau rintik2 ok lagi..kalau lebat?
Bila sampai disekolah..baru ku perasan bukan wiper je kena sebat..antena pun sama.Bila ku kol suamiku..dia punyalah marah.Antena tu bukan murah2..Wiper takpe lah juga.Murah..
Akhirnya sehingga hari ini..radioku berehat untuk seketika..serik nak beli antena.Takut kena kebas

Monday, May 24, 2010

Dan Markah yang ditunggu-tunggu ialah...

Assalamualaikum pembuka bicara...
Maaf ler bebanyak ye..Lambat plak nak kluar markah si Azrin Shah ni..Alhamdulillah..bukan aku je yg tak soba soba nak mengetahui markah si Azrin ni.Cikgu lain pun excited sama bila aku ceritakan perihal azrin kepada rakan sejawat.
Setelah aku menanda kertas bahasa arab si azrin ni..Ada beberapa soalan yang Azrin tak jawab kerana dia masih tak pandai menguruskan masanya.Maklumlah..orang "raaajin" sangat buat latihan sebelum ni kan.
Dan keputusannya ialah....
"
"
"
"
"
"
Markah ujian Bahasa Arab Azrin..dengan daya usahanya sendiri ..dan keinginannya utk mendapatkan kereta control dia..Azrin telah mendapat...

60% = B
Markah Azrin ni hasil dari menjawab beberapa soalan sahaja dan kagumnya..tidak ada satu kesalahan pun yang dia buat..Sayangnya Azrin tak dpt menjawab kesemua soalan kerana masa yg diperuntukkan satu jam sahaja.
Bagi murid kelas KIA..60 tu adalah markah yg cukup baik...sbb selalunya mereka dpt 0 markah.Tahniah Azrin Shah

Wednesday, May 19, 2010

Rahsia tau ustazah!


Azrin Shah..murid tahun 1..bertubuh kecil dan rendah.Berada di dalam kelas KIA2M.Dia ditempatkan di kelas tu bukan kerana tak bijak.Dia bijak..Cepat belajar namun kesediaan untuk belajar..xada.

Kerja dia..bila cikgu masuk dalam kelas:-

1.Kacau kawan

2.Minum air kawan

3.Lari dari kelas

4.Kacau kelas sebelah

5.Pukul kawan

6.Main air ludah

7.Tandas

Kami gelarkan dia HALIMUNAN sbb dia lari laju dan sekejap2 dah hilang dari kelas.

Hari ni aku buat latihan kertas peperiksaan Bahasa Arab tahun lepas.Saja nak dedahkan mereka dgn bentuk soalan periksa.Tapi Azrin fikir tu soalan periksa sebenar.Setelah aku membenarkan peperiksaan dimulakan,Azrin dtg berjumpaku

AZRIN: Ustazah..bagilah saya lulus.Ayah kata kalau lulus boleh dapat kereta control (Sambil berbisik ke telingaku) Ni rahsia tau ustazah..

ustazah:Ha..jadi Azrin duduk kat kerusi..jawab betul2..

Dengan bersungguh2 azrin cuba menjawab soalan sedangkan selama 5bulan belajar cuma 3kali dia hantar buku kat aku.

AZRIN: Ustazah..mcmn nak jawab ni?(sambil menggaru kepala)

ustazah:Mana boleh ustazah bg jawapan.Nanti ustazah pulak yang dapat kereta control Azrin

AZRIN:Tak boleh!

Lalu Azrin cepat2 menyiapkan kertasnya..

Apa yang bapa Azrin cuba gunakan ialah motivasi extrinsik ataupun motivasi luaran seperti ganjaran..hadiah dsb..Kebiasaannya motivasi jenis ini tidak kekal lama..

Rasanya azrin betul2 inginkan kereta control tu.Agak2..berapa markah yang Azrin dapat?

a.100-90

b.89-69

c.68-59

d.58-40

e.39 kebawah...


Tuesday, May 18, 2010

Ustazah terlampau dua


D suatu tengahari yang hangat membara..ditemani angin yang seciput bahasa..barisan murid tahun 4 dikerah untuk menghafaz isi kandungan dalam buku ujian PAFA...

Aida: Ustazah...sebab2 yang mewajibkan mandi wajib :- Keluar mani,Jimak,Wiladah,haidh,nifas,mati kecuali mati syahid.

Ustazah..Jimak tu apa?

Belum sempat ustazah menjawab, seorang murid secara sukarela membantu ustazahnya.

Rizal:Alah..masuk bilik..kunci pintu..buat projek lelaki dan perempuan

Ustazah menambah : Pembetulan..suami isteri je..boypren gelpren HARAMMM

Aida: Ustazah..saya tak nak jimak lah.Jadi saya tak payah mandi wajib lah kan?

Ustazah: Sekarang aida kecik lagi..buat apa nak jimak.Nanti dah besar mesti kena jimak.Baru dapat anak.

Danial:Ustazah jimak dengan suami ustazah ye?(Sambil tersenyum2)

Ustazah: Off course..ustazah kan dah kawin.Kalau tak ustazah berdosa tau

Mereka pun menyambung hafazan masing2 dengan gaya masing2..

Danial: Ustazah..panjang lah ayat ni..Saya tak nak hafal boleh?

Ustazah: Mana boleh...Nanti kalau kamu keluar air mani..takkan nak bawak masuk buku pafa dalam bilik air..

Murid2 lelaki:???????

Kemudian..tertawa..ye tak ye jugak kan...

Kuih Belacan


Di suatu pagi yang indah, seorang kanak2 perempuan berusia 3tahun lebih sedang me'ngemas' dapur.Ibunya pula sedang mengemas rumah.Pandangan budak itu telah terlihat kepada satu benda yang terletak cantik di dalam sebuah bekas yang bertutup.Benda itu berwarna coklat berbentuk bulat.

Perasaan ingin tahu budak itu telah mengajaknya membuka penutup bekas tersebut lalu terserlahlah keindahan makanan yang berbentuk bulatan itu.Hati si budak tertanya2..apakah bendanya ini?Nampak lazat..tidak pernah pula emak hidangkan makanan itu untuknya.

Si anak bertanya...air liurnya sudah terembes terangsang dengan keindahan rupa bentuk makanan bulat itu.Tidak sabar2 si anak mengetahui apakah bendanya itu.

Emak..ooo emak..ni apa?Sambil membawa bekas yang berisi makanan bulat.

ooo..ni kuih.Jawab emak

Kuih?pasti sedap.Fikir si anak.

Mak, boleh tak along makan?

Makanlah.Jawab emak.

Tanpa berlengah2 lagi si anak makan hampir separuh 'kuih' bulat itu.

Sejurus selepas itu, kedengaran suara si anak menjerit kuat lalu menangis.

Emak...kenapa kuih ni pedas?Uwaaa

Kelam kabut si emak meluru mendapatkan anaknya yang sedang menangis.Dengan wajah yang penuh kesalan si ibu berterus terang..Tidak disangka si anak betul betul ingin makan kuih itu

Kenapa along makan?ni bukan kuih..ni BELACAN..terang si ibu sambil menangis penuh rasa bersalah.

Keadaan yang sama hampir berulang lagi apabila petang tadi anak kepada kanak2 perempuan itu tertarik dengan belacan yang terletak cantik di dalam bekas.Lalu..kenangan makan kuih belacan terimbau kembali...

Ibu dan bapa ada lah guru pertama yang membentuk persepsi hidup seseorang kanak-kanak tentang dunia mereka.Mereka amat percaya dengan setiap maklumat dan perbuatan ibu bapa.Oleh itu sebagai ibubapa kita perlu memberi pennerangan yang jelas kepada anak2 apabila mereka bertanya.

Monday, May 17, 2010

Go Go Green Cutest Baby Contest By Mama_Aqish





Dah lama tak join sebarang contest dan kali ni nak join contest GO GO GREEN CUTEST BABY CONTEST BY MAMA AQISH.



Contest kali ni menghendaki sekeping gambar anak dengan pakaian berwarna hijau.Jadi..ini dia Rikazz dan baju hijaunya...
Rikazz Qalby Muntasyee
11Jan2009
setahun 4bulan

Nak tau syarat2nya klik sini
Jom kita tengok sapa penganjur contest ini :
penaja ManjakuSayang & Little World Gallery
Pertama kali terjah blog Mama Aqish ni masa blog walking tak ingat blog sapa n ada cerita pasal aqish.Pas tu ler add mama aqish dan tengok mama aqish ni selalu buat contest tp baru kali kedua join contest dia..Ok mama Aqish?

Pertandingan akan berakhir pada 15june..apa lagi..Jom kita hijau2kan alam blog kita

Kakiku Kebas


Oh..mengapa dengan kakiku ini..Jari-jemariku tidak mampu aku gerakkan..Malah kakiku juga seperti berat..tapak yang memijak tidak terasa permukaannya?Mengapa???Oh..kakiku juga tidak mampu bergerak..Apa harus ku lakukan..Dan tidak semena-mena..enjin pun berhenti..Gedegup..

Itu semua gara-gara kesesakan lalulintas yang pertama kali ku alami sejak ku memandu sendiri.Bukan kali pertama aku hadapi kesesakan ni.Sememangnya tiap tiap hari..Tapi..kali ini adalah kali pertama ku menghadapi jammed yang panjang..Sampaikan kakiku tidak dpt mengawal lagi clutch dan brake..akhirnya matilah enjin.Mujur..aku cepat2 menghidupkan kembali enjin dan jarak antara keretaku dan kereta dihadapan masih belum jauh ketinggalan.

Itu semua berlaku pada hari Jumaat yang lepas.Kesesakan lalulintas bermula dr jalan othman ke bulatan jalan gasing..bersambung terus ke jalan templer..dan terus ke lebuhraya NPE..ohh..sakit kakiku..Nak free gear..keadaan membukit..Nak tarik hand brake kereta masih bergerak..

Baru ku faham letih dan penatnya suamiku memandu selama ini.Jjarak antara rumah dan sekolah hanya 10minit sahaja kalau jalan lengang.Tapi ni..aku keluar sekolah 12.30tgahri..Pkl 1.45 baru sampai di rumah..

Akibatnya..kakiku lenguh sehingga hari ini..Bagaimana agaknya kalau memandu kereta auto ye?Agak2..ada tak menghadapi apa yg aku rasa ni?

Friday, May 14, 2010

Dapat Anugerah Guru Berdedikasi







Hehehe..alhamdulillah.sekolahku dah menyambut hari guru peringkat sekolah hari ni.Jumaat 14Mei2010.16 Mei kan hari Ahad so menyambut awal lah.

Tahun ni..tahun ke 4 aku menyambut hari guru.Memang excited dan seronok..ntahlah..tak tahu plak cikgu2 lain.Tp bagi aku sendiri..aku sangat menantikan hari Guru..Rasa seronok sgt setiap kali nak sambutnya.

Hari ni kami semua pakai baju batiks sekolah.Kaler hijau.Tahun ni temanya guru pembina negara bangsa.Setiap kali nyanyi lagu guru malaysia..rasa semangat berkobar2 dan bangga menjadi seorang guru.Tak kira lah apa pun orang nak kata n kutuk tentang cikgu2 zaman sekarang..tapi aku tetap bangga berada dalam profesion ni.Bayangkanlah..seorang ibu bapa nak kawal seorang anak pun kadang2 mengeluh dgn ragam anak yang pelbagai..inikan pula seorang cikgu yang mendidik beribu2 orang murid dalam masa setahun..pelbagai ragam..pelbagai bangsa..pelbagai latarbelakang keluarga.Aku mengaku kadang2 timbul rasa putus asa nak menangani kerenah murid2 ni.Kita semua faham mcmn perangai budak2 skang..tp rasa puas bila melihat hasilnya.Aku yakin..mungkin ilmu yg kami curahkan bukan tidak digunakan tetapi belum sampai masa lagi nak digunakan.

Aku sendiri lah..dulu masa belajar..belajar pun untuk lulus periksa..tapi bila dah dewasa.,.setiap apa yg lakukan..mesti teringat terimbau memori bersama cikgu2 dulu..kene marah..kene rotan..kene denda..Tp aku tak marah kan cikgu2 sbb rasa rindu dengan cikgu2 ku..Cikgu..kat mana lah cikgu berada sekarang.Kalau x kerana cikgu2 semua..tak mungkin Nur Nhazzla dpt jadi seorang guru hari ini..Sekarang..ilmu yg cikgu ajarkan kepada saya ..telah pun saya gunakan utk disampaikan kepada anak didik saya cikgu..

Kerana jasa jasa cikgu..hari ini usaha saya dihargai oleh pihak sekolah sehingga saya diberi peluang untuk dianugerahkan sebagai guru berdedikasi 2010.Saya tak menyangka saya akan dapat anugerah ni.Mungkin hadiahnya kecil tapi amat bernilai utk saya cikgu.Saya tak terfikir akan segala bagai anugerah kerana saya ikhlas menjalankan tanggungjawab saya..Demi sekolah..demi bangsa dan agama..Takde penghargaan pun takpe..

Rasa tak layak tp aku terima penganugerahan ini.Kepada murid2 ustazah yg disayangi..Terima kasih kerana menghargai ustazah.Ustazah garang dengan kamu sebab kamu xnak buat kerja..kamu asyik kacau kawan lain..kamu tak bawak buku..Kalau x..xda sebab ustazah nak marah.Apa yg ustazah nak..kamu semua berjaya dunia akhirat..Kamu semua mungkin akan menduduki kerusi menteri..kerusi doktor..kerusi saintis..kerusi angkasawan..dan ustazah akan tetap duduk di kerusi sekolah..bertemankan kipas yang meliuk lentok..memerhatikan kejayaan kamu semua dari jauh.Selamat Hari Guru

Tuesday, May 11, 2010

Biskut Lemak + Serbuk Milo =?





Em..kalau tengah ada idea nak menulis tu..mcm mcm topik keluar.Tapi kalau dah malas dan xda idea yang menjelma..diam je lah blog nazla ni kan.


Kali ni..aku nak cerita pasal makanan faveret masa aku duduk asrama sekolah menengah dulu.


Biskut lemak dan milo memang makanan WAJIB BELI bagi semua pelajar ASPURI ANNUR dulu.Rasanya..memang semua lah mesti beli.Kalau dah kehabisan stok makanan ni..kami akan duduk berkumpul satu bulatan besar..depan loker masing2..share lah makanan ni.Kiranya..makanan pengerat ukhuwah lah ni.Masanya?eh..ada masa..bukan semua masa boleh makan ni..masanya ialah balik sekolah petang..lepas mandi..sementara menunggu masuk waktu maghrib.


Acara kenduri petang pun dimulakan.Bahan2nya:


1.Biskut lemak Hup Seng


2.Milo


3.Air panas


4.Cawan


Cara2 menyediakannya:


Ambil milo dalam kuantiti yang hampir suku per cawan


Tuang sedikit air panas ke dalam cawan (Biarkan milo agak pekat)


Hancurkan biskut lemak


Gaul rata bersama milo pekat tadi


Sedia untuk dimakan...nyummm


Fuhh..memang sedap..lebih2 lagi waktu petang tu tengah hujan..memang sesuai lah


Sehingga kini..aku masih lagi mengamalkannya.Rikazz pun suka kalau aku suapkan biskut milo ni.


Pernah tak korang sediakan makanan ni?Atau korang ada jenis makanan lain yang boleh dikongsi bersama????


Rikazz dah Setahun 4 Bulan @ 16 bulan

Lukisan bulat2 Rikazz yang ditunjuk guna arrow
Hasil warnaan Rikazz yang sangat cantik

Hasil rekaan wallpaper Rikazz yang menghias dinding bilik ibu


Rikazz dan ibu di JJ Bukit Tinggi

Alahai..sejak dia mencecah usia setahun dah jarang update kisah Rikazz ni..kadang2 lupa plak yang hari tu 11hb. Mcm hari ni..dah sampai sekolah baru perasan hari ni 11 Mei ckp usia Rikazz setahun 4 bulan.Dah balik umah baru ler wish kat Rikazz

Epi besday Rikazz..boleh ke mcm tu
Sejak Rikazz besar ni..mcm tak nampak sangat perkembangan Rikazz..xda lah mcm masa dia kecik.Dari bulan ke bulan ada je perkembangan dan pembesaran yang sangat jelas di pandangan.

Apa update pasal budak butaks ni ye..Tengok skett
Masih ber"bahasa perancis" lagi...
Dah boleh lukis bulat2..walaupun masih belum kemas
Dah pandai on dan off laptop ..bukan sekadar godeh je.Dia dah tahu apa fungsi setiap button
Dah pandai makan nasi sendiri
Tolong aku menyapu..Kalau ibu pegang penyapu cepat2 Rikazz ambil penyodok
Kebanyakan benda dia dah tahu apa fungsinya..cnth earphone letak kat dlm telinga
Pengorek telinga untuk korek telinga..
Dah pandai kayuh basikal

Alamak..lupa lah...macamana ni?Ni lah alkisahnya kalau tak dicatat..memang lupa..Takpelah..nanti kalau teringat lagi tulis lagi ye..Rikazz Qalby..im sorry..

Monday, May 10, 2010

Ajaran Sesat di sekolahku


Opss..bukan sekolah tempat aku mengajar skarang ni ye..cuma aku nak kongsi cerita zaman aku bersekolah menengah dulu.Aku bersekolah di sebuah sekolah Arab milik persendirian.Bukan sekolah kerajaan.Ia terletak di Pontian Johor.Sistem yang digunapakai di sekolah itu adalah sistem sekolah pondok Indonesia.Taksub sangat pengetua ku itu dgn Indonesia.Dia kata sistem sekolahnya sangat bagus..
Sepanjang aku berada disana..aku memang rasa sangat tertekan.Dengan pihak pentadbir yang membuat undang2 sendiri..Kuku besi..memang tak seronok dengan kemudahan yang serba kekurangan.
Satu ketika anak lelaki pengetuaku pulang dari Indonesia dan mengambil alih tampok pemerintahan sekolah dari bapanya.Itu lah permulaan satu ajaran pelik yang kami kategorikan sesat di sekolah itu.
Ajaran itu tidak bernama..pengikutnye terdiri dari pelajar2 sekolahku sendiri.Sesiapa yg menyertai kumpulan tersebut akan suci dr segala dosa2nye yg lalu..pengikutnya mampu mengubati penyakit.Aktiviti mereka beratib dengan kuat tiap2 mlm disurau sambil menumbuk2 lantai dgn kuat.Katanya membunuh syaitan.
Yg kelakar..pengikut ajaran ini dapat berehubung terus dgn nabi muhammad..dapat berjalan2 ke syurga dan juga neraka.Mereka mmpu melihat alam ghaib dan membaca isihati manusia..
Dan lebih kelakar lagi satu hari semua pelajar lelaki yg mengikuti kumpulan ini dikatakan telah pergi menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung di barat.Aku lupa tempatnya dimana dan yang paling melampau..bila mereka melihat perempuan ..mereka nampak kami berjalan dengan keadaan berbogel.
Waktu itu..kami betul2 confuse..Sbb kami bru sahaja mempelajari hadist kunci alam ghaib ada 5.Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya..
Kami sebagai pelajar biasa hanya mampu memujuk kawan2 supaya keluar dari kumpulan itu kerana kami merasakan mereka sudah melampaui batas..Hari2 kami berdoa agar Allah membantu rakan2 kami yang sudah terpengaruh dgn ajaran tersebut.Yelah..semenjak mereka memasuki kumpulan itu..mereka sudah mula tidak dtg ke kelas krn tidak tidur..prlajaran sudah ke mana..diri sendiri tidak terurus..Mereka hanyut dengan dunia mereka sendiri
Doa kami dimakbulkan Allah apabila satu hari jabatan agama Islam Johor datang ke sekolah kami dan membuat siasatan bahawa ajaran tersebut adalah ajaran yang menyimpang dari jalan Allah dan mesti dibubarkan...Sejak itu barulah kawan2 kami peroleh semula kehidupan mereka
Sebagai orang Islam..bila berlaku perkara mcm ni kita kene ingat beberapa perkara"
1.La ilaha illallah-Tiada tuhan Selain Allah
2.Nabi Muhammad pesuruh Allah
3.Al-Quran telah habis diturunkan sebelum kewafatan Rasulullah
4.Kunci perkara ghaib hanya Allah yang tahu...

Sunday, May 9, 2010

Kalah = Kecewa?
















Ingat lagi tak dengan entry yang lepas tetantang event Mei?Salah satunya..Pertandingan Bercerita..





Pada 8 Mei yang lepas..aku telah membawa anak muridku ke Sekolah Seri Puteri Cyberjaya di Sepang.Citer sket pasal sekolah ni.Sekolah ni pelajarnya semua perempuan.Sekolah ni baru dapat peningkatan ke taraf SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI.mUJUR Rikazz ni lelaki..kalau tak..memang aku nak masukkan Rikazz kat sekolah mcm ni.Facilitiesnya canggih..dan cukup..mengalahkan kolej dah tarafnya.Memang best lah





Berbalik kepada pertandingan tu..sempena HARI PUTERI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2010.Aku guru pembimbing Puteri Islam sekolahku.Murid yang menyertai namanya Puteri Nurlalily Aidura.Cantik orangnya dan berbakat.





Pada hari pertandingan seramai 18orang peserta mewakili semua daerah di Negeri Selangor.Memang hebat2..Tapi sayangnya Puteri tak hafal plak cerita tu apabila dah sampai ke hujung cerita.Kecewa?Em..sedih gak sbb masa latihan elok je..Bukan dia tak pernah masuk pertandingan pun sebelum ni..





Selain Hari Puteri, murid dibawah bimbingan aku pun menyertai pertandingan bercerita MTQ Peringkat negeri pada hari yang sama..Keputusannya pun?HuhUHU..tak de tempat pun.Memang saingan sengit.





Takpelah..Tak Kecewa..bagi aku dah dpt pergi sehingga peringkat ini pun dah bersyukur.Apa apa pun..ustazah ucapkan tahniah kerana Mery dan Puteri dah cuba yang terbaik..

Emakku nak jadi cikgu


Mula-mula sekali aku nak wish SELAMAT HARI IBU 2010 buat seorang wanita yang melahirkan aku bernama SUTIMAH BT ALI.

Entry ini aku ingin memperkenalkan ibuku kepada semua.

Nama : Sutimah Bt Ali

Tempat Lahir : Pontian Johor

Tarikh Lahir : 31 Disember 1958

Emakku suka baca apa jua bahan bacaan.Masa sekolah emak belajar dalam aliran sastera bahasa Melayu.Emak memang minat dgn bidang penulisan.Korang nak tahu, emak rajin menghantar sajak hasil tulisannya di Majalah Dewan Pelajar dan sajaknya diterbitkan.

Emak memang pakar bab menulis surat cinta.Bahasanya berbunga-bunga sampai aku pun tak faham.

Emakku dikurniakan akal yang bijak.Sewaktu bersekolah emak selalu mendapat no 1 dalam kelas.Aku juga melihat sendiri Sijil SRP emak.Emak mendapat pangkat 1 dlm SRP nya..tetapi sayangnya..cita2 emak untuk menjadi seorang cikgu terkubur begitu sahaja.

Ketika emal berada di tingkatan lima dia selalu diserang sakit kepala yang mengganggu pembelajarannya..Ketika peperiksaan SPM berlangsung..emak diserang demam panas.Akhirnya emak hanya mampu mendapat pangkat 3 sahaja.

Emak memang mengambil berat pendidikan anak2nya.Setiap hari emak akan turut membaca buku2 pelajaran anak2nya supaya mudah untuk dia menunjuk ajar anak2.

Cita-cita emak yang diidamkan sebagai guru tidak berkubur bgitu sahaja kerana hari ini aku telah menggantikan posisinya sebagai guru.Emak pula meneruskan pekerjaannya sebagai juru jahit di kilang sehinggalah emak tak mampu diterima lagi di kilang kerana dikatakan tidak produktif..Sekarangpun emak masih lagi menjahit bajuku adik beradik.Cuma emak x ambik tempahan lagi sebab kaki emak selalu sakit sekarang..
Itulah emakku

Emak..Along sayang emak

Friday, May 7, 2010

Bila Dia Ketakutan







Anakku Rikazz memang suka sangat tengok iklan berbanding kartun.Tapi bukan semua iklan dia suka.Ada beberapa iklan yang membuatkan Rikazz lari lintang pukang..mencari tempat bergantung..Kalau tak ibu..oma..dan Ucu..Mari kita tgok iklan apa yang ditakuti oleh Rikazz..dan kenapa?



1.Iklan Ribena



Sebab kepala ribena dan lemon tu beso






2.Iklan Mr.Potato



Muka lelaki yang mengadili kerangupan kentang tu .Misai melintang






3.Iklan Head and shoulders



Ada bola api besooo






4.Iklan Mountain Dew



Gambar orang meluncur laju



Melalui rujukan saya di salah satu website :http://home.hamidarshat.com/ITKperasaan_takut_dikalangan_kanak.htm



bertajuk PERASAAN TAKUT DIKALANGAN KANAK-KANAK



setiap kanak-kanak mempunyai rasa takut terhadap benda yang berbeza2...

Thursday, May 6, 2010

Keguguran


Situasi yang mendebarkan itu terjadi di sekolahku.Bukan aku yang melaluinya tetapi rakan setugasku kak zie.

Beberapa hari sebelum itu kak zie ada bercerita padaku bahawa dia mengalami pendarahan.Aku mengesyorkan dia bertemu doktor.Memandangkan kandungannya baru sahaja berusia dua bulan.Ditakuti kandungan masih lemah.Aku fikirkan dia dah bertemu doktor dan tak bertanya lagi perihal masalahnya selepas itu.

Semalam..Kak Zie mengatakan padaku berlaku lagi pendarahan dan kali ini lebih banyak.Aku menyuruhnya pergi ke klinik.Kemudian aku pun masuk ke kelas seperti biasa.Tiba-tiba aku mendapat call dari kak zira.Dia minta aku pad..Tapi aku tak bawa.Rupanya kak zie nye darah semakin laju mengalir.Guru besar meminta tukang kebun sekolah memandu utk hantar kak zie ke PPUM.Sampai disana kak zie rujuk kepada klinik ibu mengandung tetapi memandangkan kak zie tidak mendaftar disitu, kak zie kene pergi ke wad kecemasan.Dalam keadaan kain dan baju yang telah ditembusi darah, kak zie berjalan kaki menuju wad kecemasan.Katanya, dalam pada dia berjalan ke wad kecemasan dia dah tukar dua kali tuala wanita.Sangatlah banyak darah yang keluar.

Apabila di scan ternyata janin kak zie sudah tiada lagi.Rupa-rupanya janin tersebut keluar sewaktu kak zie buang air kecil.Sewaktu janin itu keluar..kak zie rasa hangat seperti melahirkan anak pertama dulu.Janinnya tidak sempat kak zie selamatkan kerana sudah masuk ke lubang tandas.Bentuknya?masih kecil..seperti ketulan daging diselaputi sarung agak keputih-putihan.Dan berlumuran darah.

Ternyata Allah lebih sayangkan dia.Semoga kak zie tabah mengharungi dugaan ini.Kak zie masih lagi bercuti dan semoga kak zie lebih sihat.Kita sama-sama pregnant lepas ni ye, mcm kita pregnant sesama waktu Rikazz dan Hakim dulu

Sunday, May 2, 2010

Aduhai budak butakss

Rambut Rikazz baru lahir

Rambut Rikazz lepas cukurRambut Rikazz sebelum Potong Adegan di kedai gunting rambut
Rikazz yang behave dgn mamak

Lupalah bila ye rambut Rikazz dibotakkan.Ye..Rikazz skang dah ala ala askar gitu.Dulu boleh buat rambut "pacak" skang dah tak payah sikat dah.Ini kali kedua Rikazz potong habis rambut.Kali pertama masa lepas kenduri cukur jambul.Dan yg ni 2nd time lah.
Reaksi dan respon orang ramai tentang rambut Rikazz ni?macam2..ada yg marah aku sebab potong rambut Rikazz.Mari kita lihat respons orang ramai..
1.Oma Rikazz- Nampak berisi.Oma suka.Kemass je
2.Mek Ema - Nazz, apasal botakkan Rikazz?Dah le rambut orang tu memang tak lebat.Tak ensem lah.
3.Abah Rikazz- Butaaak
4.Nenek Rikazz- Nape dibotakkan?Tak ensem lah.Nenek suka Rikazz rambut panjang.
5.Ibu Rikazz-Kesiannya tengok Rikazz botak.Muka sedih je.Bila ibu dapat pacakkan rambut Rikazz ni?
6.Mama Wati Rikazz-Adik..nape adik potong rambut?Dahlah rambut adik sikit..
7.Ucu Rikazz-Huii..Rikazz nampak brutal lah.
Ha..nilah respon dari orang ramai
Sebenarnya bukan botak licin pun mcm masa Rikazz baby.Tujuannya utk meratakan rambut Rikazz semula.Sebab lepas cukur dulu rambut Rikazz naik tak sekata.Akibatnya walaupun dah panjang tp masih lagi tak rata.Sini tebal..sana nipis.Potong kat kedai mamak.Masa baby dulu aku cukur sendiri.Harga?RM5.kat tempat korang plak?Oh ye..tak tau Mamak tu baca apa tapi Rikazz diam je n ikut segala arahan mamak tu.Macam tak percaya sbb dia bukan biasa g gunting rambut

Saturday, May 1, 2010

Selamat Berbulan Mei

Dah masuk bulan Mei 2010.Betapa cepat masa berlalu.Bulan Mei ni ada macam macam hari kita sambut kan.Tapi apa apa pun aku nak wish SELAMAT HARI PEKERJA kepada sesiapa saja yang bekerja.Tak kiralah yang kerja sendiri atau bermajikan.Bagi diri aku sendri tahun ini adalah tahun ke 5 aku bergelar pekerja dan menyambut hari pekerja.Tapi yang bestnya..lepas hari pekerja aku akan dirai lagi..
10Mei2010 aku akan dirai untuk HARI IBU plak kan.Dan ada lagi
16Mei2010 aku akan meraikan HARI GURU pulak sbb aku seorang guru.
Bulan Mei juga adalah bulan kelahiran semua lelaki dalam hidup aku..
4Mei - birthday Atok Wahab Rikazz yang ke 48tahun
22Mei - birthday Daddy Ngah Rikazz yang ke 26tahun.Tapi tak dpt celebrate sama sbb daddy ngah berada di Sabah skang kerana sedang operasi

25Mei - birthday Daddy Ucu Rikazz yang ke 15tahun.

Banyak event penting yang perlu diraikan pada bulan Mei kan.Takdelah besar2an pun.Tapi saja saja bagi menggembirakan hati insan2 yang kita sayangi kan.
Oh ye, 8Mei ini, anak didikku Mery Zurina akan menyertai pertandingan bercerita MTQ peringkat negeri.Skang ni tgah bagi dia hafal teks cerita.



8Mei jugak anak didikku yang kedua akan mewakili Puteri Islam Daerah Petaling Utama ke pertandingan bercerita HARI PUTERI peringkat negeri.
Ustazah harap..semuanya akan berjaya melakukan yang terbaik.Menang atau kalah?No 2 ok.
Sebelum melabuhkan tirai blog ini,aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA 2010 sekali lagi dan semoga pekerjaan kita mendapat berkat dari Illahi dan gaji yang dibayar untuk kita pun adalah gaji yang berkat.Insyaallah.

SIGN JANGAN TAK SIGN